5 FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI ANDA

Share This Post

Kaki adalah salah satu anggota badan yang paling banyak digunakan,Tanpa kaki, tubuh tentu tidak boleh dikatakan sempurna. 

Kaki diperlukan dalam pelbagai aktiviti, untuk berlari, berjalan, dan melompat. Kaki adalah wira yang tak didendang, membawa kita 8,000 hingga 10.000 langkah setiap hari dan 100,000 batu sepanjang perjalanan seumur hidup.

Terdapat banyak fakta menarik tentang tapak kaki manusia. Kali ini kami ingin kongsikan antara 5 fakta menarik mengenai tapak kaki anda.

FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI ANDA #1 : BILANGAN TULANG PADA KAKI

  • Bilangan tulang pada kaki umumnya adalah sebanyak 26.
  • Namun begitu ada sesetengah manusia yang mempunyai tulang kaki sehingga 28.
  • Ia berbeza berdasarkan jumlah tulang sesamoid pada kaki.

FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI ANDA #2 : KETEBALAN KULIT PADA TAPAK KAKI

  • Fungsi tapak kaki adalah untuk memindahkan berat badan ke permukaan semasa berjalan dan berdiri.
  • Kulit yang tebal membantu manusia bergerak dengan efisien.
  •  Kulit epidermis pada bahagian tapak kaki yang tebal menambahkan daya geseran dengan permukaan.

FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI ANDA #3 :PLANTAR FASCIA

  • Plantar fascia adalah jalur rata tisu yang menghubungkan tulang tumit dengan jari kaki anda.
  • 11-15% sakit kaki biasanya berlaku disebabkan keradangan pada tisu plantar fascia.
  • Antara punca keradangan adalah apabila seseorang itu meletakkan beban yang berlebihan pada kaki.

FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI ANDA #4 :BENTUK TAPAK KAKI

  • Tapak kaki manusia mempunyai dua bentuk iaitu lengkung tinggi (high arch) dan kaki datar (flat foot).
  • Lengkung kaki membantu dalam penyebaran berat badan secara seimbang.
  • Lengkung kaki manusia mula terbentuk apabila mula belajar berdiri dan mendapat lengkung normal pada usia 5 hingga 6 tahun.

FAKTA MENARIK MENGENAI TAPAK KAKI ANDA #5 :SARAF DI TAPAK KAKI

  • Lambakkan hujung saraf di tapak kaki menjadikan tapak kaki sangat sensitif kepada sentuhan.
  • Ini kerana ia terdapat Meissner’s corpuscles yang bertanggungjawab untuk sensitivity sentuhan.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

More To Explore

Sakit Tengkuk Berulang? Cuba Rawatan Ni!

Sakit tengkuk boleh menjadi satu masalah yang mengganggu kehidupan seharian, terutamanya jika ia berulang. Jangan abaikan tanda-tanda ketidakselesaan pada leher anda, kerana rawatan yang tepat

💬 Need help?
Scan the code