Perkhidmatan rawatan dari PHYSIOGO akan memberikan satu pengalaman baru kepada anda. Semua Fisioterapis di PHYSIOGO adalah Berkelulusan dari universiti di Malaysia dalam bidang Fisioterapi.

Kami terdiri daripada Fisioterapis yang membantu pesakit tanpa mengira usia, yang terlibat dengan kecederaan, penyakit atau ketidakupayaan melalui rawatan termasuk terapi manual, senaman dan nasihat penjagaan dimana ia berasasrkan teori dan kajian sains dan ia juga sudah popular di negara-negara maju.

Kami akan membantu anda dalam usaha mengekalkan kesihatan melalui pengurusan kesakitan, pemulihan fungsi dan pencegahan kecederaan. Kami juga membantu dalam menggalakkan proses pemulihan, membantu dalam usaha anda untuk kembali bekerja dan melakukan aktiviti harian ke tahap optimum.

Kami juga membantu dalam mencegah masalah-masalah kesihatan fizikal. Rawatan Fisioterapi adalah penting dalam meningkatkan tahap kesihatan, pencegahan kecederaan, “acute care”, penyelenggaraan fungsi untuk membuat aktiviti, pemulihan, dan memberi tunjuk ajar kepada pesakit.

Di Physiogo, kami menggunakan pendekatan atau teknik-teknik rawatan yang berasaskan ilmu dan kajian Sains.

Kami ingin memberi kemudahan kepada pesakit dalam memilih waktu yang sesuai untuk menerima rawatan. Oleh itu, waktu operasi kami adalah bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam dan kami turut beroperasi pada hari AHAD.

Di samping itu, untuk keselesaan bersama, Fisioterapis di Physiogo adalah terdiri daripada lelaki dan wanita. Hal ini adalah amat diambil berat oleh kami demi keselesaan bersama diamana hanya Therapist lelaki yang merawat pesakit lelaki dan pesakit wanita akan dirawat oleh Therapist wanita.

Bagaimana rawatan bersama Physiogo? Fisioterapis kami akan menerangkan prosedur berkaitan proses rawatan anda di Physiogo.

Kami akan membuat pemeriksaan terhadap masalah yang dihadapi dan seterusnya kami akan bagi rawatan yang bersesuaian dengan keadaan/ masalah anda. Kami juga turut menawarkan sesi consultation.

Matlamat anda adalah keutamaan kami. Kami akan memberikan rawatan yang paling sesuai untuk mencapai matlamat anda tersebut.

PhysioGo akan memberikan perkhidmatan terbaik dengan kos yang berpatutan. Dengan perkhidmatan hebat ini, kami menjadi antara pusat fisioterapi pilihan pesakit yang berada di Bangi, Kajang, Putrajaya dan sekitar. Bukan itu sahaja, terdapat juga yang datang dari negeri-negeri lain untuk mendapatkan khidmat rawatan dari kami.

Kami menjalankan rawatan di pusat rawatan kami dan juga turut menyediakan rawatan “housecall” iaitu khidmat rawatan ke rumah pesakit bagi mereka yang berada di kawasan-kawasan sekitar pusat rawatan kami.

Physiogo kini mempunyai dua cawangan iaitu:

1. BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Alamat: No 2A Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

2. WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

Alamat: No 39, Jalan Metrowangsa, Seksyen 2, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

VISI

Menjadi Pusat Fisioterapi No.1 di Malaysia dan peneraju utama dalam perkhidmatan Fisioterapi yang berkaitan dengan pemeriksaan, rawatan, pemulihan dan khidmat nasihat kepada masyarakat.


MISI
1. Menyediakan servis rawatan Fisioterapi yang berimpak tinggi dan memuaskan untuk membantu masyarakat ke arah memiliki kesihatan di tahap paling optimum bagi mereka yang mengalami masalah kecederaan, ketidakupayaan atau kehilangan fungsi anggota fizikal badan.

2. Menyediakan kualiti perkhidmatan yang professional dan efisyen dalam membantu masyarakat untuk memiliki gaya hidup yang lebih sihat, berkualiti dan produktif

3. Menyediakan tenaga dan kepakaran dalam memperkasa pusat fisioterapi ini untuk menjadi lebih berkesan, sistematik dan berdaya saing