Rawatan Slip Disc: 7 Cara Bagaimana Physiogo Membantu Anda – Pusat fisioterapi panel PMCare

Share This Post

Masalah sakit belakang semestinya akan menyebabkan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian. 

Aktiviti-aktiviti harian seperti berjogging dan mengangkat barang akan menjadi terbatas. 

Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti tersebut agar tubuh badan anda tidak mengalami kesakitan yang mudarat. 

Ikuti artikel ini untuk mengetahui masalah slip disc dengan lebih lanjut. Kami akan berkongsi 7 cara bagaimana kami; Physiogo yang merupakan panel kepada PMCare merawat masalah slip disc. 

Apa Itu Slip Disc?

Pernahkah bahagian belakang badan anda berasa kebas ataupun lenguh?

Ketahuilah bahawa itu mungkin disebabkan oleh slip disc. 

Slip disc adalah apabila nucleus pulposes beralih dari lokasi asalnya.

Diagnosa slip disc juga merupakan salah satu penyumbang masalah sakit tulang belakang. 

Apakah Faktor Menyebabkan Slip Disc? 

Berikut merupakan antara punca anda mengalami slip disc:

  • Obesiti

Berat badan yang melampau ataupun obes akan menyebabkan tulang belakang anda tidak mampu untuk menampung tubuh badan.

Jika keadaan ini tidak berubah, kecenderungan untuk slip disc berlaku adalah sangat tinggi.

  • Postur badan yang salah

Tahukah anda, postur badan yang salah ketika tidur turut menyumbang kepada masalah slip disc? Antara posisi tidur yang perlu dielakkan ialah tidur secara meniarap. 

Hal ini kerana tidur secara meniarap tidak dapat menyokong lengkungan tulang belakang. 

  • Melakukan aktiviti-aktiviti berat 

Kebarangkalian anda untuk mengalami slip disc adalah tinggi jika anda kerap melakukan kerja-kerja seperti mengangkat barang-barangan yang berat..

Beban yang melebihi berat badan akan memudaratkan lagi masalah slip disc terutamanya bila diangkat dalam postur badan yang salah.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti berat. Untuk itu, anda perlu meminta bantuan daripada orang lain supaya beban tersebut berkurangan.

Artikel berkait:

Slip Disc: Semua Yang Anda Perlu Ketahui

7 Cara Physiogo Membantu Dalam Rawatan Slip Disc Anda

  • Pengamalan kaedah saintifik

Kami menjunjung tinggi ilmu sains untuk memberikan perkhidmatan rawatan kepada para pesakit.

Teknik-teknik rawatan fisioterapi yang diamalkan adalah berasaskan kajian ilmiah yang diperakui oleh saintis.

Ini bermakna segala rawatan, teknik, amalan serta khidmat nasihat daripada kami telah dibuktikan secara klinikal.

  • Terapi manual (manual therapy)

rawatan sakit bahu

Kami menggunakan teknik manual technique physiotherapy atau lebih dikenali sebagai teknik “hands-on”.

Teknik rawatan ini bertujuan untuk mengatasi kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

  • Terapi senaman (exercise therapy)

senaman sakit bahu

Exercise therapy ini dapat meningkatkan pergerakan sendi dan melegakan otot dalam kalangan pesakit.

Selain itu, teknik rawatan ini juga membantu meredakan bengkak, mempercepatkan penyembuhan tisu lembut dan membantu memudahkan pergerakan anggota.

  • Juruterapi khusus untuk lelaki dan wanita

sakit bahu

rawatan sakit bahu

Kami mementingkan keselesaan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan slip disc.

Kami menyediakan bilik rawatan yang selesa serta menetapkan ahli fisioterapi untuk merawat pesakit mengikut jantina. 

  • Juruterapi 100% berkelulusan 

rawatan fisioterapi

Hanya ahli terapi yang berkelulusan sahaja layak untuk memberikan rawatan fisioterapi kepada pesakit.

Oleh sebab itu, semua ahli fisioterapi Physiogo mempunyai kelulusan dalam bidang fisioterapi daripada institut pengajian tinggi di Malaysia.

  • Waktu rawatan fleksibel

Pusat rawatan fisioterapi kami dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. 

Anda boleh hubungi kami untuk membuat janji temu rawatan fisioterapi. 

  • Servis fisioterapi korporat

Kami bersedia untuk memberikan sesi rawatan dan perkongsian ilmu penjagaan kesihatan kepada pekerja-pekerja syarikat. 

Dengan perkhidmatan ini, ia bukan sahaja dapat meredakan apa-apa komplikasi yang dialami malah dapat memaksimumkan potensi pekerja syarikat anda.

Runsing memikirkan pusat fisioterapi yang bagus, menawarkan perkhidmatan cemerlang dan 100% berkelulusan?

Anda boleh berkunjung ke pusat rawatan fisioterapi kami iaitu Physiogo!

physiogo

Mengapa anda perlu memilih kami? 

  • Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang profesional
  • Kami merupakan ahli fisioterapi yang berkelulusan 
  • Kami sudah berada di dalam industri fisioterapi melebihi 5 tahun
  • Menyediakan bilik rawatan mengikut keselesaan jantina
  • Kami merupakan panel PMCare, iaitu sebuah organisasi kesihatan third party administrator (TPA) yang terkenal di Malaysia.

Klik link dibawah untuk membuat tempahan janji temu bersama kami. 

Tempah Temujanji Anda Dengan Physiogo

More To Explore

Uncategorized

Sakit Lutut: Ketahui Punca dan Rawatannya

Lutut anda sering terasa sakit sehingga rasa tegang ke belakang peha dan betis? Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi ketika berjalan atau setiap kali anda

Uncategorized

Rawatan Kecederaan Sukan Yang Betul dan Selamat

Bagi mereka yang bersukan, kecederaan semasa bersukan merupakan sesuatu perkara yang biasa berlaku. Walaupun sudah biasa menghadapnya, ramai yang tidak mengetahui cara merawat kecederaan tersebut

💬 Need help?
Scan the code