Physiogo

Email Pertanyaan Anda

punca strok

Ketahui Kenapa Dan Punca Strok Menyerang

Datang tak diundang lagi tidak diduga. Strok atau kekurangan fungsi otak menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. 

Disebabkan itu, ramai orang mencari sebab atau punca mengapa strok terjadi kerana rawatan awal boleh mencegah strok.

Kalau anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca supaya anda boleh cegah sebelum terlambat!

Apa Itu Strok?

punca strok

Ramai beranggapan strok adalah penyakit yang menyerang orang tua.

Namun ramai yang tak sedar bahawa strok juga boleh terjadi di kalangan golongan muda, seawal 30 tahun.

Strok dikenali sebagai keadaan di mana kekurangan atau penyempitan pengaliran darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan kematian otak.

Strok juga turut dipanggil sebagai angin ahmar.

Perlu tahu bahawa penyakit ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kecacatan kekal.

Apatah lagi bilangan pesakit juga semakin bertambah beserta dengan jumlah kematian.

Jenis-jenis Strok Yang Anda Perlu Tahu

punca strok

Terdapat dua jenis strok yang anda perlu tahu dan bezakan.

1. Strok Berdarah 

Ia turut dikenali sebagai Haemorrhagic Stroke, satu keadaan di mana saluran arteri atau pembuluh darah di otak pecah kemudian menyebabkan pendarahan berlaku.

Apabila keadaan ini terjadi, darah akan meresap masuk ke dalam tisu otak, menyebabkan kerosakan kepada sel-sel lain yang terdapat pada otak.

Apabila ini terjadi, otak gagal berfungsi dengan normal.

2. Strok Iskemia

Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah menjadi sempit kerana kandungan kolestrol dan sisa-sisa lain.

Ketulan-ketulan ini menyebabkan gangguan perjalanan darah kepada bahagian otak.

Ketahui Punca Strok Terjadi

punca strok

Punca strok juga terbahagi kepada dua, iaitu yang tidak boleh diubahsuai dan yang boleh diubahsuai.

Punca strok yang tidak boleh diubahsuai adalah:

1. Usia; semakin meningkat usia seseorang, maka semakin meningkat juga risiko seseorang itu mendapat strok.

2. Keturunan; risiko untuk seseorang mendapat strok juga semakin tinggi jika ada ahli keluarganya pernah mengidapnya.

3. Jantina; kaum lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat serangan strok.

Punca strok yang boleh diubahsuai adalah:

1. Mengawal berat badan.

2. Mengubah gaya hidup seperti tidak merokok dan tidak mengambil alkohol.

3. Pengambilan makanan juga perlu seimbang, dengan mengurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kurang serat.

4. Mengawal kemelaratan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.

5. Mengawal tekanan atau stres.

Simptom Strok

punca strok

Lain jenis strok, maka lain juga gejalanya terhadap seseorang.

Di antara simptom yang boleh dirasai jika seseorang mengalami strok adalah:

  • Berasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan atau kaki, terutamanya jika ia berlaku pada sebelah bahagian badan sahaja.
  • Daya ingatan yang semakin berkurang.
  • Sukar untuk bercakap dan kurang memahami apa yang diperkatakan.
  • Sukar untuk menelan makanan dan minuman.
  • Kurang sedar, pengsan dan keliru.
  • Sukar untuk melihat dengan sebelah mata atau kedua-duanya.
  • Tidak stabil apabila berjalan dan hilang keseimbangan badan.
  • Kelopak mata menjadi layu.

Bagaimanapun terdapat tambahan gejala bagi individu yang menghidap strok pendarahan.

Ia diakibatkan oleh tekanan di tengkorak kepala secara mendadak.

  • Sakit kepala secara tiba-tiba dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah.
  • Sakit di leher.

Maka adalah penting untuk anda segera mendapatkan rawatan doktor jika menyedari gejala ini pada diri sendiri.

punca strok

Keadaan akan menjadi semakin kritikal jika aliran darah yang mengalir berhenti ke otak dan peluang untuk pulih adalah tipis.

Bagaimanapun ada yang pulih dalam tempoh 24 jam selepas mengalami gejala-gejala yang disebut di atas.

Digelar sebagai ‘transient ischemic attack’ (TIA), ia tidak boleh dipandang remeh ia merupakan amaran awal bahawa keadaan strok yang lebih serius boleh berlaku.

Rawatan Untuk Strok

punca strok

Rawatan strok adalah berbeza mengikut jenis strok yang dialami.

Terlebih dahulu, pesakit akan melalui proses penilaian jenis strok dengan menggunakan pengimejan perubatan seperti CT scan.

Untuk strok iskemia, pesakit akan menjalani rawatan seperti:

  1. Ubat cair darah seperti warfarin
  2. Pemecah bekuan darah
  3. Ubat antiplatelet seperti aspirin.

Bagaimanapun untuk pesakit strok pendarahan tidak perlu melalui CT scan kerana pencairan darah akan menjadikan keadaan lebih kritikal.

Kaedah rawatannya adalah seperti:

  1. Pengawalan tekanan darah, paras gula dan suhu badan
  2. Penilaian neurosurgery untuk mengesan dan merawat punca pendarahan.

Secara asasnya, stroke rehabilitation adalah penting untuk merawat pesakit selepas mengalami serangan penyakit ini.

Rawatan ini bertujuan membantu pesakit untuk berdikari menggunakan kemampuan mereka, termasuk asas kemahiran dan pembelajaran semula.

Tempoh rawatan boleh memakan masa sehingga bertahun-tahun.

1. Rawatan fisioterapi; untuk menguatkan otot yang lemah dan lumpuh.

2. Ahli psikologi; untuk memberi sokongan emosi.

3. Terapi pertuturan dan bahasa; untuk membantu masalah pertuturan dan pemahaman.

4. Terapi pekerjaan; membantu urusan seharian seperti mandi, memakai baju dan makan.


Adakah ahli keluarga anda berdepan dengan sakit strok atau angin ahmar?

Adakah anda sedang mencari rawatan fisioterapi dan pemulihan diri untuk mereka?

punca strok

Dapatkan rawatan fisioterapi di PhysioGo, sebuah khidmat rawatan yang menggunakan kaedah physio manual therapy, selain senaman dan nasihat penjagaan.

Para panel di PhysioGo merupakan mereka yang bertauliah di dalam bidang ini, menggabungkan kaedah rawatan saintifik dan boleh mengikut kesesuaian pesakit.

Lebih menarik, mereka juga menyediakan rawatan ke rumah untuk keselesaan pesakit, selain mempunyai pusat rawatannya yang sendiri.

Rawatan fisioterapi amat berkesan buat mereka yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *