✉ : admin@physiogo.com.my
✆ : Bangi (+6013-4871332) | Wangsa Maju (+6013-8041322)

Strok berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terganggu. Anda juga boleh mendengar strok yang dirujuk sebagai cerebral vascular accident atau CVA

Keadaan yang mengancam nyawa ini boleh berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otak disekat oleh darah beku atau dari salur darah yang pecah. Apabila bekuan darah menghalang arteri atau saluran darah di dalam otak, ia dipanggil ischemic stroke manakala apabila saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak ia dipanggil hemorrhagic stroke.

Kebiasaannya, pesakit Strok mengalami lemah atau lumpuh pada sebelah bahagian badan sama ada pada sebelah kiri atau kanan.

Terdapat pesakit Strok yang hanya mengalami simtom-simtom biasa dimana pesakit boleh berdikari sendiri tetapi ada bahagian-bahagian anggota badan menjadi lemah dan sesetengah pergerakan menjadi terhad. Tetapi terdapat juga pesakit Strok yang mengalami simtom-simtom yang agak teruk.

Keadaan-keadaan tersebut menyebabkan pesakit sukar untuk bergerak mahupun menguruskan diri sendiri contohnya seperti:

  • Berjalan
  • Bergerak ke tandas
  • Memakai pakaian
  • Makan/minum sendiri
  • Dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti harian lain dimana pesakit akan memerlukan bantuan orang lain.

 

Physiogo membantu pesakit-pesakit kami dalam usaha untuk:

  • Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan-pergerakan badan
  • Mendapatkan semula pergerakan seperti pergerakan di atas katil, berdiri & berjalan normal pada tahap optimum
  • Menguatkan otot-otot yang lemah
  • Meningkatkan keseimbangan
  • Mengurangkan ketakutan / fobia untuk kembali melakukan pergerkan
  • Meningkatkan koordinasi pergerakan
  • Meningkatkan keyakinan diri

KAMI DI PHYSIOGO AKAN MEMBANTU DALAM PEMULIHAN PESAKIT STROK

FISIOTERAPIS BERKELULUSAN
Semua
Fisioterapis di Physiogo adalah terlatih & berkelulusan dalam bidang Fisioterapi dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

MASA MENUNGGU YANG MINIMA
Kami menggunakan sistem temujanji, jadi anda tidak perlu untuk menunggu lama untuk rawatan

 

RAWATAN SECARA PRIVATE DAN ONE-ON-ONE
Demi menjaga kualiti rawatan, Therapist kami hanya merawat seorang pesakit sahaja pada satu masa

KESELESAAN
Pesakit lelaki dirawat oleh therapist lelaki, manakala pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita

 

WAKTU OPERASI YANG FLEXIBLE
Physiogo beroperasi dari hari AHAD hingga JUMAAT. Dengan kemudahan ini, anda lebih fleksibel untuk menyusun slot rawatan anda di Physiogo

 

RAWATAN KE RUMAH
Physiogo turut menyediakan servis rawatan ke rumah anda (housecall)

 

APA KATA MEREKA YANG PERNAH MENERIMA RAWATAN DI SINI?

 

PHYSIOGO MENAWARKAN RAWATAN SECARA MENYELURUH SATU SESI TERMASUK

PEMERIKSAAN

Pemeriksaan subjektif dan objektif. Melibatkan pengambilan maklumat berkaitan masalah anda serta pemeriksaan fizikal tertentu akan dijalankan. Dari penilaian yang teliti, kami membuat plan rawatan yang sesuai berkaitan dengan keputusan pemeriksaan.

 RAWATAN

Di Physiogo, kami menekankan teknik rawatan “Manual Technique” dimana ianya adalah teknik rawatan fizikal yang berasaskan kajian sains dan sudah popular di negara-negara luar.

Untuk mencapai hasil yang optimum, kami menggabungkan “Manual Therapy” bersama dengan pendekatan rawatan lain seperti Terapi Senaman dan juga rawatan agen fizikal yang dikenali sebagai Modaliti Fisioterapi

SESI “CONSULTATION”

Anda berpeluang untuk bertanya dan mendapat maklumat tentang masalah/sakit yang sedang anda hadapi.
Kami akan memberikan anda nasihat mengenai cara mengatasi masalah anda supaya anda dapat mencapai hasil yang optimum dari rawatan di sini.
Ini juga penting untuk mencegah masalah daripada berulang semula pada masa hadapan.

 

Klik Butang Tempahan Di Bawah Untuk Tempahan Rawatan
Tempah Slot Rawatan Sekarang
Atau Boleh Klik Button Di Bawah Untuk Terus Whatsapp Kami
Whatsapp Kami Untuk Tempahan Atau Pertanyaan