PERHATIAN! Jangan skip dan abaikan jika anda dapat tahu apa punca sakit lutut bagi wanita ini.
Ini kerana sakit lutut adalah masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh ramai wanita di seluruh dunia.
Fakta menyatakan bahawa kaum perempuan 5 kali ganda lebih ramai mengalami kecederaan lutut yang serius berbanding kaum lelaki terutama ketika bersukan.
Namun sering dianggap sakit lutut biasa dihadapi oleh orang tua. Sebenarnya tidak. Sakit lutut boleh dihidapi oleh pelbagai usia termasuk orang muda.
Oleh itu, adalah penting untuk memahami beberapa punca-punca dan faktor yang menyebabkan masalah ini.
Jadi, ayuh kita sama-sama meneroka punca sakit lutut bagi wanita dan langkah yang betul yang boleh diambil untuk mengurangkannya.
Apa Itu Sakit Lutut?
Sakit lutut boleh berasal dari mana-mana sahaja, iaitu dari struktur tulang lutut ke otot dan tisunya.
Ianya adalah keadaan yang melibatkan rasa kesakitan, kemerahan, dan kekakuan pada bahagian lutut.
Individu mungkin dapat menunjukkan dengan tepat di mana kesakitan itu berasal atau mengatakan bahawa seluruh lutut mereka sakit.
Disebabkan itu, sakit lutut boleh mengganggu kebolehan untuk bergerak dengan selesa dan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti hidup.
Sakit Lutut Dalam Kalangan Wanita
Kenapa wanita lebih berisiko untuk mendapat sakit pada bahagian lutut?
Seperti sedia maklum, wanita boleh mengalami masalah sakit lutut lebih kerap daripada lelaki.
Terdapat beberapa fakta yang yang boleh anda ketahui dengan lebih jelas mengenai sakit lutut wanita.
1. Tulang punggung
Kaum perempuan secara biologikalnya memiliki tulang punggung yang lebih besar berbanding kaum lelaki.
Ini menyebabkan lebih tekanan terhasil pada otot peha bahagian dalam.
Tekanan ini memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan boleh menyebabkan otot sekitar lutut membengkak jika berlaku dalam jangka masa panjang.
Tambahan pula, hormon yang terdapat dalam kaum wanita boleh melemahkan lagi dan memberikan kesan terhadap ligamen yang ada pada mereka.
Oleh kerana itu, wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami Osteoarthritis (OA) berbanding lelaki, kerana hormon dan selepas putus haid.
2. Pergerakan
Wanita lebih banyak melakukan pergerakan berbanding lelaki kerana wanita lebih banyak melakukan kerja mengemas, mencuci dan memberi anak makan.
Kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan seperti ini memerlukan para wanita untuk tunduk, bongkok dan banyak lagi pergerakan lain.
Tanpa kita sedar, sebenarnya ia menjadi punca sedikit sebanyak akan berlaku kecederaan pada lutut.
Kecederaan boleh berlaku di bahagian ligamen, tendon, rawan, meniskus, dan tulang yang membentuk sendi.
3. Kecantikan
Sememangnya wanita dan kasut tidak boleh dipisahkan khususnya wanita yang suka kasut bertumit tinggi.
Dikatakan dengan memakai kasut tumit tinggi dapat meningkatkan keanggunan dan keyakinan diri si pemakai.
Namun, tahukah anda pemakaian kasut seperti ini lah boleh menyebabkan masalah postur dan masalah sakit sendi?
Keadaan ini juga membuat lutut si pemakai menjadi tegang dan kaku, malah lebih buruk lagi apabila memiliki berat badan yang berlebihan.
Ini kerana, tubuh wanita akan lebih menekan sendi sekaligus lutut yang tegang mewujudkan pelbagai masalah ketika berjalan dan peningkatan risiko ke atas tubuh.
Punca-Punca Sakit Lutut
Setelah melihat fakta-fakta di atas, kita sedar bahawa wanita lebih cenderung untuk mendapat masalah sakit lutut ini.
Walaupun begitu, banyak juga punca umum yang boleh menyebabkan sakit lutut yang boleh terjadi pada setiap individu.
Berikut adalah punca sakit lutut;
1. Artritis
Artritis adalah keadaan di mana sendi menjadi bengkak dan meradang, dan ini boleh menyebabkan sakit lutut.
2. Cedera Fizikal
Cedera seperti robekan ligamen atau meniscus boleh menyebabkan kesakitan lutut.
3. Kegemukan
Kegemukan menambah tekanan pada lutut dan boleh menyebabkan kecederaan jangka panjang.
4. Kurang Aktiviti Fizikal
Kurangnya aktiviti fizikal boleh menyebabkan lemahnya otot-otot di sekitar lutut.
5. Usia
Proses penuaan boleh menyebabkan masalah pada lutut.
Langkah-Langkah Mencegah dan Mengurus Sakit Lutut
Bagi wanita yang mengalami sakit lutut atau ingin mencegahnya, langkah-langkah berikut boleh membantu:
1. Senaman Berkualiti
Melibatkan diri dalam senaman seperti senaman kekuatan dan fleksibiliti dapat membantu menguatkan otot-otot sekitar lutut.
2. Kawal Berat Badan
Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mengurangkan tekanan pada lutut.
3. Pemakanan Sihat
Memakan makanan berkhasiat boleh membantu mengurangkan risiko artritis.
4. Rujuk Pakar
Jika anda mengalami kesakitan yang berpanjangan, rujuklah pakar kesihatan untuk penilaian dan rawatan yang sesuai.
Rawatan Fisioterapi untuk Mengurangkan Sakit Lutut
Jika anda mengalami sakit lutut yang kronik, fisioterapi di Physiogo boleh menjadi pilihan yang baik.
Fisioterapi adalah kaedah rawatan yang membantu menguatkan otot-otot di sekitar lutut dan mengurangkan kesakitan.
Ia boleh membantu wanita kembali kepada kehidupan yang aktif dan sihat.
Ayuh bersama Physiogo kerana kami menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Pusat rawatan Physiogo diyakini mesra pelanggan! Kami telah menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.
Physiogo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan juruterapi khusus untuk lelaki dan wanita.
Jadi, jangan abaikan masalah sakit lutut anda. Ia boleh memberi kesan serius kepada kualiti hidup anda.
Dapatkan bantuan yang anda perlukan di Physiogo.com.my untuk mengatasi masalah ini dan hidup lebih sihat dan bertenaga.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web kami di https://physiogo.com.my/ dan hubungi kami untuk mengatasi sakit lutut anda.
Wanita terutamanya perlu memberi perhatian khas kepada kesihatan lutut, jangan biarkan masalah ini terus memberi kesan negatif kepada hidup anda.