Sekarang ini begitu mudah kalau ingin dapatkan rawatan di klinik. Klinik yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memudahkan semua tidak terkecuali yang duduk di desa. Segala jenis rawatan ada untuk membantu pesakit.
Tetapi, lain pula dengan rawatan fisioterapi. Jika ada kes yang memerlukan rawatan fisioterapi, pesakit akan dirujuk pada hospital besar yang berdekatan. Amat jarang sekali pesakit melakukan rawatan terus di klinik kesihatan.
Hal ini kerana, hanya ahli fisioterapi yang bertauliah boleh melakukan rawatan fisioterapi. Namun, tanpa pakar fisioterapi di klinik kesihatan, bagaimana hendak dapatkan rawatan dengan mudah, lebih-lebih lagi kalau memerlukan rawatan berkala?
Fisioterapi Di Physiogo
Ini dia, klinik terbaik untuk rawatan fisioterapi di Malaysia. Di Physiogo, anda boleh mendapatkan rawatan dengan mudah dan komprehensif. Terdiri daripada barisan terapis fisiroterapi yang bertauliah dengan kelulusan yang diiktiraf.
Sudah melebarkan sayap dengan tiga cawangan di Bangi, Kota Damansara dan Wangsa Maju, Physiogo juga memberikan rawatan ke rumah yang berkualiti tinggi, setaraf seperti anda lakukan di klinik.
Malah, Physiogo juga menyediakan rawatan dan rehabilitasi untuk penyakit yang memerlukan perhatian lebih secara intensif. Antaranya adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatric dan pesakit yang baru sahaja selesai pembedahan.
Bukan sekadar rawatan fisioterapi biasa kerana Physiogo juga memahami kehendak pelanggan untuk mendapatkan rawatan mengikut jantina.
Servis dan Rawatan Physiogo
Rawatan fisioterapi di Malaysia yang diberikan kepada pesakit kebanyakannya menggunakan teknik manual yang mana, telah terbukti dalam salah satu teknik rawatan paling berkesan untuk fisioterapi. Dengan teknik ini, servis fisioterapi di Physiogo memberikan rawatan untuk;
1. Rawatan Sakit Belakang
Sakit belakang akan mengganggu keselesaan anda. Kaedah rawatan yang akan digunakan untuk mengurangkan sakit adalah dengan manual technique physiotherapy. Rawatan yang disertakan dengan senaman berstruktur boleh menambahbaik pergerakan sendi tulang belakang pesakit.
2. Rawatan Sakit Bahu
Frozen shoulders yang selalu dialami pesakit boleh dikurangkan dengan rawatan mengurangkan keradangan pada bahu. Kemudian pemeriksaan akan dilakukan oleh terapis untuk mengetahui rawatan lain yang sesuai.
3. Rawatan Sakit Leher
Kekakuan atau neck stiffness, kebas, lenguh yang merebak ke bahu, lengan dan jari atau kepala menjadikan aktiviti seharian anda sukar dilakukan.
Rawatan fisioterapi akan mengurangkan sakit bersama dengan latihan senaman untuk membaiki pergerakan sendi tulang tengkuk.
4. Rawatan Fisioterapi Sakit Lutut
Aktiviti seharian boleh menyebabkan lutut anda melecet dan sakit. Pesakit juga mungkin daripada golongan yang aktif. Jadi, pesakit akan diberitahu tentang postur badan yang betul.
Kemudian, rawatan akan difokuskan untuk menambahbaik postur badan pesakit untuk mengelakkan sakit leher berulang
5. Rawatan & Pemulihan Pesakit Lumpuh
Pesakit yang lumpuh memerlukan rawatan intensif. Sakit lumpuh yang menghadkan pergerakan, akan menjejaskan keupayaan pesakit.
Rawatan kepada pesakit biasanya merangkumi fisioterapi fizikal dan program senaman untuk menggerakkan sendi, urat tubuh. Rawatan juga akan memfokuskan untuk pesakit menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengguna semula otot-otot untuk pergerakan.
6. Rawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan
Rawatan sukan yang biasa adalah terseliuh dan terlebih regang. Kesakitan ini akan membataskan pergerakan ahli suka yang aktif, malah, dengan menggunakan otot yang sama untuk bersukan tanpa rawatan yang betul akan menyebabkan kecederaan berulang.
Physiogo memberikan rawatan untuk memulihkan kecederaan sukan untuk memastikan pesakit kembali bersukan dengan selesa.
7. Rawatan Kesihatan Kanak-Kanak
Fisioterapis kanak-kanak dari Physiogo adalah pakar dalam perkembangan dan pemulihan kanak-kanak, terutamanya dalam aspek pergerakan.
Kanak-kanak yang memerlukan rawatan fisioterapi seperti pergerakan dan lambat perkembangan fizikal boleh dirujuk di PhysioGo.
Fisioterapis kami boleh membantu anda mengesan awal masalah kesihatan dengan menggunakan pelbagai pendekatan.
8. Rawatan Kesihatan Warga Emas
Rawatan kesihatan untuk warga emas yang adalah;
- Arthritis
- Osteoporosis
- Kanser
- Penyakit Alzheimer
- Pembedahan penggantian sendi (terutama bahagian lutut)
- Masalah keseimbangan badan semasa pergerakan
Pesakit akan dirawat dengan fisioterapi geriatrik iaitu pakar dalam menyediakan terapi untuk kalangan dewasa yang lebih tua.
Dapatkan Rawatan Fisioterapi di Physiogo
Kalau anda ada mengalami sakit atau sengal-sengal badan yang memerlukan khidmat fisioterapi, jadikan Physiogo, pilihan utama anda. Solusi kepada rawatan fisioterapi terbaik di Malaysia.
Servis di Physiogo mesra pelanggan dan mengamalkan rawatan yang mesra jantina. Jadi anda tidak perlu risau untuk dapatkan rawatan.
Malah, Physiogo juga boleh melakukan rawatan kepada anda tanpa perlu ke pusat rawatan dengan memberikan servis dari rumah ke rumah pesakit.
Anda boleh ke laman web kami untuk mengetahui senarai penuh rawatan yang kami tawarkan. Anda juga boleh ikuti perkembangan kami di laman sosial Facebook.