MENGENAI KAMI


Perkhidmatan rawatan dari PHYSIOGO akan memberikan satu pengalaman baru kepada anda. Semua Fisioterapis di PHYSIOGO adalah Bertauliah dan Berkelulusan dari universiti di Malaysia dalam bidang Fisioterapi.

Di Physiogo, kami menggunakan pendekatan atau teknik-teknik rawatan yang berasaskan ilmu dan kajian Sains.

Physiogo berpusat di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami menjalankan rawatan di pusat rawatan kami dan juga turut menyediakan rawatan "housecall" iaitu khidmat rawatan ke rumah pesakit bagi mereka yang berada di kawasan-kawasan terdekat seperti Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang, Seri Kembangan, Puchong, Cheras dan Putrajaya.

Kami beroperasi setiap hari termasuk Sabtu & Ahad dari 9 pagi - 10 malam. Hal ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pesakit dalam memilih waktu yang sesuai untuk menerima rawatan.

Di samping itu, untuk keselesaan bersama, Fisioterapis di Physiogo adalah terdiri daripada lelaki dan wanita.

Bagaimana rawatan bersama Physiogo? Fisioterapis kami akan menerangkan prosedur berkaitan proses rawatan anda di Physiogo.

Kami akan membuat pemeriksaan terhadap masalah yang dihadapi dan seterusnya kami akan bagi rawatan yang bersesuaian dengan keadaan/ masalah anda. Kami juga turut menawarkan sesi consultation.

Matlamat anda adalah keutamaan kami. Kami akan memberikan rawatan yang paling sesuai untuk mencapai matlamat anda tersebut.


PhysioGo akan memberikan perkhidmatan terbaik dengan kos yang berpatutan. Dengan perkhidmatan hebat ini, kami menjadi antara pusat fisioterapi pilihan pesakit yang berada di Bangi, Kajang, Putrajaya dan sekitar. Bukan itu sahaja, terdapat juga yang datang dari negeri-negeri lain untuk mendapatkan khidmat rawatan dari kami.




VISI
Menjadi Pusat Fisioterapi No.1 di Malaysia dan peneraju utama dalam perkhidmatan Fisioterapi yang berkaitan dengan pemeriksaan, rawatan, pemulihan dan khidmat nasihat kepada masyarakat.


MISI
Menyediakan servis rawatan Fisioterapi yang berimpak tinggi dan memuaskan untuk membantu masyarakat ke arah memiliki kesihatan di tahap paling optimum bagi mereka yang mengalami masalah kecederaan, ketidakupayaan atau kehilangan fungsi anggota fizikal badan.

Menyediakan kualiti perkhidmatan yang professional dan efisyen dalam membantu masyarakat untuk memiliki gaya hidup yang lebih sihat, berkualiti dan produktif

Menyediakan tenaga dan kepakaran yang intensif  dalam membantu syarikat menjadi lebih berkesan, sistematik dan berdaya saing menjelang tahun 2020


OBJEKTIF
Mempunyai ahli Fisioterapi yang bertauliah, berkelulusan serta berkualiti demi memastikan khidmat yang diberikan adalah di tahap yang paling optimum.

Sentiasa mengemaskini sistem dan pengurusan dengan lebih efektif dan meningkatkan mutu semasa dalam bidang fisioterapi, rehabilitasi & kesihatan.

Berkolaborasi dengan beberapa tenaga kepakaran dari sumber kesihatan yang intensif dan efisyen.




© 2017 PhysioGo . All rights reserved | Design by TEKNODAIE