Share This Post

Tahukah anda bahawa strok adalah antara penyebab utama kecacatan di dunia? Jumlah penderita strok meningkat setiap tahun, terutama di negara yang pesat membangun.

Strok sendiri terjadi ketika saluran darah ke otak terputus. Oleh kerana otak kekurangan oksigen, maka sel otak akan mati dan menyebabkan penderita mengalami kelumpuhan atau hilang ingatan. Mengerikan bukan?

Untuk itu, kali ini kami kongsikan antara 5 tanda amaran strok yang boleh dikesan.

TANDA AMARAN STROK #1 : LEMAH ANGGOTA

  • Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada bahagian muka, tangan dan badan.
  • Keadaan ini biasanya melibatkan sebelah bahagian badan samada kiri atau kanan.

TANDA AMARAN STROK #1 : PERTUTURAN

  • Kekeliruan memahami maklumat dan kesukaran bertutur secara tiba-tiba.

TANDA AMARAN STROK #1 : PENGLIHATAN

  • Tiba-tiba mengalami masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua belah mata.

TANDA AMARAN STROK #1 : PERGERAKAN

  • Sukar untuk menggerakkan anggota. Hilang keseimbangan dan koordinasi badan.

TANDA AMARAN STROK #1 : SAKIT KEPALA

  • Mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang kecederaan fizikal.

Jom #share kepada semua supaya semua akan mendapat manfaatnya.

More To Explore

Uncategorized

Sakit Lutut: Ketahui Punca dan Rawatannya

Lutut anda sering terasa sakit sehingga rasa tegang ke belakang peha dan betis? Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi ketika berjalan atau setiap kali anda

Uncategorized

Rawatan Kecederaan Sukan Yang Betul dan Selamat

Bagi mereka yang bersukan, kecederaan semasa bersukan merupakan sesuatu perkara yang biasa berlaku. Walaupun sudah biasa menghadapnya, ramai yang tidak mengetahui cara merawat kecederaan tersebut

💬 Need help?
Scan the code