Sakit Lutut: Punca dan Rawatan Terbaik (Panduan Lengkap)

Share This Post

Sakit lutut merupakan masalah yang sering dihadapi oleh golongan dewasa, terutama yang sudah berusia. Ia juga mengganggu aktiviti seharian, termasuk sukar untuk solat.

Bayangkan, ibu atau ayah yang menanggung sakit lutut, sampai tak boleh nak bersolat dengan sempurna. Sekarang mereka terpaksa bersolat di kerusi.

Sebagai anak, pasti kita rasa sedih melihatnya. Rasa hiba bila mereka, ibu bapa kita, selalu mengadu kepada kita yang mereka menanggung sakit ketika hendak bergerak.

Untuk mengubati, mari ketahui lebih lanjut mengenai sakit ini.

Apakah Maksud Sakit Lutut?

sakit lutut

Terdapat beberapa istilah perubatan yang berkaitan dengan sakit pada lutut. Antaranya:

Anterior cruciate ligament (ACL) – tisu yang menyambungkan tulang peha dan betis.

Tendon – tisu yang menyambungkan otot kepada tulang.

Bursae – merupakan tisu yang mengelilingi sendi dan menjadikan ruang sendi tertutup.

Berdasarkan istilah tersebut, ternyata kesakitan pada lutut boleh berlaku di mana-mana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut. Ia juga boleh terjadi pada sebahagian tempat atau di seluruh lutut.

Punca Sakit Lutut

sakit lutut

Berikut merupakan punca kepada masalah lutut:

1. Kecederaan lutut

Kecederaan pada lutut boleh berlaku semasa melakukan aktiviti sukan atau kemalangan. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada ligament, tendon dan bursae di sendi lutut.

Antara kecederaan yang sering berlaku pada lutut:

Kecederaan anterior cruciate ligament (ACL)

– Tulang lutut patah atau retak

– Keradangan tendon

2. Masalah mekanikal

– Tempurung lutut terkeluar dari tempatnya.

– Tekanan tinggi pada lutut yang disebabkan oleh sakit di bahagian lain, seperti sakit di tulang pinggul dan tapak kaki.

3. Keradangan sendi (arthritis)

Radang sendi atau arthritis juga boleh menyebabkan kesakitan lutut. Masalah ini sering berlaku di kalangan mereka yang berusia.

Jenis-Jenis Kesakitan Pada Lutut

sakit lutut

Sakit pada lutut boleh dikategorikan sebagai sakit sendi. Terdapat beberapa jenis kesakitan pada lutut, iaitu:

– Kecederaan ligament

– Tendon koyak

– Dislokasi lutut

– Dislokasi patella

Simptom Sakit Lutut

sakit lutut

Simptom dan tanda yang boleh dikesan pada lutut yang sakit adalah seperti berikut:

– Bengkak dan lebam

– Lutut terasa lemah dan kurang stabil

– Lutut berbunyi ketika berjalan atau ketika dibengkokkan

– Sukar untuk meluruskan kaki sepenuhnya

– Sukar untuk membengkokkan lutut

– Sukar untuk menaiki atau turun tangga

Senaman untuk Pesakit Lutut

sakit lutut

Bagi mengurangkan kesakitan lutut, anda digalakkan untuk melakukan senaman. Namun begitu, bukan semua jenis senaman sesuai untuk lutut yang sakit.

Berikut merupakan senaman yang anda boleh cuba:

Senaman kardio seperti berjalan dan berenang. Jangan lakukan senaman berimpak tinggi seperti berlari atau mendaki

– Aerobik

– Stretching

Bacaan Lanjut: 5 Senaman Ringkas Untuk Mengatasi Masalah Sakit Lutut

Cara Menghilangkan Sakit Lutut

Terdapat beberapa tips yang boleh membantu meredakan kesakitan lutut:

1. Balut lutut

knee bandage

Balut lutut dengan bandage atau pembalut yang sesuai. Ia boleh mengurangkan kesakitan pada otot dan sendi sekitar lutut.

2. Tuam ais

ice pack for knee

Ais dapat membantu mengurangkan bengkak pada lutut.

3. Kawal pemakanan

balance diet

Berat badan berlebihan boleh menjadi faktor kepada masalah lutut. Dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, lutut boleh menampung berat badan ideal.

4. Guna alat bantuan

tongkat sakit lutut

Jika sukar berjalan atau bergerak, gunakan alat bantuan seperti tongkat untuk memudahkan pergerakan. Ia boleh mengurangkan beban pada lutut.

5. Pakai kasut yang sesuai

comfy shoes

Pilih kasut yang selesa dan sedap dipakai. Ia membantu mengurangkan stress pada lutut semasa berjalan.

Rawatan Sakit Lutut

rawatan sakit lutut

Terdapat 3 jenis rawatan yang sering diberikan pada pesakit iaitu:

1. Suntikan

2. Pembedahan

3. Terapi fizikal atau fisioterapi

Rawatan Pesakit Lutut di PhysioGo

PhysioGo menawarkan rawatan fisioterapi untuk mereka yang sakit pada lutut. Pelbagai jenis rawatan ditawarkan, termasuk terapi manual, senaman dan nasihat penjagaan.

Semua ahli fisioterapi di PhysioGo merupakan ahli terapi bertauliah dan berkelulusan dari university tempatan dalam bidang Fisioterapi.

Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan dari pakar yang diiktiraf.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code