Physiogo

sakit lutut

Sakit Lutut: Ketahui Punca dan Rawatannya

Lutut anda sering terasa sakit sehingga rasa tegang ke belakang peha dan betis?

Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi ketika berjalan atau setiap kali anda membengkokkan kaki?

Nak naik tangga pun susah kerana pergerakan lutut yang terhad? 

Jika anda mengalami perkara-perkara di atas, besar kemungkinan anda mempunyai masalah sakit lutut.

Jangan risau, kami akan membantu anda memahami apakah punca sakit lutut anda dan bagaimana anda boleh merawatnya. 

Definisi Sakit Lutut

sakit lutut

Masalah sakit lutut merupakan satu masalah kesihatan yang dialami oleh pelbagai lapisan umur masyarakat.   

Namun, ianya tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh mengganggu pergerakan fizikal dan rutin harian anda. 

Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.

Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan biasanya ia diikuti dengan masalah untuk melakukan aktiviti fizikal. 

Sakit lutut boleh berlaku pada satu bahagian sahaja atau pada keseluruhan lutut.

Salah satu masalah lutut yang sinonim dengan warga emas atau sesiapa sahaja yang meningkat usia adalah osteoarthritis (OA). 

Selain daripada peningkatan usia, masalah ini juga terjadi kerana penipisan tulang rawan yang berlaku secara beransur.

Lapisan rawan berfungsi untuk menyerap daya hentakan.

Maka, makin nipis lapisan rawan, makin kurang hentakan yang diserap. Perkara ini akan mengakibatkan keradangan dan kesakitan yang anda alami. 

Bagi golongan berumur, masalah ini boleh menjadi lebih parah kerana pengurangan dalam penghasilan cecair pelincir dalam sendi.

Punca Masalah Sakit Lutut 

punca sakit lutut

Banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit lutut berlaku. Antaranya: 

  • Umur¬†¬†

Disebabkan peningkatan usia, proses penyembuhan rawan pada tulang lutut menjadi semakin perlahan. 

Dengan kurangnya penghasilan cecair pelincir dalam sendi disebabkan peningkatan usia, masalah lutut selalu menyerang orang yang lebih berumur. 

  • Genetik

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah OA lutut, besar kemungkinan anda juga boleh mengalami masalah yang sama. 

Perkara ini dikaitkan dengan faktor bentuk tulang atau kedudukan lutut yang diwarisi dalam keluarga. 

  • Jantina

Wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas lebih berisiko tinggi untuk mengalami sakit lutut berbanding lelaki yang sebaya.

  • Berat Badan

Berat badan yang berlebihan boleh menjadi punca untuk mendapat masalah sakit lutut.

Hal ini kerana lutut terpaksa untuk menampung tekanan yang dikenakan padanya. 

  • Kecederaan Lutut¬†¬†

Pekerjaan yang melibatkan banyak mencangkung dan mengangkat barang yang berat boleh menyebabkan seseorang menghadapi masalah sakit lutut.

Aktiviti tersebut boleh menyebabkan tekanan yang konsisten pada sendi lutut dan mendorong kepada masalah sakit lutut.

Selain itu, kecederaan berulang kali pada lutut, seperti disebabkan oleh bersukan, juga meningkatkan risiko untuk mengalami sakit lutut.

Rawatan Sakit Lutut 

Bagi sakit lutut yang kronik, kami nasihatkan untuk anda jumpa dengan doktor kesihatan. 

Bagi sakit lutut yang ringan dan sederhana, banyak cara yang anda boleh rawat di rumah. 

  • Teknik ‚ÄėRICE‚Äô¬†

Teknik RICE sesuai untuk sakit lutut yang ringan seperti kekejangan atau jika anda baru sahaja mengalami kecederaan di lutut.

RICE merupakan akronim bagi rest, ice, compression dan elevation. 

R = rest. 

Rehatkan lutut anda dan hentikan pergerakan buat sementara waktu. 

I = ice. 

Letakkan ais pada lutut anda jika ia kelihatan seperti membengkak. Ais membantu mengurangkan bengkak dan keradangan. 

C = compression. 

Berikan sedikit tekanan pada bahagian yang tercedera dengan membalut dengan bandage bagi mengurangkan bengkak dan sakit. 

E = elevation. 

Ampu kaki anda ke aras yang lebih tinggi daripada dada bagi mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat.

  • Pad panas dan sejuk¬†

pad panas dan sejuk

Cara yang cepat dan mudah untuk melegakan sakit lutut adalah menggunakan pad panas atau sejuk.

Pad panas boleh membantu sendi lutut anda daripada menjadi kaku atau keras. Manakala, pad sejuk boleh mengurangkan sakit dan bengkak.

Pad Panas

Gunakan pad panas untuk melegakan masalah sakit lutut dan sendi sangkut. Jangan gunakan jika terdapat bengkak atau lebam, terutamanya selepas mengalami kecederaan. 

Pad Sejuk 

Gunakan pad sejuk dalam masa 2 hari sehingga 2 minggu selepas mengalami kecederaan untuk mengatasi bengkak dan keradangan. 

Anda boleh dapatkan pad ini disini. 

  • Senaman dan kurangkan berat badan

senaman kurang berat badan

Membiarkan lutut tidak bergerak untuk jangka masa yang lama bukanlah sesuatu yang bagus. 

Senaman berkala boleh membantu mengelakkan daripada sendi lutut menjadi kaku dan keras, sesuai untuk pesakit arthritis. 

Bukan itu sahaja, senaman sememangnya berkesan untuk mengurangkan tekanan pada lutut yang disebabkan oleh berat badan yang berlebihan.

  • Dapatkan rawatan fisioterapi

Jangan tunggu sehingga sakit lutut menjadi parah baru nak dapatkan rawatan fisioterapi. 

Rawatan fisioterapi juga boleh didapatkan walaupun sakit-sakit sendi biasa. 

Bagi mereka yang risau nak rawat sendiri di rumah, rawatan fisioterapi adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Anda tak perlu risau jika tersilap urut atau tersilap teknik kerana ianya dilakukan oleh ahli fisioterapi yang terlatih. 

Di mana nak dapatkan rawatan fisioterapi?

Dapatkanlah rawatan fisioterapi dengan kami di Physiogo! 

Kami memberikan servis rawatan pemulihan yang berkualiti, berkesan dan berasaskan kajian klinikal semasa. 

Antara rawatan dan servis yang anda boleh dapatkan di pusat rawatan fisioterapi kami adalah: 

  • Manual Therapy¬†

rawatan manual terapi

Rawatan terapi secara manual baik untuk menggerakkan sendi dan tisu lembut pesakit. 

Ia juga membantu melegakan otot, meredakan bengkak dan membaik pulih fungsi anggota.

  • Exercise Therapy

exercise terapi

Terapi ini sangat baik untuk meregangkan sendi dan otot untuk pastian tiadalah pergerakan yang terbatas. 

Ia berfungsi untuk memulihkan fungsi fizikal, elakkan kehilangan fungsi serta tingkatkan keupayaan anggota. 

  • Heat Therapy

Rawatan terapi haba sesuai untuk sakit pada bahagian tertentu seperti di lutut.

Selain daripada melegakan sakit, ia juga memberi kesan relaks pada badan pesakit.

Kami bukan sahaja menawarkan rawatan fisioterapi, malah kami juga merupakan panel bagi PMCare!

rawatan fisioterapi

Ini bermaksud anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi mendapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo.

Mengapa anda perlu memilih kami? 

  • Kami mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang fisioterapi dan rehabilitasi.
  • Anda boleh mendapatkan rawatan peribadi secara one-to-one dengan pesakit.¬†

rawatan fisioterapi

  • Rawatan diberikan mengikut keselesaan jantina.

Gambar- gambar dibawah adalah sebagai rujukan bagaimana rawatan fisioterapi kami dijalankan: 

rawatan fisioterapi

(Juruterapi wanita sedang merawat pesakit wanita.) 

rawatan fisioterapi

(Juruterapi lelaki sedang merawat pesakit lelaki) 

  • Beroperasi setiap hari
  • Tempat yang selesa serta peralatan rawatan yang lebih lengkap
  • 100% berdasarkan sains dalam kesihatan¬†

Jangan biarkan sakit lutut anda mengganggu hari anda lagi. 

Tempah Janji Temu Anda Dengan PhysioGo Sekarang!

Leave a Comment