Bengkak Kaki: Penyebab & Komplikasi

bengkak kaki

Share This Post

Pernahkah anda mengalami bengkak kaki tapi tak tahu kenapa ?  Tapi yang pasti, membuatkan anda susah bergerak dan tertekan kerana hanya mampu melalukan pergerakan yang terhad.

Bengkak kaki boleh berlaku disebabkan pengumpulan cairan atau pembengkakan pada jaringan di sekitar tapak kaki, pergelangan kaki betis dan peha.

Selalunya, individu yang berumur 60 tahun ke atas cenderung mengalami bengkak kaki tetapi anda yang masih muda pon boleh juga mengalami perkara yang sama disebabkan beberapa faktor.

Teruskan membaca bagi mengetahui jenis-jenis bengkak kaki dan komplikasi yang akan berlaku!

Kenali Penyebab Bengkak Kaki & Komplikasi Berlaku

Kaki menjadi bengkak ada pelbagai faktor yang anda boleh ketahui. Contohnya:

1. Kehamilan

hamil

Kaki bengkak boleh berlaku ketika hamil bermula trimester kedua kehamilan kerana hormon estrogen terhasil lebih tinggi berbanding ketika anda tidak hamil.

Maka, salur darah akan mengembang pada kaki dan menyebabkan cecair lebih mudah terkumpul pada kaki dan menjadi bengkak.

Pre-eclampsia boleh terjadi disebabkan tekanan darah tinggi sewaktu mengandung dan terdapat kandungan protein di dalam air kencing (menunjuk masalah pada buang pinggang).

2. Obes

Bagi individu yang mengalami berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami kaki bengkak.

Hal ini kerana, apabila anda ada lemak di bahagian perut, lemak tersebut akan memampatkan peredaran di kaki dan memberi tekanan sehingga kaki menjadi bengkak.

Anda digalakkan untuk mengubah amalan pemakanan dan bersenam.

3. Gout

Gout pula berlaku kerana asid urik berlebihan dan menghasilkan kristal berbentuk jarum pada sendi sehingga boleh menjejaskan pergerakan individu tersebut.

Penyakit ini sering berlaku kepada kaum lelaki yang berumur 30-an ke atas dan wanita yang sudah putus haid.

Komplikasi yang akan Berlaku

  • Asimptomatik – tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.
  • Akut – tanda-tanda gout akan muncul secara tiba-tiba.
  • Interkritikal – tiada serangan gout selama beberapa bulan atau tahun lamanya.
  • Kronik – serangan akan berlaku banyak kali. Contohnya, kaki akan menjadi sakit, kejang atau berubah bentuk, merah, panas atau menjadi demam. Kerosakan ginjal, hipertensi dan batu karang turut boleh terjadi.

Artikel berkaitan: Cara Rawatan Gout Kaki Melalui Fisioterapi

4. Limfedema

Penyakit ini berlaku apabila seseorang mempunyai masalah dengan sistem limfa, sebahagian daripada sistem imun.

Bendalir limfa membawa sel-sel darah putih ke bahagian tubuh berlainan dan nodus limfa seluruh tubuh mengawal peredaran bendalir ini.

Nodus limfa rosak atau dikeluarkan semasa pembedahan untuk kanser, akan membuatkan bendalir tidak akan mengalir dengan betul dan yang menyebabkan pembengkakan.

5. Tanda Kegagalan Jantung Kongestif

bengkak kaki

Ketika ini, jantung anda tidak dapat mengepam darah dengan mencukupi sehingga menyebabkan darah terkumpul di vena. Maka, kaki akan menjadi bengkak.

6. Deep Vein Thrombosis (DYT)

DVT adalah masalah darah beku salur darah vena (biasanya di bahagian betis). Keadaan ini boleh terjadi disebabkan duduk terlalu lama tanpa menggerakkan kaki.

Komplikasi yang akan Berlaku

  • Embolisme pulmonari – darah beku pecah dan merebak ke paru-paru dan menjejaskan keupayaan paru-paru untuk menyerap oksigen. Ia boleh menyebabkan kematian.

7. Trauma

Anda pernah alami patah kaki atau kaki terseliuh? Ini antara salah satu trauma yang menyebabkan kaki menjadi bengkak. 

8. Edema

Pembengkakan ini berlaku disebabkan pengumpulan cecair dan inflamasi atau kecederaan tisu atau sendi. Ia sering terjadi dalam warna emas.

 

Komplikasi yang akan Berlaku

  • Tidak boleh bergerak disebabkan oleh kaki bengkak
  • Deformiti kaki
  • Bengkak kaki yang kronik akan menyebabkan perubahan pada kulit dan senang mendapat infeksi kulat dan bakteria.
  • Menurunkan kualiti hidup.

Rawatan untuk Kaki Bengkak

Rawatan yang diberikan boleh digunakan bagi kecederaan yang tidak serius dan kronik.

1. Tinggikan Kaki Waktu Tidur

bengkak kaki

Anda hanya perlu meletakkan beberapa biji bantal di bawah kaki bagi meberi peluang untuk cecair di dalam kaki yang bengkak turun ke bawah.

2. Lakukan Aktiviti Ketika Duduk

Dah lama duduk di kerusi, sudah tentulah anda kena buat sedikit aktiviti bagi mengelakkan kaki menjadi kebas.

3. Kurangkan Berat Badan

Kurangkan berat badan adalah alternatif yang paling bagus untuk mengurangkan kapasiti badan dari menyimpan air.

4. Pakai Stokin Khas

Stokin khas yang dimaksudkan ialah compression stocking. Ia mampu memberikan tekanan pada bahagian bawah kaki, membantu untuk  mengekalkan aliran darah dan mengurangkan ketidakselesaan dan bengkak.

5. Kurangkan Makan Makanan Bergaram

kurangkan garam

Makanan bergaram akan memegang ‘air’ yang ada di dalam badan dan menyebabkan banyak air terkumpul di dalam badan. Maka, akan menyebabkan banyak penyakit berlaku.

Penting untuk diingat bahawa bengkak kaki boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang lebih serius, terutama jika disertai gejala lain seperti sakit dada, sesak nafas, atau perubahan ketara dalam berat badan.

Bagi yang tidak mengalami masalah kronik di bahagian kaki, anda boleh dapatkan khidmat ahli fisioterapi daripada Physiogo!

bengkak kaki

Pasukan fisioterapi kami yang berpengalaman dan berkebolehan tinggi sentiasa memberikan rawatan dan perancangan penjagaan yang peribadi untuk memenuhi keperluan unik anda.

Dari terapi manual hingga rehabilitasi senaman, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu anda mencapai matlamat dan meningkatkan kualiti hidup anda.

Dengan fisioterapi dari Physiogo, anda akan dapati pelbagai manfaat seperti kesakitan dan ketidakselesaan berkurang serta kelenturan, mobiliti, kekuatan dan daya tahan meningkat.

physiogo

Sama ada anda seorang atlet, warga emas atau sesiapa sahaja, ahli fisioterapi kami boleh membantu anda mencapai matlamat kesihatan dan kesejahteraan anda.

Jangan biarkan kesakitan dan ketidakselesaan menghalang anda lagi.

Hubungi Physiogo hari ini untuk membuat temujanji dan ambil langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

More To Explore

💬 Need help?
Scan the code