5 KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK

Share This Post

Perkembangan motor kanak kanak didefinisikan sebagai proses yang diperlukan oleh kanak kanak bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan. 

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Ia juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka adalah melibatkan penggunaan motor halus.

Pada entri kali ini, kami kongsikan 5 kriteria perkembangan motor kanak kanak berdasarkan World Health Organization (WHO)

KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #1 : DUDUK TANPA SOKONGAN

Duduk dengan tegak selama sekurang2 nya 10 saat tanpa menggunakan tangan untuk mengimbangi posisi badan.

KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #2 : MERANGKAK


Boleh merangkak sekurang2nya tiga pergerakan secara berterusan.

KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #3 : BERDIRI DENGAN SOKONGAN

Berdiri dengan tangan memegang objek untuk memastikan keseimbangan. Berdiri sekurang kurangnya 10 saat.
.
.
KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #4 : BERJALAN DENGAN SOKONGAN

Berdiri dengan tegak. Berjalan ke depan atau tepi sambil memang objek untuk sokongan menggunakan sebelah atau kedua dua tangan. 

Berjalan sekurang kurangnya 5 langkah.

KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #5 : BERDIRI DAN BERJALAN TANPA SOKONGAN

Berdiri tanpa memegang apa apa objek sebagai sokongan. Boleh berdiri selama sekurang kurangnya 10 saat.

Berjalan sekurang kurangnya 5 langkah tanpa sokongan.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

More To Explore

Uncategorized

Sakit Lutut: Ketahui Punca dan Rawatannya

Lutut anda sering terasa sakit sehingga rasa tegang ke belakang peha dan betis? Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi ketika berjalan atau setiap kali anda

Uncategorized

Rawatan Kecederaan Sukan Yang Betul dan Selamat

Bagi mereka yang bersukan, kecederaan semasa bersukan merupakan sesuatu perkara yang biasa berlaku. Walaupun sudah biasa menghadapnya, ramai yang tidak mengetahui cara merawat kecederaan tersebut

💬 Need help?
Scan the code