5 Cara-Cara Paling Berkesan Untuk Elakkan Sakit Belakang

Hai, dalam artikel sebelum ni. Kami ada share 4 PUNCA UTAMA yang menyebabkan sakit belakang. Hari ini kami di PhysioGo nak share cara-cara untuk elakkan sakit belakang.

Jika anda masih belum baca 4 Punca Utama Sakit Belakang, boleh baca di sini

Jadi jika anda nak tau cara-cara untuk elakkan sakit belakang, boleh teruskan bacaan.

5 Cara-Cara Paling Popular Untuk Elakkan Sakit Belakang

CARA #1 : BUAT REGANGAN BADAN 

Membuat regangan atau “stretching” secara berterusan membantu menjaga otot untuk fleksibel lagi lagi di bahagian tulang belakang kita. 
Ia juga boleh mengurangkan tekanan pada sendi dan memperbaiki aliran darah dan nutrien di seluruh badan.

“Stretching” juga merupakan cara penting untuk mengaktifkan otot-otot untuk aktiviti yang sihat seperti bermain sukan atau aerobik.
Tanpa itu, seseorang itu mungkin akan mengalami ketegangan otot, had pergerakan yang terbatas dan kesakitan.

Buat regangan badan tak perlu nak pergi gym, atau pergi ke taman (jika boleh lagi bagus), jika tiada masa boleh sahaja buat regangan badan atau “streching” di pejabat atau di rumah.

 

CARA #2 : KUATKAN OTOT PADA BAHAGIAN PERUT & PINGGANG

Pastikan otot anda sihat dan kuat untuk mengelakkan ketegangan pada tulang belakang.
Seperti contoh otot yang perlu kita ambil berat untuk menguatkan tulang belakang kita ialah otot di bahagian perut , otot di bahagian punggung dan otot di bahagian tulang belakang.

Jika otot dibahagian tersebut kuat , sakit belakang mungkin tidak akan terjadi.
CARA #3 : MELAKUKAN SENAMAN 

????????????????????????????????????

Senaman yang kerap akan meningkatkan kekuatan dan ketahanan tulang belakang.
Aktiviti senaman adalah bagus untuk meningkatkan peredaran dalam salur badan kita dan bantu untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.Contoh senaman yang mudah untuk dilakukan ialah berjoging,berbasikal,berjalan dan berenang.
CARA #4 : BETULKAN POSTUR BADAN

Menggunakan postur dengan baik, terutamanya ketika duduk atau berdiri dalam tempoh masa yang lama.
Postur yang baik ialah yang melibatkan berdiri dan duduk dalam posisi yang seimbang dan neutral. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan tekanan di tulang belakang.

Contohnya ialah gunakan kerusi yang betul yang ada sokongan untuk tulang lumbar dan dapatkan penilaian ergonomik badan untuk mengelakkan lenturan badan yang ketara. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan posisi yang salah dalam tempoh masa yang lama , ia akan menyebabkan sakit di bahagian belakang. 

CARA #5 : MENGANGKAT BARANG DENGAN TEKNIK YANG BETUL

gambar elakkan sakit belakang

Mengangkat objek atau barang dengan postur atau teknik yang tidak betul boleh menyebabkan tekanan yang signifikan di belakang anda yang akan mengakibatkan kesakitan di bahagian belakang.

Sentiasa meminta bantuan apabila hendak mengangkat barang atau objek yang berat bagi mengelakkan sakit belakang terjadi.

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.