Adakah anda sering mengalami masalah sakit bahu? Buat pengetahuan anda, masalah sakit bahu merupakan suatu masalah yang boleh mengganggu pergerakan harian.
Untuk itu, masalah sakit bahu bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng.
Oleh itu, artikel ini akan membincang 4 cara bagaimana kami yang juga merupakan panel kepada PM Care, boleh merawat masalah sakit bahu.
Teruskan membaca.
Definisi Masalah Sakit Bahu
Pada bahagian ini, kami akan menerangkan definisi masalah sakit bahu kepada anda.
Masalah sakit bahu amat berkait-rapat dengan rasa sakit mahupun sengal-sengal pada bahagian leher dan juga bahu.
Orang ramai sering menyangka rasa sakit pada bahu itu akan hilang dengan sendirinya. Namun, rasa sakit ini boleh membawa risiko yang lebih bahaya jika dibiarkan begitu sahaja.
Antara risikonya ialah pergerakan tangan menjadi terhad, rasa sakit sakit yang mengganggu waktu bekerja dan kualiti tidur malam.
Ketahui Punca-punca Masalah Sakit Bahu
Masalah sakit bahu merupakan sesuatu perkara yang amat serius. Oleh itu, anda perlu memandang serius mengenai hal ini.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi masalah sakit bahu, antaranya ialah:
Kesan kecederaan lampau
Masalah sakit bahu adalah berpunca daripada dua faktor iaitu pembedahan dan juga terseliuh.
Sebagai contoh, anda pernah menjalani pembedahan pada bahagian bahu. Anda berkemungkinan akan mengalami side effect akibat daripada proses pembedahan tersebut.
Faktor lain-lain penyakit
Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit diabetes adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah sakit bahu sebanyak 2-4 kali ganda!
Selain itu, mereka yang mengalami penyakit Parkinson dan masalah jantung juga berisiko mengalami masalah sakit bahu ini.
Tekanan lebih pada bahu
Aktiviti-aktiviti yang memberi bebanan pada bahu boleh mendatangkan kemudaratan kepada bahagian anggota badan tersebut.
Aktiviti seperti mengangkat barangan yang berat boleh menyebabkan bahu anda terseliuh. Disebabkan itu, anda perlu lebih berhati-hati jika anda sudah mula merasai sakit pada bahu.
Faktor usia
Faktor usia meningkat akan menyebabkan anggota tubuh badan semakin lemah dan mudah berasa lenguh.
Artikel berkait:
Bagaimana Kami Dapat Merawat Masalah Sakit Bahu?
Pemeriksaan + Konsultasi
Buat anda yang tidak pernah menerima rawatan daripada kami, kami akan membuat pemeriksaan terhadap anggota bahu anda terlebih dahulu.
Ia dibuat bagi memastikan kami mendapat info lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi.
Selain itu, teknik ini membantu kami untuk memberi nasihat kepada pesakit mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan.
Manual Therapy
Manual therapy adalah sangat bagus untuk menggerakkan soft tissue dan sendi di dalam badan.
Heat Therapy
Heat Therapy merupakan salah satu rawatan yang dijalankan di Physiogo. Cara ini berfungsi untuk melegakan rasa sakit pada bahagian tertentu.
Dalam pada itu, teknik heat therapy juga memberi kesan relax pada tubuh badan.
Exercise Therapy
Exercise therapy dijalankan bagi menguatkan serta meregangkan otot pada anggota tubuh badan yang berkenaan.
Ia dapat merawat sendi dan otot pada tubuh badan agar pergerakan tubuh badan tidak lagi terbatas.
Runsing memikirkan pusat fisioterapi yang bagus serta menawarkan perkhidmatan cemerlang dan 100% berkelulusan?
Anda boleh berkunjung ke pusat rawatan fisioterapi kami iaitu Physiogo!
Kami bukan sahaja menawarkan rawatan fisioterapi, malah kami juga merupakan panel bagi PMCare!
Ini bermaksud anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi mendapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo.
Mengapa anda perlu memilih kami?
- Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang profesional
- Kami merupakan ahli fisioterapi yang berkelulusan
- Kami sudah berada di dalam industri fisioterapi melebihi 5 tahun
- Menyediakan bilik rawatan mengikut keselesaan jantina
Klik pautan dibawah untuk menempah janji temu (appointment) bagi mendapatkan rawatan fisioterapi bersama kami.