Masalah Sakit Leher Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Share This Post

Anda kerap menghadapi masalah sakit leher? Semuanya gara-gara kerap menghadap laptop untuk tujuan kerja dan online meeting?

Masalah sakit leher bukannya suatu perkara yang enteng. Oleh itu, anda perlu dapatkan rawatan yang sewajarnya bagi memulihkan masalah sakit leher. 

Di dalam artikel ini, kami di Physiogo akan berkongsi bersama anda beberapa info penting mengenai masalah sakit leher yang anda perlu tahu. 

Teruskan membaca. 

Punca-punca Sakit Leher

punca sakit leher

Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada kesakitan yang menyucuk di bahagian leher anda. Antaranya: 

  • Pergerakan Berulang

Walaupun tubuh badan manusia merupakan sesuatu yang diciptakan untuk tahan kondisi yang agak lasak, sesetengah aktiviti boleh menyebabkan kesakitan.

Gerakan berulang dalam aktiviti seperti berenang dan menari dapat menyumbang kepada masalah sakit leher.

Hal ini kerana pergerakan berulang ini menggunakan otot-otot di leher secara berlebihan.

  • Posisi Tidur Salah

posisi tidur sakit leher

Pernahkah anda terjaga dari tidur kerana berasa leher anda kejang dan terseliuh? Ini mungkin kerana posisi tidur anda adalah salah. 

Posisi tidur ini termasuklah keadaan tubuh badan yang tidak selesa sepanjang malam dan juga bantal yang tidak memberikan anda sokongan yang baik untuk leher. 

  • Kecederaan

Jika anda merupakan seseorang yang aktif bersukan, punca ini mungkin juga merupakan sumber kesakitan anda.

Saraf di leher anda mungkin terseliuh disebabkan regangan yang berlebihan sehingga tendon dan ligamen terjejas.

Maka, kesakitan di bahagian leher disusuli kekejangan dan denyutan yang perit akan terasa. 

  • Stenosis Spinal Di Leher

Kesakitan di leher sering terjadi bukan sahaja ketika anda bersukan, malah, dalam aktiviti-aktiviti harian yang anda jalani.

Stenosis spinal di leher boleh terjadi jika kanal tulang belakang anda meruncing. Punca kondisi ini adalah disk yang terjebak dengan herniasi atau bone spur.

Saraf yang berada di kanal tulang terjejas. Kesakitan di bahagian leher turut boleh merebak ke lengan, tangan dan jari.

  • Herniasi Disk Di Leher

Tekanan ataupun inflamasi di bahagian saraf yang mengelilingi disk tulang belakang dapat mencetuskan rasa iritasi terhadap saraf.

Walaupun disk di bahagian leher tidaklah begitu besar, namun, ia dikelilingi dengan saraf yang banyak.

Maka, herniasi disk yang kecil ini mampu menyebabkan saraf-saraf disekelilingya tersepit dan mengundang kesakitan kepada anda.

  • Degenerasi Disk Di Leher

Semakin usia meningkat, degenerasi akan berlaku terhadap fungsi-fungsi tubuh badan.

Begitu juga dengan tulang belakang kita. Bahagian berikut akan mengalami penipisan dan dehidrasi sehingga menyebabkan tulang bergeseran sesama tulang.

Fenomena geseran tulang ini akan memberikan kesan yang buruk terhadap saraf-saraf di sekeliling tulang-tulang berikut.

Apakah Cara Untuk Mengurangkan Sakit Leher?

Anda sudah kenal beberapa punca masalah sakit leher. Bagaimana pula cara merawatnya?

Kami sarankan anda:

  • Guna Pek Panas Dan Sejuk

rawatan sakit leher

Anda boleh aplikasikan penggunaan pek panas dan sejuk secara bergilir-gilir pada bahagian leher yang terasa sakit. 

Pek yang panas akan membantu melancarkan peredaran darah manakala pek sejuk dapat mengurangkan inflamasi di bahagian leher yang terkesan.

  • Lakukan Regangan

Langkah yang seterusnya adalah dengan mengamalkan senaman regangan bagi mengurangkan rasa sakit di leher. 

Cara untuk melakukan senaman regangan ini adalah anda perlu menolak bahu ke hadapan dan belakang. 

Kemudian, tekan kedua-dua lengkungan bahu secara bergilir dari kiri ke kanan.

  • Kurangkan Tekanan

Tekanan atau stres dapat mengundang pelbagai masalah terhadap tubuh badan anda, bukan sahaja di bahagian leher.

Kurangkan bekerja dalam tempoh yang terlalu lama. Pastikan anda mengambil rehat secara kerap dalam 10 minit sudah memadai.

Luangkan masa untuk merehatkan badan dan minda dengan melakukan aktiviti yang anda suka seperti membaca atau pergi bercuti.

  • Fisioterapi

Sekiranya rasa sakit pada leher masih tidak surut, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan fisioterapi yang berkelulusan dan bertauliah. 

Untuk ini, anda boleh menerima rawatan fisioterapi daripada pusat fisioterapi kami iaitu Physiogo. 

Di pusat fisioterapi Physiogo, kami menawarkan pelbagai rawatan yang bersesuaian untuk mengurangkan rasa sakit pada anggota tubuh anda. 

Kesimpulannya, anda perlu memandang serius terhadap masalah sakit leher. Jika anda membiarkan rasa sakit itu berterusan, anda akan mengalami kesukaran untuk melakukan tugasan harian. 

Disebabkan itu, anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi daripada kami; Physiogo!

physiogo

Kami merupakan ahli fisioterapi yang bertauliah serta berkelulusan dalam bidang fisioterapi.

Dengan memberikan rawatan yang bersesuaian, kami dapat mengurangkan masalah sakit leher yang anda hadapi. 

Selain itu, kami merupakan pusat rawatan fisioterapi panel bagi PMCARE. 

Ini bermaksud, pemegang-pemegang panel PMCARE tidak lagi perlu mengeluarkan kos sendiri untuk menerima rawatan fisioterapi bersama kami. 

Berikut adalah info-info lebih lanjut mengenai pusat rawatan kami: 

  • Kami mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang fisioterapi dan rehabilitasi
  • Anda boleh mendapatkan rawatan peribadi secara one-to-one dengan pesakit
  • Rawatan diberikan mengikut keselesaan jantina
  • Beroperasi setiap hari
  • Kami juga menawarkan rawatan fisioterapi dari rumah ke rumah (housecall)
  • Tempat yang selesa serta peralatan rawatan yang lengkap

Rawatan Di Physiogo

  • Manual therapy

 

Berikut adalah kelebihan melakukan manual therapy bersama kami: 

  • Mengatasi kesakitan
  • Meningkatkan pergerakan sendi 
  • Melegakan otot 
  • Membantu meredakan bengkak 
  • Mempercepatkan penyembuhan tisu lembut 
  • Membantu memudahkan pergerakan anggota 
  • Membaik pulih fungsi anggota.

 

  • Exercise therapy

terapi sakit bahu

Exercise therapy di pusat rawatan kami berfungsi untuk:  

  • Membantu memperbaiki
  • Memulihkan fungsi fizikal 
  • Membantu mengelakkan kehilangan fungsi 
  • Meningkatkan keupayaan serta fungsi anggota
  • Meningkatkan fungsi motor dan deria.

 

  • Sesi konsultasi 

sesi konsultansi

Anda berpeluang untuk berbincang serta dapatkan khidmat nasihat daripada ahli fisioterapi yang bertauliah serta berpengalaman tentang masalah fizikal yang sedang anda hadapi.

Jadi, dapatkan rawatan fisioterapi bagi merawat masalah sakit dengan segera. 

Klik sahaja link di bawah ini untuk membuat janji temu (appointment) bersama kami. 

Tempah Temujanji Anda Dengan Physiogo





More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code