Sakit jantung merupakan antara penyakit yang berbahaya bagi manusia.
Hal ini kerana jantung adalah antara organ yang terpenting untuk manusia meneruskan kelangsungan hidup.
Kalau sebelah buah pinggang rosak, kita masih boleh teruskan kehidupan dengan hanya satu buah pinggang.
Tapi kalau jantung rosak, ini amat membimbangkan!
Oleh itu, anda tidak boleh memandang remeh kepada penyakit jantung ini.
Mari perhatikan jika anda mempunyai simptom-simptom sakit jantung agar anda boleh ambil langkah untuk mencegah penyakit ini.
Simptom Sakit Jantung
Sakit jantung bukan sahaja sakit pada bahagian dada dan sesak nafas. Ada beberapa simptom lain perlu anda perhatikan.
1. Peluh Sejuk
Kemunculan peluh sejuk tanpa sebab yang jelas boleh menjadi tanda terdapat masalah dengan jantung anda.
Jika gejala ini diiringi dengan gejala lain seperti sakit dada, sesak nafas atau batuk berpanjangan, dapatkan nasihat doktor dengan segera.
2. Batuk Berpanjangan
Batuk berpanjangan boleh menjadi simptom untuk penyakit paru-paru dan sakit jantung.
Dalam kes kegagalan jantung, jantung tidak dapat berfungsi secara normal sehingga darah bocor ke dalam paru-paru.
3. Sakit Dada
Contoh sakit dada yang pesakit jantung boleh alami adalah rasa tidak selesa, terbakar atau tekanan di dada.
Gejala ini boleh menjadi petanda terdapat arteri yang tersumbat di jantung.
Ketidakselesaan di dada boleh berlaku selama beberapa minit dan muncul semula apabila anda berehat atau semasa anda melakukan aktiviti fizikal yang berat.
Jika anda mengalami sakit dada beberapa kali yang tidak berhenti selepas beberapa minit, dapatkan nasihat pakar kesihatan.
4. Irama Jantung Tidak Stabil
Degupan jantung yang tidak stabil dikenali sebagai arrhythmia.
Masalah ini berlaku apabila degupan jantung tidak stabil seperti terlalu laju atau terlalu perlahan dan tidak teratur.
Arrhythmia berlaku apabila impuls elektrik dalam jantung yang menyelaraskan degupan ini tidak lagi berfungsi.
Antara faktor arrhythmia adalah merokok, pengambilan alkohol berlebihan, tekanan, genetik dan kencing manis.
5. Mudah Letih
Anda perlu berhati-hati jika anda sedar anda mengalami keletihan yang berpanjangan walaupun anda hanya melakukan aktiviti fizikal yang ringan.
Keletihan berpanjangan boleh menjadi tanda penyakit serius seperti sakit jantung, anaemia dan kanser.
Selain itu, dalam kes kegagalan jantung, anda boleh kehabisan oksigen kerana otot jantung tidak lagi mengepam darah dengan cukup baik untuk keperluan badan.
Artikel Berkaitan:
Cegah Sakit Jantung Dengan Tips Ini
Semua penyakit ada cara pencegahannya.
Berikut merupakan tip-tip yang anda boleh amalkan:
1. Jangan Merokok/Menggunakan Produk Tembakau
Amalan merokok merupakan faktor utama pembentukan aterosklerosis (bahagian dalam arteri mengecil kerana pembentukan plak).
Jika anda seorang perokok, berhenti merokok adalah langkah terbaik untuk kesihatan anda dan orang sekeliling.
Perokok pasif (second hand smoker) boleh menghadapi pelbagai masalah kesihatan kerana menyedut sisa asap yang ditinggalkan oleh perokok aktif.
2. Gaya Hidup Sihat
Berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Cara terbaik untuk mengekalkan berat badan yang sihat adalah gabungan senaman dan diet yang sihat.
Untuk orang dewasa, anda dicadangkan untuk melakukan senaman berintensiti sederhana seperti berjalan atau berbasikal setiap minggu.
Kanak-kanak pula perlukan senaman sekurang-kurangnya sejam setiap hari.
3. Pemakanan Sihat
Pengambilan makanan yang sihat penting untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh termasuklah kesihatan jantung.
Amalkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan protein untuk memperbaiki tekanan darah dan kadar kolesterol dalam badan.
Elakkan pengambilan terlalu banyak lemak dan gula dalam diet anda.
Gula boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes yang boleh menyumbang kepada kemungkinan anda akan menghidap penyakit jantung juga.
4. Kurangkan Stress
Stres boleh menyebabkan ramai orang lakukan perkara yang tidak sihat untuk kesihatannya.
Contohnya, ada orang yang minum bercawan-cawan kopi, ada juga yang makan makanan snek atau ada yang merokok untuk melegakan stres.
Anda perlu pastikan cara kawalan stres anda tidak memudaratkan kesihatan anda.
Hal ini kerana stres sendiri sudah menjadi risiko untuk kesihatan jantung anda, jangan ditambah lagi dengan tabiat yang tidak sihat.
5. Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Kondisi seperti darah tinggi dan kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan penyakit jantung.
Namun, anda tidak akan dapat tahu anda menghidapi kondisi ini tanpa melakukan pemeriksaan kesihatan.
Oleh itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala terutamanya jika anda tergolong dalam kumpulan berisiko.
Jika anda seorang dewasa di bawah umur 50 tahun dan sihat, pastikan anda lakukan pemeriksaan setiap 3 tahun sekali.
Jika anda seorang dewasa berumur 50 tahun ke atas, lakukanlah pemeriksaan sekali setiap tahun.
Tak tahu dekat mana nak buat pemeriksaan kesihatan untuk sakit jantung?
Check-Up Simptom Sakit Jantung Di Physiogo
Check-up dan consultation di PhysioGo dapat memberikan anda maklumat lanjut tentang masalah yang dihadapi.
Bukan itu sahaja, kami juga akan membantu anda untuk mengelakkan masalah dari menjadi lebih parah.
Kami juga mengutamakan privasi dan keselesaan anda di mana kami akan menyediakan ahli terapi mengikut jantina anda.
Ahli terapi kami juga semuanya adalah terlatih dan berkelayakan untuk merawat anda.
Bagi mereka yang bekerja, jangan risau kerana kami beroperasi 7 hari seminggu jadi anda bolehlah datang mengikut kelapangan anda.
Selain daripada check-up dan consultation untuk masalah jantung anda, kami juga menawarkan rawatan fisioterapi.
Rawatan fisioterapi kami sepenuhnya berdasarkan kajian klinikal semasa.
PhysioGo menawarkan terapi manual, senaman terapeutik, program rehabilitasi dan nasihat penjagaan berdasarkan teori dan kajian berasaskan bukti.
PHYSIOGO juga bekerjasama dengan syarikat yang melantik kami sebagai panel fisioterapi untuk faedah pekerja mereka.
Jom, lakukan check-up dengan PhysioGo sekarang!