INILAH 4 PUNCA SAKIT BELAKANG



4 PUNCA SAKIT BELAKANG

Pssstttt point no.3 & 4 tu mungkin tidak smua orang tahu..baik mula berjaga2..
Sakit Belakang adalah salah satu masalah yang boleh dikatakan setiap orang akan hadapi.

Terdapat pelbagai lagi penyebab atau punca yang boleh mengakibatkan sakit belakang dan kami kongsikan ini adalah antara 4 punca sakit belakang.

.

Punca2 sakit belakang yang kami kongsikan ini tidak semestinya akan berlaku kepada semua orang.
Mungkin setiap orang akan berbeza-beza kesannya tapi paling penting ia berguna untuk kita semua dalam usaha untuk meneglakkan masalah sakit belakang.

 




Postur badan yang salah adalah salah satu punca utama masalah sakit belakang.


Kesakitan ini biasanya boleh berlaku bersama-sama dengan sakit leher atau sakit bahu. 

Postur yang salah menyebabkan ada nya tekanan pada otot2 dan "soft tissues".

Hal ini membawa kepada meningkatnya ketegangan dalam otot dimana kebanyakannya akan menyebabkan kesakitan.




Pekerjaan yang melibatkan mengangkat, menolak, menarik atau memusingkan badan boleh menyebabkan kecederaan dan sakit belakang


jika beban terlalu berat sehingga tidak tertampung oleh keupayaan atau anda di dalam
postur badan yang tidak betul.

Perkara-perkara tersebut boleh memberi kesan kepada bahagian belakang dan pinggang.




Seseorang yang mempunyai gaya hidup yang tidak aktif akan cenderung kepada meningkatnya "stiffness" sendi dan boleh menyebabkan otot menjadi lemah dimana dapat menyebabkan atau memburukkan lagi sakit belakang.

Gaya hidup yang tidak aktif membuat anda terlepas daripada faedah-faedah aktiviti fizikal harian dimana ia membantu untuk memelihara cakera tulang belakang (disc) , tisu2 badan dan ligamen.




Kerja yang memberi tekanan minda akan cenderung untuk menimbulkan stress. Jika stress berlaku terlalu kerap atau berpanjangan, ia boleh memberi masalah terhadap kesihatan anda.

Salah satu nya, ini boleh membawa kepada masalah otot (muscle tension). Bahagian belakang mengandungi pelbagai otot yang berkemungkinan mengalami masalah (muscle tension) ini.

Keadaan ini boleh meningkatkan kesakitan dan membawa kepada sakit belakang sama ada ringan atau teruk di bahagian belakang dan pinggang.





© 2017 PhysioGo . All rights reserved | Design by TEKNODAIE