3 CARA MENGAWAL KESAKITAN LEHER

Share This Post

Kesakitan pada bahagian leher adalah perkara biasa yang dialami oleh ramai individu sama ada yang bekerja mahupun tidak bekerja. Rawatan fisioterapi boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan pada leher anda.
.
Namun begitu, adalah penting untuk setiap individu mengambil tahu cara untuk mengurus sendiri kesakitan yang dialami.

Entri kali ini, kami kongsikan 3 cara untuk mengelakkan kesakitan leher yang boleh diamalkan.

3 CARA MENGAWAL KESAKITAN LEHER # 1 : PENJAGAAN POSTUR

✔️ Penjagaan postur sangat penting untuk mengurangkan sakit di bahagian leher.

✔️ Postur yang salah ketika melakukan aktiviti seharian akan menambahkan lagi sakit di bahagian leher anda.

✔️ Oleh itu, setiap individu perlu ada kesedaran untuk mengamalkan postur yang betul seperti ketika membaca, menonton televisyen, tidur dan menghadap komputer.

3 CARA MENGAWAL KESAKITAN LEHER # 2 : REHAT SECARA BERKALA

✔️ Rehat berkala sangat penting untuk mengurangkan tekanan pada bahagian otot leher.

✔️ Aktiviti yang berterusan akan menyebabkan otot cepat berasa letih dan akan mengakibatkan ketegangan pada bahagian leher.

✔️ Oleh itu, pembahagian masa ketika melakukan aktiviti seperti berehat sebentar setiap 45 minit daripada aktiviti anda akan dapat membantu mengurangkan sakit leher anda.

✔️ Anda juga boleh melakukan senaman dalam tempoh rehat tersebut.

✔️ Antaranya seperti melakukan senaman regangan selama 15 saat dan ulang sebanyak 5x.

3 CARA MENGAWAL KESAKITAN LEHER # 3 : PENJAGAAN OTOT YANG BAIK

✔️ Otot yang letih dan lemah boleh mengganggu fungsi sebenar otot leher.

✔️ Oleh itu, senaman kekuatan otot leher dapat membantu mengekalkan fungsi leher pada tahap optimum.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua supaya semua akan mendapat manfaatnya.

More To Explore

Uncategorized

Sakit Lutut: Ketahui Punca dan Rawatannya

Lutut anda sering terasa sakit sehingga rasa tegang ke belakang peha dan betis? Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi ketika berjalan atau setiap kali anda

Uncategorized

Rawatan Kecederaan Sukan Yang Betul dan Selamat

Bagi mereka yang bersukan, kecederaan semasa bersukan merupakan sesuatu perkara yang biasa berlaku. Walaupun sudah biasa menghadapnya, ramai yang tidak mengetahui cara merawat kecederaan tersebut

💬 Need help?
Scan the code