Physiogo

Email Pertanyaan Anda

5 LANGKAH AWAL SELEPAS KECEDERAAN SUKAN

Buat mereka yang aktif bersukan, kecederaan memang sukar untuk dielakkan. Apa yang penting anda harus tahu apa yang perlu di lakukan jika berlaku sebarang kecederaan ketika bersukan.

Baca info ini sebagai persediaan jika terlibat dengan kecederaan sukan. Hal ini amat penting untuk memastikan kesihatan anda di tahap optimum dan dapat menjalankan aktiviti sukan yang anda gemari untuk jangka masa yang lama.

Inilah dia 5 langkah awal (P.R.I.C.E) jika berlaku kecederaan sukan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai atau sesiapa sahaja.

Baca betul betul setiap langkah ini (P.R.I.C.E), sentiasa ingat dan jangan lupa amalkan ya.

Langkah awal kecederaan sukan #1 : PROTECTION = LINDUNGI

  • Lindungi anggota badan yang tercedera daripada kecederaan yang selanjutnya.
  • Contoh : memakai splint atau bandage.

Langkah awal kecederaan sukan #2 : REST = REHAT

  • Hadkan pergerakan pada anggota badan yang tercedera.

Langkah awal kecederaan sukan #3 : ICE = AIS 

  • Gunakan pek ais pada kawasan yang tercedera selama 15-20 minit setiap 2-3 jam bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
  • Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit bagi mengelakkan kesan ‚Äėice burn’.

Langkah awal kecederaan sukan #4 : COMPRESSION = BALUTAN

  • Balut kawasan yang tercedera menggunakan pembalut elastik (elastic bandage) bagi mengurangkan kesan bengkak & hadkan pergerakan pada anggota badan yang tercedera.

Langkah awal kecederaan sukan #5 : ELEVATE = ANGKAT

  • Tinggikan anggota badan yang tercedera melebihi paras jantung dan disokong dengan bantal.

INGAT KECEDERAAN SUKAN, INGAT PRICE !

Untuk pesanan, jika kecederaan berlarutan, sila berjumpa doktor dan fisioterapi anda untuk sebarang rujukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *