✉ : admin@physiogo.com.my
✆ : Bangi (+6013-4871332) | Wangsa Maju (+6013-8041322)

Kecederaan sukan adalah kecederaan pada seseorang semasa mengambil bahagian dalam sukan.

Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh “repetitive stress”, “overuse”, jatuh atau trauma.

Kecederaan sukan boleh menjejaskan tulang atau tisu badan seperti ligamen, otot dan tendon.

Orang yang mengalami kecederaan sukan boleh mengalami komplikasi seperti kesakitan yang teruk dan ketidakupayaan untuk meneruskan aktiviti, bengkak, sukar untuk melakukan sebarang pergerakan atau ketidakstabilan.
Fisioterapi terlibat dalam pencegahan dan pengurusan kecederaan akibat bersukan dan bersenam.

Di PhysioGo kami juga menguruskan pemulihan untuk sebarang kecederaan sukan dalam usaha membantu anda untuk kembali melakukan aktiviti-aktivit sukan ke tahap optimum.

Kami juga menyediakan servis SPORTS MASSAGE untuk anda.

 

Anda boleh dapatkan servis Sport Massage ini untuk:

  • Persediaan sebelum aktiviti sukan atau sebarang perlawanan.
  • Selepas aktiviti-aktiviti sukan atau perlawanan.

KAMI DI PHYSIOGO AKAN MEMBANTU ANDA MENGATASI MASALAH KECEDERAAN SUKAN

FISIOTERAPIS BERKELULUSAN
Semua
Fisioterapis di Physiogo adalah terlatih & berkelulusan dalam bidang Fisioterapi dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

MASA MENUNGGU YANG MINIMA
Kami menggunakan sistem temujanji, jadi anda tidak perlu untuk menunggu lama untuk rawatan

 

RAWATAN SECARA PRIVATE DAN ONE-ON-ONE
Demi menjaga kualiti rawatan, Therapist kami hanya merawat seorang pesakit sahaja pada satu masa

KESELESAAN
Pesakit lelaki dirawat oleh therapist lelaki, manakala pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita

 

WAKTU OPERASI YANG FLEXIBLE
Physiogo beroperasi dari hari AHAD hingga JUMAAT. Dengan kemudahan ini, anda lebih fleksibel untuk menyusun slot rawatan anda di Physiogo

 

RAWATAN KE RUMAH
Physiogo turut menyediakan servis rawatan ke rumah anda (housecall)

 

 

APA KATA MEREKA YANG PERNAH MENERIMA RAWATAN DI SINI?

En. Alias, 55 – ” Selepas Jalani Rawatan, Aktiviti & Kerja Saya Berjalan Dengan Baik Lah”

 

PHYSIOGO MENAWARKAN RAWATAN SECARA MENYELURUH SATU SESI TERMASUK

PEMERIKSAAN

Pemeriksaan subjektif dan objektif. Melibatkan pengambilan maklumat berkaitan masalah anda serta pemeriksaan fizikal tertentu akan dijalankan. Dari penilaian yang teliti, kami membuat plan rawatan yang sesuai berkaitan dengan keputusan pemeriksaan.

 

 RAWATAN

Di Physiogo, kami menekankan teknik rawatan “Manual Technique” dimana ianya adalah teknik rawatan fizikal yang berasaskan kajian sains dan sudah popular di negara-negara luar.

Untuk mencapai hasil yang optimum, kami menggabungkan “Manual Therapy” bersama dengan pendekatan rawatan lain seperti Terapi Senaman dan juga rawatan agen fizikal yang dikenali sebagai Modaliti Fisioterapi

SESI “CONSULTATION”

Anda berpeluang untuk bertanya dan mendapat maklumat tentang masalah/sakit yang sedang anda hadapi.
Kami akan memberikan anda nasihat mengenai cara mengatasi masalah anda supaya anda dapat mencapai hasil yang optimum dari rawatan di sini.
Ini juga penting untuk mencegah masalah daripada berulang semula pada masa hadapan.

 

Klik Butang Tempahan Di Bawah Untuk Tempahan Rawatan
Tempah Slot Rawatan Sekarang
Atau Boleh Klik Button Di Bawah Untuk Terus Whatsapp Kami
Whatsapp Kami Untuk Tempahan Atau Pertanyaan