fbpx
  • +6013-4871332

Physiogo

  • info@physiogo.com.my

Email Pertanyaan Anda

5 LANGKAH MENGELAKKAN JATUH DALAM KALANGAN ORANG TUA (WARGA EMAS)

Jatuh adalah perkara yang biasa dihadapi oleh sesiapa sahaja. Namun, jika berlaku kepada warga emas, ia adalah sesuatu yang bahaya.

Jatuh adalah antara punca yang menyebabkan ketidakupayaan dan kematian di kalangan warga emas. Lebih 1/3 warga emas yang tinggal di komuniti, jatuh setiap tahun. 


Risiko warga emas terjatuh boleh dikurangkan dengan beberapa perubahan pada aktiviti harian mereka. Langkah-langkah mudah boleh membawa perubahan besar. Oleh itu, jom kita selusuri 5 langkah untuk mengelakkan jatuh dalam kalangan orang tua / warga emas.

LANGKAH MENGELAKKAN JATUH DALAM KALANGAN WARGA TUA #1 : AMBIL MASA UNTUK PERGERAKAN

  • Bangun perlahan-lahan terutama semasa bangun tidur di atas katil atau bangun dari duduk.
  • Ambil masa dan tidak perlu tergopoh-gopoh, pastikan badan stabil semasa bangun supaya tidak jatuh.

LANGKAH MENGELAKKAN JATUH DALAM KALANGAN WARGA TUA #2 : BERSIHKAN LALUAN RUMAH

  • Bersihkan ruang yang menjadi tempat laluan biasa dalam rumah.
  • Susun perabot supaya laluan menjadi selesa dan tidak berbahaya.
  • Kemaskan halangan seperti wayar, alat kawalan televisyen di tempat sepatutnya supaya tidak terlanggar.

LANGKAH MENGELAKKAN JATUH DALAM KALANGAN WARGA TUA #3 : PAKAI KASUT

  • Pemakaian kasut yang sesuai amat penting untuk keselesaan.
  • Elakkan memakai kasut yang tapaknya licin supaya tidak mudah jatuh semasa berjalan.
  • Selain itu, elakkan memakai kasut yang terlalu longgar kerana ini akan menyebabkan jatuh atau tersilap langkah.

LANGKAH MENGELAKKAN JATUH DALAM KALANGAN WARGA TUA #4 : PALANG PEMEGANG

  • Pegang pemegang semasa menaiki tangga untuk menambah keseimbangan semasa berjalan.
  • Selain itu, palang pemegang tangan di bilik mandi, sekitar dapur dan ruang tamu untuk keselamatan.

LANGKAH MENGELAKKAN JATUH DALAM KALANGAN WARGA TUA #5 : BUKA LAMPU

  • Pastikan laluan yang terang di dalam rumah bagi mengelakkan terjatuh apabila berjalan.

Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan anda supaya semua akan mendapat manfaatnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *