Kenapa Sakit Tulang Pinggul?

sakit tulang pinggul

Share This Post

Tulang pinggul berperanan sebagai menyambung bahagian atas dan bawah tubuh badan. Wanita dan lelaki mempunyai anggota yang sama cuma ada fungsi yang berbeza.

Tulang pinggul ini terletak di bahagian bawah perut dan di antara kedua tulang pinggul. Oleh sebab itulah, kesihatan dan keadaan tulang panggul mesti dijaga bagi mengelakkan pelbagai penyakit.

Tapi, kenapa boleh sakit tulang pinggul?

Sakit tulang pinggul ada beberapa punca, maka kami ada kongsikan beberapa cadangan pemeriksaan pinggul dan rawatan fisioterapi yang boleh dilakukan. Teruskan membaca!

Punca Sakit Tulang Pinggul

sakit tulang pinggul

Kesakitan tulang pinggul mungkin disebabkan anda sakit atau tercedera seperti yang disenaraikan di bawah.

1. Arthritis

Arthritis merupakan keradangan atau bengkak pada sendi. Tanda-tanda pada orang lain berbeza tetapi selalunya, ia akan sakit sendi dan kekakuan.

Maka, anda akan sukar menggerakkan sendi dan ada masalah berjalan.

Ada beberapa jenis arthritis iaitu:

  • Osteoarthritis (OA)

OA boleh berlaku kerana peningkatan umur.

  • Trauma pada sendi

Trauma yang berlaku seperti tulang patah atau retak boleh menyebabkan osteoarthritis.

  • Arthritis disebabkan jangkitan di dalam sendi

Mula, berlaku jangkitan dalam sendi dan menyebabkan kerosakan tulang rawan.

  • Rheumatoid arthritis (RA)

RA terjadi disebabkan sistem imun badan yang menyerang dalam badan.

2. Trochanteric Bursitis

Kesakitan yang dialami pada pinggul mnejadikan anda sukar untuk bergerak. Hanya selepas beberapa minggu, kesakitan akan hilang jika anda berehat.

3. Patah Tulang Pinggul

Ini kebiasaannya akan terjadi pada mereka yang berumur atau penghidap osteoporosis. Keretakan atau patah berlaku pada bahagian tulang femur (paha).

Antara simptom patah tulang pinggul ialah sakit teruk di pinggul atau pangkal peha, kekejangan, lebam dan bengkak pada peha dan panjang kaki yang tidak sama rata.

4. Keradangan Tendon

Keradangan tendon akan pulih dalam masa beberapa hari sahaja. Selalunya, ia berlaku disebabkan terlampau kerap bersenam.

Ada 2 jenis keradangan tendon:

  • Insertional Achilles Tendonitis boleh menjejaskan bahagian bawah tempat tendon melekat pada tumit. Ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia.
  • Non-Insertional Achilles Tendonitis pula menjejaskan bahagian tengah tendon. Terdapat bengkak dan penebalan di bahagian ini. Ini paling biasa dalam kalangan orang muda yang aktif.

5. Masalah Tulang Belakang

Masalah sakit tulang belakang seperti skoliosis, penyakit cakera dan kecederaan cakeraan boleh memberikan tekanan kepada struktur tulang pinggul dan menyebabkan rasa sakit.

Ada juga punca lain yang menyebabkan sakit tulang pinggul boleh berlaku seperti di bawah.

6. Pinggul Tersentak

Situasi pinggul tersentak selalunya berlaku kepada penari dan atlet. Anda boleh sedar benda ini berlaku melalui bunyi atau perasaan tersentak di bahagian pinggul.

Ketika anda sedang berjalan atau berdiri dari kerusi juga boleh berlaku pinggul tersentak. Selalunya ia tidak menyakitkan tetapi kadangkala boleh menyebabkan sakit pinggul.

Sentakan pinggul dengan kesakitan menandakan terdapat kerosakan pada tulang rawan atau tisu di sekitar sendi pinggul.

7. Osteonecrosis

Osteonecrosis pula disebabkan oleh penyakit atau trauma seperti patah tulang atau terkehel yang menjejaskan bekalan darah ke tulang.

Ia juga boleh berlaku tanpa sebab diketahui.

Maka, aliran darah tidak tidak dapat disampaikan kepada tulang secara sementara atau kekal. Akhirnya, akan menjadi kematian tulang dan tisu-tisu disekitar sendi pinggul.

Hal ini disebabkan tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien daripada darah.

Ketahui punca lain sakit tulang punggung di sini.

Info lanjut: 5 Punca Sakit Tulang Belakang Di Tempat Kerja

Pemeriksaan Pinggul

Pinggul juga penting seperti anggota badan yang lain. Anda boleh dapatkan pemeriksaan pinggul untuk dapatkan kepastian.

Pengambilan sampel darah, kencing dan cecair akan dilakukan.  Ujian pengimejan dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang, tulang rawan dan tisu-tisu lain di bahagian pinggul.

Contohnya seperti di bawah:

  • X-ray
  • Imbasan CT
  • Imbasan MRI
  • Ultrasound

Anda boleh baca cara elakkan sakit tulang pinggang di sini.

Rawatan Fisioterapi Bagi Penggantian Sendi Pinggul

Individu yang telah melakukan pembedahan penggantian sendi pinggul, ini adalah rawatan fisioterapi yang boleh dilakukan. Jangan risau, kami akan ajar satu per satu!

sakit tulang pinggul

Sumber:MyHealthGov

  1. Baring secara terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Keraskan kedua-dua otot punggung dan tahan 5 saat.
  3. Lakukan sebanyak 3 set 10 ulangan.

tulang lutut

Sumber:MyHealthGov

  1. Baring secara terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Keraskan otot paha dan tekan belakang ke permukaan katil dan tahan 5 saat.
  3. Lakukan sebanyak 3 set 10 ulangan.

sakit tulang pinggul

Sumber:MyHealthGov

  1. Baring secara terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Bengkokkan lutut dan gerakkan tumit kaki ke arah punggung, tahan selama 5 saat.
  3. Lakukan sebanyak 3 set 10 ulangan.

sakit tulang pinggul

Sumber:MyHealthGov

  1. Baring terlentang dengan kaki diluruskan.
  2. Gerakkan kaki yang dibedah ke sisi dan kembali semula ke kedudukan asal.
  3. Jangan silangkan kaki anda dan pastikan jari-jari kaki menghala ke atas.
  4. Lakukan sebanyak 3 set 10 ulangan.

Penjagaan Diri Selepas Penggantian Sendi Pinggul

  1. Elakkan kombinasi pergerakan sendi pinggul baru anda.

Contohnya, tidak boleh duduk dengan kaki bersilang.

  1. Elakkan membengkokkan pinggul lebih 90 darjah.

Contohnya:

  • Tidak duduk di atas kerusi rendah, katil dan tandas. Anda boleh dapatkan kerusi khas untuk tempat duduk tandas.
  • Jangan naikkan lutut lebih tinggi dari paras sendi pinggul.
  • Jangan angkat lutut lebih dari 90 darjah
  • Jangan sandar ke depan ketika duduk, dan semasa berdiri dari duduk.

Kesakitan pada pinggul sememangnya mengganggu pergerakan seharian anda. Dapatkan segera konsultasi bersama doktor atau pakar kesihatan yang berkelayakan untuk membantu anda apabila sakit tulang pinggul. 

Jika anda ingin mendapatkan rawatan fisioterapi, Physiogo merupakan pilihan yang terbaik terutamanya jika anda mengutamakan rawatan terbaik untuk anda dan keluarga.

physiogo

Physiogo bersedia membantu anda yang mengalami sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.

Semua teknik rawatan Physiogo berasaskan daripada kajian ilmu yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal.

Seperti teknik rawatan di Physiogo, juruterapi Physiogo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit.

Physiogo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Pusat rawatan Physiogo diyakini mesra pelanggan! Kami telah menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.

Physiogo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan juruterapi khusus untuk lelaki dan wanita.

Physiogo juga sedia menerima tempahan untuk melakukan rawatan fisioterapi di rumah anda!

Tunggu apa lagi?

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code