PENGENALAN


PHYSIOGO, terdiri daripada Fisioterapis yang membantu pesakit tanpa mengira usia, yang terlibat dengan kecederaan, penyakit atau ketidakupayaan melalui rawatan termasuk terapi manual, senaman dan nasihat penjagaan dimana ia berasasrkan teori dan kajian sains dan ia juga sudah popular di negara-negara maju.

Kami akan membantu anda dalam usaha mengekalkan kesihatan melalui pengurusan kesakitan, pemulihan fungsi dan pencegahan kecederaan. 
Kami juga membantu dalam menggalakkan proses pemulihan, membantu dalam usaha anda untuk kembali bekerja dan melakukan aktiviti harian ke tahap optimum.

Kami juga membantu dalam mencegah masalah-masalah kesihatan fizikal. Rawatan Fisioterapi adalah penting dalam meningkatkan tahap kesihatan, pencegahan kecederaan, “acute care”, penyelenggaraan fungsi untuk membuat aktiviti, pemulihan, dan memberi tunjuk ajar kepada pesakit.



© 2017 PhysioGo . All rights reserved | Design by TEKNODAIE