4 Punca Utama Sakit Belakang. No.3 Yang Ramai Terlepas Pandang

Sakit Belakang adalah salah satu masalah yang boleh dikatakan hampir semua orang akan hadapi. Tak kira tua atau muda, anda semua (ya betul… anda semua ya) ada mempunyai risiko untuk menghadapi masalah sakit belakang.

Ini mungkin di alami secara tak lansung melalui aktiviti harian anda yang mungkin menyebabkan sakit belakang tanpa anda sedari. Jika anda biarkan mungkin anda akan alami masalah sakit lebih kritikal seperi ‘slip disc’, masalah tulang dan sebagainya.

 

Sebenarnya ada banyak punca-punca penyebab sakit belekang. Tapi kali ini, kami di PhysioGo akan kongsikan 4 PUNCA utama & mungkin yang paling popular yang menyebabkan sakit belakang.

Punca2 sakit belakang yang kami kongsikan ini tidak semestinya akan berlaku kepada semua orang.

Mungkin setiap orang akan berbeza-beza kesannya tapi paling penting ia berguna untuk kita semua dalam usaha untuk meneglakkan masalah sakit belakang.

4 PUNCA UTAMA KENAPA ANDA ALAMI SAKIT BELAKANG

PUNCA SAKIT BELAKANG #1 : POSTUR BADAN SALAH

Postur badan yang salah adalah salah satu punca utama masalah sakit belakang. Kesakitan ini biasanya boleh berlaku bersama-sama dengan sakit leher atau sakit bahu.¬†Postur yang salah menyebabkan ada nya tekanan pada otot2 dan “soft tissues”.

Hal ini membawa kepada meningkatnya ketegangan dalam otot dimana kebanyakannya akan menyebabkan kesakitan.

Cara kita kita berdiri dan berjalan dengan posture badan yang salah akan membeban satu-satu bahagian badan yang akan menyebabkan sakit pada bahagian belakang badan.

 

PUNCA SAKIT BELAKANG #2 : FAKTOR PEKERJAAN

Pekerjaan yang melibatkan mengangkat, menolak, menarik atau memusingkan badan boleh menyebabkan kecederaan dan sakit belakang

Jika beban terlalu berat sehingga tidak tertampung oleh keupayaan atau anda di dalam postur badan yang tidak betul.

Perkara-perkara tersebut boleh memberi kesan kepada bahagian belakang dan pinggang.

 

PUNCA SAKIT BELAKANG #3 : GAYA HIDUP

Seseorang yang mempunyai gaya hidup yang tidak aktif akan cenderung kepada meningkatnya “stiffness” sendi dan boleh menyebabkan otot menjadi lemah dimana dapat menyebabkan atau memburukkan lagi sakit belakang.

Gaya hidup yang tidak aktif membuat anda terlepas daripada faedah-faedah aktiviti fizikal harian dimana ia membantu untuk memelihara cakera tulang belakang (disc) , tisu2 badan dan ligamen.

 

PUNCA SAKIT BELAKANG #4 : TEKANAN KERJA

Shot of a stressed out businesswoman surrounded by colleagues needing help

Kerja yang memberi tekanan minda akan cenderung untuk menimbulkan stress. Jika stress berlaku terlalu kerap atau berpanjangan, ia boleh memberi masalah terhadap kesihatan anda.

Salah satu nya, ini boleh membawa kepada masalah otot (muscle tension). Bahagian belakang mengandungi pelbagai otot yang berkemungkinan mengalami masalah (muscle tension) ini.

Keadaan ini boleh meningkatkan kesakitan dan membawa kepada sakit belakang sama ada ringan atau teruk di bahagian belakang dan pinggang.

Tinggalkan Komen Anda

This Post Has 3 Comments

  1. Pingback: 5 Cara-Cara Paling Berkesan Untuk Elakkan Sakit Belakang - PhysioGo.com.my

  2. Ismail Reply

    Treatment utk slip disc mcm mana, since sy dah operate
    dan masuk implant dipinggang tp masih sakit hingga skrg.
    Operate 4 mths ago.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.