5 SENAMAN RINGKAS ATASI MASALAH SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS)

Share This Post

Osteoarthritis adalah penyakit dimana berlaku keradangan pada sendi lutut. Osteoarthritis biasanya menyerang pada bahagian pinggang, lutut, tangan, dan leher. 

Antara punca terjadinya Osteoarthritis adalah kerana :

  • Berlaku penipisan pada tulang rawan.
  • Faktor penuaan.
  • Berat badan berlebihan
  • Mempunyai sejarah kecederaan sendi.
  • Sendi yang telah haus akibat penggunaan.

Penyakit ini lebih kerap berlaku di kalangan warga tua. Apabila melakukan pergerakan yang melibatkan sendi, tahap kesakitan akan menjadi lebih tinggi.

Antara kesan osteoarthritis kepada aktiviti seharian adalah :

  • Kesakitan ketika turun naik tangga.
  • Sakit ketika hendak bangun dan duduk.
  • Sukar untuk melakukan sujud ketika solat.
  • Sukar untuk berjalan jauh.

Pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah sakit lutut (osteoarthritis), salah satunya ialah senaman. Entri kali ini, kami kongsikan antara 5 senaman ringkas yang boleh dilakukan di rumah untuk atasi masalah sakit lutut (osteoarthritis) ini. 

SENAMAN RINGKAS ATASI MASALAH SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS) #1 :HAMSTRING STRETCH

  • Duduk pada hujung kerusi, luruskan sebelah kaki ke depan dan pastikan tumit di atas lantai seperti dalam gambar.
  • Kemudian, duduk tegak dan rapatkan badan ke arah peha sehingga berasa tegang pada belakang peha.
  • Tahan sehingga 15 saat dan ulang 3-5 kali.

SENAMAN RINGKAS ATASI MASALAH SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS) #2 :CALF STRETCH

  • Duduk berlunjurkan kaki.
  • Bengkokkan sebelah kaki.
  • Sangkutkan tuala pada kaki yang lurus dan tarik tuala perlahan-lahan.
  • Kira sehingga 15 saat dan ulang sebanyak 5 kali.
  • Kemudian tukar kaki sebelah.

SENAMAN RINGKAS ATASI MASALAH SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS) #3 :HAMSTRING CURLS

  • Baring dalam keadaan meniarap.
  • Bawa tumit perlahan-lahan ke arah punggung dan tahan selama 10 saat.
  • Ulang sebanyak 5-8 kali.

SENAMAN RINGKAS ATASI MASALAH SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS) #4 :KNEE ROLLS

  • Baring telentang, bengkokkan kedua-dua lutut sehingga tapak kaki rapat di atas lantai. Pastikan kedua-dua belah tangan berada di sisi.
  • Toleh kepala ke kiri sambil menggerakkan kaki ke arah bertentangan sehingga berasa tegang pada bahagian peha dan pinggang.
  • Tahan sehingga 15 saat dan ulang pada arah yang bertentangan.

SENAMAN RINGKAS ATASI MASALAH SAKIT LUTUT (OSTEOARTHRITIS) #5 :STRAIGHT LEG RAISES

  • Baring telentang dan bengkokkan sebelah kaki seperti dalam gambar.

  • Angkat kaki yang lurus sehingga 45 darjah dan tahan kaki anda selama 10 saat. Kemudian turunkan kaki semula dan ulang sebanyak 5 kali.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code