Kami juga membantu dalam mencegah masalah-masalah kesihatan fizikal. Rawatan Fisioterapi adalah penting dalam meningkatkan tahap kesihatan, pencegahan kecederaan, “acute care”, penyelenggaraan fungsi untuk membuat aktiviti, pemulihan, dan memberi tunjuk ajar kepada pesakit.
Di Physiogo, kami menggunakan pendekatan atau teknik-teknik rawatan yang berasaskan ilmu dan kajian Sains.
Kami ingin memberi kemudahan kepada pesakit dalam memilih waktu yang sesuai untuk menerima rawatan. Kami beroperasi 7 hari seminggu dan anda lebih selesa memilih waktu rawatan yang sesuai dengan gaya hidup anda.