Masalah Sakit Sendi: Segera Dapatkan Rawatan di Physiogo

Share This Post

Terdapat banyak jenis sakit yang dihadapi oleh ramai orang di Malaysia disebabkan beberapa perkara dan salah satunya adalah sakit sendi.

Ia merupakan sakit yang sangat sering dilihat oleh doktor-doktor di klinik dan di hospital di dalam kalangan pesakit mereka dan ini sangat membimbangkan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang masalah sakit sendi dan juga beberapa rawatan yang boleh ikuti.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

 

Apakah Punca-punca Masalah Sakit Sendi?

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah sakit sendi.

Antara puncanya adalah seperti berikut:

  • Jangkitan kuman
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Ubat-ubatan
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Penyakit sendi seperti arthritis

Anda boleh menggunakan ini sebagai rujukan untuk memantau kesihatan anda dan juga ahli keluarga supaya dapat mengenal pasti jika sedang menghadapi masalah sakit sendi.

Perkara ini perlu diambil dengan serius kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan kepada anda.

 

Komplikasi Masalah Sakit Sendi

Bagi mereka yang menghadapi masalah sakit sendi dengan jangka masa yang lama, ia boleh menyebabkan komplikasi lain dan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan anda.

Semakin lama anda diam dan tidak mengambil langkah untuk mendapatkan rawatan untuk masalah ini, maka lebih banyak komplikasi akan berlaku.

Ia akan menjejaskan kawasan lain di badan anda dan akan memberi cabaran kepada anda untuk meneruskan aktiviti harian anda kerana kesihatan akan bertambah teruk.

Antara komplikasi sakit sendi yang mungkin akan berlaku sekiranya anda menghadapi masalah ini dengan lama adalah seperti berikut:

  • Kebengkakan, kemerahan atau rasa sakit pada beberapa sendi.
  • Ketegangan sendi terutamanya pada waktu pagi.
  • Kulit merah-merahan atau perubahan pada sekeliling sendi.
  • Kesukaran menggerakkan sendi seperti biasa.
  • Sebarang rasa sakit pada sendi.
  • Berjalan dengan incang-incut (limping).
  • Pembengkakan pada atau sekitar sendi.
  • Demam panas serta sakit sendi.
  • Ketegangan sendi terutamanya pada waktu pagi.
  • Sakit sendi yang teruk pada waktu malam hingga ke pagi.
  • Ruam pada badan beserta sakit sendi.

 

Rawatan Masalah Sakit Sendi

sakit sendi

Terdapat beberapa cara untuk merawat sakit sendi yang anda boleh dapati. Di dalam bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda jenis-jenis rawatan tersebut.

  • Rawatan osteoarthritis

Untuk pengetahuan anda, penyakit osteoarthritis merupakan satu jenis penyakit tulang yang sangat sakit dan boleh menjadi punca seseorang itu mengalami masalah sakit sendi.

Antara cara untuk merawat masalah ini adalah:

  • Secara pembedahan

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis pembedahan yang boleh dilakukan iaitu

  • Osteotomi (memotong dan menyusun semula tulang)
  • Artroscopi (kamera khas dimasukkan ke dalam sendi)
  • Artroplasti (menganti sendi rosak dengan sendi buatan daripada logam dan plastik)

Pembedahan untuk merawat masalah ini biasanya hanya akan dilakukan ke pesakit yang melebihi umur 60 tahun kerana mereka lebih memerlukan.

Bagi pesakit yang lebih muda, mereka dinasihatkan untuk menjalani rawatan secara tidak pembedahan.

Untuk rawatan secara tidak pembedahan, terdapat 2 jenis cara yang boleh membantu mengurangkan masalah sakit ini iaitu:

  1. Secara farmakologikal

Ini akan melibatkan ubat-ubatan yang atau suntikan yang diberikan oleh doktor. Cara ini sesuai untuk mereka yang berada pada peringkat pertengahan atau akhir sakit ini.

Pada masa sekarang, terdapat beberapa kajian yang telah menyatakan pesakit yang mengambil nutrisi tambahan seperti glucosamine dan chondroitin menunjukkan kesan yang positif.

Ia merupakan rawatan sakit sendi baharu yang anda boleh mencuba dengan bantuan doktor. Anda boleh mendapatkan sesi konsultasi dengan untuk tahu cara yang sesuai dengan anda.

  1. Bukan farmakologikal

Ini boleh dilakukan dengan fisioterapi, senaman aerobik, mengawal berat badan dan pendidikan pesakit. Ini sesuai untuk mereka yang diperingkat awal penyakit ini.

Kesimpulannya, penyakit sakit sendi merupakan satu jenis penyakit yang perlu diambil serius kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan lain kepada anda.

Artikel berkait:

Rawatan Sakit Sendi: Punca dan Rawatan

Jika anda mencari pusat rawatan fisioterapi yang bagus di Malaysia, anda patut memilih Physiogo!

Apakah rawatan yang ditawarkan di pusat fisioterapi kami?

  • Manual therapy

sakit sendi

Kami menawarkan rawatan fisioterapi secara manual. Manual therapy adalah sangat baik untuk menggerakkan sendi dan soft tissue pesakit.

  • Heat therapy

sakit sendi

Dalam pada itu, kami turut menawarkan rawatan heat therapy untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang tertentu.

  • Exercise therapy

Exercise therapy ini sangat baik bagi meregangkan sendi dan otot pada tubuh badan anda. Hal ini untuk memastikan agar anda tidak lagi mengalami pergerakan yang terbatas.

Selain daripada rawatan fisioterapi yang ditawarkan, kami juga merupakan panel PMCare. PMCare ialah sebuah organisasi pengurusan kesihatan third party administrator (TPA) yang terkemuka di Malaysia.

Dengan ini, anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi membiayai rawatan masalah sakit belakang.

sakit sendi

Yang paling penting, kami menyediakan bilik rawatan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta juruterapi mengikut keselesaan jantina pesakit.

sakit sendi

Selain itu, kami juga terdiri daripada ahli terapi yang berkelulusan bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pesakit.

sakit sendi

Oleh sebab itu, semua ahli fisioterapi Physiogo mempunyai kelulusan dalam bidang fisioterapi daripada institut pengajian tinggi di Malaysia.

Berikut merupakan sebab-sebab lain anda perlu memilih kami sebagai pusat rawatan fisioterapi:

  • Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang profesional
  • Kami merupakan ahli fisioterapi yang berkelulusan
  • Kami sudah berada di dalam industri fisioterapi melebihi 5 tahun
  • Menyediakan bilik rawatan mengikut keselesaan jantina
  • Kami merupakan panel PMCare, iaitu sebuah organisasi kesihatan third party administrator (TPA) yang terkenal di Malaysia.

Tunggu apa lagi?

Jom dapatkan rawatan fisioterapi yang bertauliah bersama kami sekarang! Klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lebihi lanjut mengenai rawatan fisioterapi kami.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code