Sakit Tumit: Bagaimana Rawatan Physiogo Dapat Meredakan Masalah Ini?

Share This Post

Baru-baru ini anda sering mengalami masalah sakit tumit?

Susah betul nak bergerak apatah lagi berdiri dalam tempoh masa yang lama kerana tumit anda berdenyut-denyut.

Ingin tahu faktor dan rawatan untuk masalah anda ini? Teruskan membaca untuk merawat sakit tumit!

Faktor-faktor Terjadinya Sakit Tumit

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda mengalami masalah sakit tumit. Antaranya:

  • Pemakaian Kasut

Kebanyakan wanita khususnya wanita yang bekerjaya gemar memakai kasut yang bertumit tinggi yang menyumbang kepada punca yang menyebabkan kesakitan pada bahagian tumit kaki.

Walaupun pakai kasut tumit tinggi tampak elegan, sebenarnya ia adalah tidak baik untuk kesihatan bagi seseorang individu wanita.

Pemakaian kasut tinggi mengganggu postur badan individu namun, kasut tumit tinggi masih kerap dipakai dan dilihat sebagai satu lambang yelegan bagi seorang individu wanita.

  • Akibat Kecederaan

sakit tumit

Keretakan akibat tekanan pada tulang tumit merupakan kecederaan paling kerap untuk berlaku.

Kesakitan ini melibatkan ketegangan pada otot, tulang dan ligamen pada bahagian tumit yang akhirnya menyebabkan anda merasa sakit.

Kecederaan sebegini tidak dianggap begitu serius dan boleh sembuh dengan kadar yang agak perlahan, dalam kurang seminggu lebih.

  • Berat Badan

Faktor lain yang turut menyumbang kepada sakit tumit adalah berat badan yang berlebihan.

Berat badan berlebihan daripada indeks jisim badan sihat (BMI) anda bermakna secara tidak langsung anda memberikan beban berat yang berlebihan kepada tumit kaki anda.

Rawatan Masalah Sakit Tumit

rawatan sakit tumit

Anda dah tahu beberapa faktor yang menyebabkan sakit tumit. Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana cara-cara untuk merawat sakit tumit:

  • Pilih Kasut Yang Selesa

Selain menitikberatkan reka bentuk yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.

Pemilihan kasut yang sesuai amat memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Contohnya, kasut yang ber-span dan elak kasut yang tapaknya nipis.

  • Rendaman Kaki

Rawatan rendaman kaki adalah antara cara yang efektif untuk melegakan tekanan dan sakit tumit.

Mudah saja caranya, sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif jika mahu kaki harum).

Rendam kaki selama 30 minit, tumit kaki anda akan rasa kurang tegang.

  • Senaman Ringkas

sakit tumit

Apabila kekurangan darah dan oksigen pada tumit kaki, bahagian tersebut akan mengalami rasa sakit. Ikuti beberapa langkah regangan berikut.

Pertama sekali, duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain.

Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa.

Akhir sekali, tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat dan ulangi latihan itu dalam lima hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

Lakukan juga sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tidak mengalami kejutan.

Artikel berkait:

Punca Sakit Tumit dan Rawatan Terbaik

 

Bagaimana Physiogo Merawat Sakit Tumit?

sakit tumit

Dapatkan rawatan fisioterapi untuk sakit tumit di Physiogo, dengan menggunakan kaedah physio manual therapy dan rawatan elektroterapi selain senaman dan nasihat penjagaan.

Para juruterapi di Physiogo merupakan mereka yang bertauliah di dalam bidang fisioterapi, dengan menggabungkan kaedah rawatan saintifik dan mengikut kesesuaian pesakit.

Physiogo juga menyediakan rawatan ke rumah untuk keselesaan pesakit, selain mempunyai pusat rawatan sendiri.

Rawatan fisioterapi amat berkesan buat mereka yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.

Berikutlah serba sedikit maklumat tentang masalah sakit tumit. Dapatkanlah rawatan fisioterapi secara segera agar anda tak perlu risau lagi!

Runsing memikirkan pusat fisioterapi yang bagus, menawarkan perkhidmatan cemerlang dan 100% dipercayai?

Anda boleh berkunjung ke pusat rawatan fisioterapi, Physiogo.

Physiogo merupakan pusat fisioterapi yang dapat membantu merawat masalah sakit pinggang, masalah sakit tumit dan macam-macam lagi sakit!

 

Mengapa Physiogo?

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMEGANG PANEL PMCARE!

Physiogo merupakan klinik fisioterapi panel bagi PMCARE!

Kini, anda tidak perlu mengeluarkan kos sendiri untuk mendapatkan rawatan di sini.

  • Kami mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang fisioterapi dan rehabilitasi
  • Anda boleh mendapatkan rawatan peribadi secara one-to-one dengan pesakit
  • Rawatan diberikan mengikut keselesaan jantina
  • Beroperasi setiap hari
  • Kami juga menawarkan rawatan fisioterapi dari rumah ke rumah (housecall)
  • Tempat yang selesa serta peralatan rawatan yang lengkap

 

Apakah Rawatan Di Physiogo?

  • Manual therapy

sakit tumit

Mengatasi kesakitan, meningkatkan pergerakan sendi, melegakan otot, membantu meredakan bengkak, mempercepatkan penyembuhan tisu lembut, membantu memudahkan pergerakan anggota, membaik pulih fungsi anggota.

  • Electrotherapy

Mengurangkan kesakitan, mempercepatkan proses penyembuhan, membantu melancarkan peredaran darah ke kawasan yang bermasalah, melegakan ketegangan otot.

  • Exercise therapy

sakit tumit

Membantu memperbaiki dan memulihkan fungsi fizikal, membantu mengelakkan kehilangan fungsi, meningkatkan keupayaan serta fungsi anggota, meningkatkan fungsi motor dan deria.

  • Sesi konsultasi

Berpeluang untuk berbincang serta dapatkan khidmat nasihat daripada ahli fisioterapi yang bertauliah serta berpengalaman tentang masalah fizikal yang sedang anda hadapi.

Physiogo menawarkan rawatan profesional daripada ahli-ahli fisioterapi yang berkelulusan.

Physiogo bersedia membantu anda yang mengalami kesakitan bahagian belakang badan, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.

Pusat rawatan Physiogo adalah amat mesra pelanggan! Kami menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.

Jom tengok apa kata mereka yang telah menjalani rawatan fisioterapi di Physiogo

sakit tumitsakit tumitsakit tumit

Klik butang dibawah untuk layari dengan lebih lanjut tentang Physiogo atau untuk terus membuat temujanji!

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

šŸ’¬ Need help?
Scan the code