fbpx
  • +6013-4871332

Physiogo

  • info@physiogo.com.my

Email Pertanyaan Anda

4 LIGAMEN UTAMA PADA SENDI LUTUT

Ligamen pada sendi lutut menghubungkan tulang paha (femur) dan tulang kering (tibia).
.
Lazimnya, ligamen- ligamen pada sendi lutut sering berkait rapat dengan kecederaan sukan, ini termasuklah semasa aktiviti berlari, melompat dan apabila kaki berhenti dalam posisi yang salah. Sebagai contoh, sukan bola sepak, bola keranjang dan rugbi.
.
Pada entri kali ini, kami kongsikan 4 ligamen utama yang ada pada lutut kita. Jom share kepada semua supaya semua akan mendapat manfaatnya😊😊😊

4 LIGAMEN UTAMA PADA SENDI LUTUT # 1 : Anterior Cruciate Ligament (ACL)

  • berfungsi untuk mengawal pergerakan sendi lutut kehadapan yang melampau.
  • mengelakkan hiperekstensi sendi lutut.
  • merupakan ligamen yang paling terdedah untuk mengalami kecederaan

4 LIGAMEN UTAMA PADA SENDI LUTUT # 2 : Posterior Cruciate Ligament (PCL)

  • menghadkan pergerakan lutut kebelakangan yang berlebihan.
  • mengelakkan hiperekstensi sendi lutut.
  • mempunyai struktur yang lebih tebal dan keras berbanding ACL

4 LIGAMEN UTAMA PADA SENDI LUTUT # 3 : Medial Collateral Ligament (MCL)

  • ia menjalar dari bahagian dalam dan atas tulang kering (tibia) ke bahagian dalam dan bawah tulang peha (femur).
  • menjaga tulang kering supaya kekal stabil.

4 LIGAMEN UTAMA PADA SENDI LUTUT #4 : Lateral Collateral Ligament (LCL)

  • penunjang utama dari sisi luar lutut.
  • menstabilkan sendi lutut ketika ia menerima tekanan ke arah luar.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

1 thought on “4 LIGAMEN UTAMA PADA SENDI LUTUT”

  1. Pingback: Sakit Lutut: Punca dan Rawatan Terbaik (Panduan Lengkap)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *