✉ : admin@physiogo.com.my
✆ : Bangi (+6013-4871332) | Wangsa Maju (+6013-8041322)

Kesakitan lutut selalu terjadi adalah disebabkan oleh kecederaan pada peringkat awal atau komplikasi sampingan pada bahagian lutut.

Kesakitan lutut juga boleh disebabkan oleh kecederaan secara tiba-tiba, kecederaan akibat aktiviti berlebihan atau masalah lutut yang lain.

Masalah lutut yang umum adalah seperti Osteoarthiritis, Tendinitis Patellar, Patellofemoral Syndrome dan Chondromalacia Patella.

Sesetengah keadaan boleh menyebabkan lutut bengkak dan akan mengganggu anda untuk berjalan, berlari, menaiki tangga mahupun berdiri lama.

KEBIASAANYA, MASALAH-MASALAH TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN PESAKIT MENGALAMI :
  • Sakit pada lutut atau mana-mana kawasan sekitar
  • Bengkak
  • Sukar membengkokkan lutut
  • Sukar meluruskan lutut
  • Lutut terasa longgar & tidak stabil
  • Sengal-sengal
  • Lemah
  • Otot-otot kaki terasa tidak selesa dan lain-lain
 
MASALAH SAKIT LUTUT BOLEH DISEBABKAN OLEH BEBERAPA FAKTOR SEPERTI:

 

  • KECEDERAAN

Jika anda mempunyai episod kecederaan lutut menjadikan anda  lebih cenderung untuk terlibat dengan masalah kecederaan lutut lagi pada masa akan datang.

 

  • AKTIVITI SUKAN

Sesetengah sukan yang memerlukan anda berlari atau melompat boleh menyebabkan tekanan yang lebih pada lutut anda. Semuanya berpotensi meningkatkan risiko kecederaan lutut anda.

 

  • BERAT BADAN BERLEBIHAN

Menjadi berat badan berlebihan atau gemuk meningkatkan tekanan pada sendi lutut anda, walaupun semasa aktiviti biasa seperti berjalan atau naik dan turun tangga. Ia juga meletakkan anda pada peningkatan risiko osteoarthritis.

  • KURANG FLEXIBILITI & KEKUATAN OTOT

Kekurangan kekuatan dan flexibibliti adalah antara punca utama kecederaan lutut. Otot ketat atau lemah menyebabakan kurang sokongan untuk lutut anda kerana tidak cukup untuk menampung tekanan pada sendi.

  • ARTHRITIS

Satu sebab umum untuk kesakitan lutut jangka panjang adalah salah satu arthritis yang dikenali sebagai osteoarthritis.

Ia mungkin disebabkan oleh haus pada sendi dan kebiasaaanya memberi kesan kepada kebanyakan orang yang berusia lebih dari 65 tahun.
Lutut dapat dibengkokkan dan diluruskan dengan lancar kerana tulang rawan yang menutup hujung tulang dalam sendi dalam keadaaan yang sihat. Tetapi apabila tulang rawan ini mengalami kerosakan jangka panjang, ia menyekat pergerakan dan menyebabkan kesakitan yang semakin bertambah buruk.

 

Ikuti kisah bagaimana seorang pesakit lutut ini sudah berjaya kembali menjalani aktiviti harian dengan lebih baik.

DULU NAK NAIK TURUN TANGGA SANGAT SUSAH, SEKARANG ALHAMDULILLAH DAH OK
(ENCIK Z, 47, PEMANDU LORI)
.
.
Ikuti kisah bagaimana seorang pesakit lutut ini sudah berjaya kembali menjalani aktiviti harian dengan lebih baik.

.

Dulu susah nak naik turun tangga, nak buat kerja pon susah. Selain itu, nak mencangkung pun susah. Dah banyak pusat rawatan saya pergi, namun tiada yang berkesan.
Alhamdulillah, pertama kali datang sini dah ade perubahan.Naik turun tangga pun dah ok.

.

Saya bekerja sebagai pemandu lori, jadinya bila nak memandu tu agak susah la, sama ada untuk menekan minyak atau clutch, sebab lutut saya tak boleh bengkok.
.

Sekarang nak naik turun tangga dah tak sakit lagi. Sakitnya pun berkurangan. Saya dah pergi 2 sesi dan rasa berminat untuk datang membuat rawatan lagi.

 

KAMI DI PHYSIOGO AKAN MEMBANTU ANDA MENGATASI MASALAH SAKIT LUTUT.

FISIOTERAPIS BERKELULUSAN
Semua
Fisioterapis di Physiogo adalah terlatih & berkelulusan dalam bidang Fisioterapi dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

MASA MENUNGGU YANG MINIMA
Kami menggunakan sistem temujanji, jadi anda tidak perlu untuk menunggu lama untuk rawatan

 

RAWATAN SECARA PRIVATE DAN ONE-ON-ONE
Demi menjaga kualiti rawatan, Therapist kami hanya merawat seorang pesakit sahaja pada satu masa

KESELESAAN
Pesakit lelaki dirawat oleh therapist lelaki, manakala pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita

 

WAKTU OPERASI YANG FLEXIBLE
Physiogo beroperasi dari hari AHAD hingga JUMAAT. Dengan kemudahan ini, anda lebih fleksibel untuk menyusun slot rawatan anda di Physiogo

 

RAWATAN KE RUMAH
Physiogo turut menyediakan servis rawatan ke rumah anda (housecall)

 

APA KATA MEREKA YANG PERNAH MENERIMA RAWATAN DI SINI?

Puan Nor Madiah, 54 – “Dulu Anak Kena Pimpin, Sekarang Dah Boleh Jalan Sendiri Pergi Pasar”

 

PHYSIOGO MENAWARKAN RAWATAN SECARA MENYELURUH SATU SESI TERMASUK

PEMERIKSAAN

Pemeriksaan subjektif dan objektif. Melibatkan pengambilan maklumat berkaitan masalah anda serta pemeriksaan fizikal tertentu akan dijalankan. Dari penilaian yang teliti, kami membuat plan rawatan yang sesuai berkaitan dengan keputusan pemeriksaan.

 RAWATAN

Di Physiogo, kami menekankan teknik rawatan “Manual Technique” dimana ianya adalah teknik rawatan fizikal yang berasaskan kajian sains dan sudah popular di negara-negara luar.

Untuk mencapai hasil yang optimum, kami menggabungkan “Manual Therapy” bersama dengan pendekatan rawatan lain seperti Terapi Senaman dan juga rawatan agen fizikal yang dikenali sebagai Modaliti Fisioterapi

SESI “CONSULTATION”

Anda berpeluang untuk bertanya dan mendapat maklumat tentang masalah/sakit yang sedang anda hadapi.
Kami akan memberikan anda nasihat mengenai cara mengatasi masalah anda supaya anda dapat mencapai hasil yang optimum dari rawatan di sini.
Ini juga penting untuk mencegah masalah daripada berulang semula pada masa hadapan.

 

Klik Butang Tempahan Di Bawah Untuk Tempahan Rawatan
Tempah Slot Rawatan Sekarang
Atau Boleh Klik Button Di Bawah Untuk Terus Whatsapp Kami
Whatsapp Kami Untuk Tempahan Atau Pertanyaan