Hati-hati! Elakkan Sakit Tulang Punggung Dengan Cara Ini!

sakit tulang belakang punggung

Share This Post

Sakit tulang punggung bukan sahaja boleh mengganggu mood seseorang tetapi boleh mengganggu kesihatan dan pergerakan seseorang secara keseluruhannya. 

Sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang menyebabkan sakit ini semakin teruk jika tidak dirawat. 

Jika anda sedang mengalami sakit tulang punggung, jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu, penyebabnya dan apa yang anda perlu buat jika anda mengalami sakit ini. 

Info Sakit Tulang Punggung  

sakit tulang belakang

Sakit di bahagian tulang punggung sememangnya akan membuatkan anda tidak selesa dan tidak senang duduk. 

Cuba periksa, adakah sakit punggung itu datang secara tiba-tiba atau sakit yang berpanjangan?

Ada kemungkinan yang anda sedang mengalami Piriformis Syndrome!

Piriformis Syndrome (PS) adalah kesakitan yang berlaku apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis. 

Saraf sciatic merupakan saraf terbesar dalam badan yang memanjang dari tulang belakang bahagian bawah hingga ke kaki. 

Otot piriformis pula merupakan otot yang berbentuk bulat di punggung yang meluas dari pangkal tulang belakang hingga ke bahagian atas peha. 

Saraf sciatic ni terletak di antara otot piriformis dan ia mengawal belakang kaki.

Jadi, apabila otot piriformis tegang, saraf sciatic ni boleh tertekan dan menyebabkan rasa sakit, semut-semut atau kebas di mana-mana kawasan pinggul ke kaki. 

Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi terdapat kajian yang mendapati PS lebih banyak didiagnos dalam kalangan wanita dengan nisbah 6:1 berbanding lelaki. 

Antara sebabnya adalah wanita mempunyai tulang pinggul dan otot wanita lebih luas dan besar dari lelaki. 

Faktor Sakit Tulang Punggung  

Medical News Today menyenaraikan beberapa penyebab yang mungkin boleh menyebabkan anda mengalami sakit punggung. Antaranya: 

  • Masalah Tulang atau Sendi 

Masalah tulang atau sendi di kawasan punggung seperti arthritis (radang sendi) atau osteoporosis (tulang rapuh) boleh menyebabkan sakit punggung. 

Selain arthritis, osteoarthritis (OA) iaitu radang sendi yang umum juga boleh menyebabkan rasa ngilu di kawasan punggung. 

Gejala OA iaitu hujung tulang saling bergesel antara satu sama lain menyebabkan kesakitan, bengkak dan kekakuan. 

Ankylosing spondylitis juga merupakan jenis arthritis yang menjejaskan tulang belakang.

Gejala termasuk sakit dan kekakuan di bahagian tengah belakang yang boleh menyebabkan vertebra bercantum dan boleh menjejaskan postur dan mobiliti jika tidak dirawat. 

  •  Umur

Golongan yang kerap mengalami sakit punggung adalah antara mereka yang berumur dari 30 hingga 60 tahun.

Semakin usia bertambah, anda mungkin akan lebih mudah mengalami sakit punggung.

Peningkatan risiko ini dipengaruhi oleh proses penuaan yang mengurangkan jisim otot, menipiskan cecair dalam sendi tulang belakang dan mengurangkan ketumpatan tulang. 

  •  Gaya Hidup 

sakit tulang belakang punggung

Gaya hidup seseorang juga boleh mempengaruhi sakit punggung seperti postur yang lemah, tabiat merokok dan obesiti. 

Postur yang cenderung membengkok boleh menyebabkan otot belakang terutamanya fleksor dan extensor meregang.

Otot-otot ini meregang kerana terpaksa bekerja lebih keras untuk menstabilkan kedudukan pangkal leher dan bahu supaya sejajar dengan punggung. 

Aktiviti mengangkat objek berat berulang kali dengan postur yang tidak betul boleh menyebabkan otot dan ligamen di belakang meregang atau koyak. 

Selain itu, risiko sakit punggung juga menjadi lebih tinggi jika anda mempunyai tabiat merokok yang aktif. 

Hal ini kerana, merokok mengurangkan bekalan nutrien ke tulang belakang. 

Begitu juga jika anda melebihi berat badan yang menyumbang kepada kesakitan kepada tulang, otot dan setiap struktur di bahagian belakang lebih ketara. 

  • Penyebab Lain 

Kecederaan yang menyebabkan tulang di bahagian punggung patah boleh menjadi penyebab mengapa anda mengalami sakit punggung. 

Tulang patah boleh berlaku pada mana-mana vertebra di bahagian tengah belakang akibat kecederaan sukan, kemalangan atau jatuh. 

Jika kecederaan menjejaskan saraf tunjang, sakit boleh menyebabkan semut-semut, kebas dan inkontinensia. 

Aktiviti Penyebab Sakit Tulang Punggung

bersenam

Kebanyakan kes sakit tulang belakang di kawasan tulang ekor berlaku kerana kecederaan. 

Oleh itu, pencegahan yang terbaik adalah mengelakkan sebarang luka atau trauma pada kawasan tulang ekor. 

  1. Hati-hati semasa berjalan, elakkan bermain telefon bimbit dan fokus pada perjalanan anda. 
  2. Semasa mengemas rumah seperti mengemas dan menyapu sampah, pastikan tidak bongkok terlalu lama.
  3. Memasak hidangan berbuka dan kuih raya mengambil masa. Ambil masa untuk berehat sebentar.
  4. Pastikan lantai dan tangga bebas dari sebarang objek yang boleh menyebabkan kemalangan.
  5. Tidak memaksa diri untuk mengangkat barang yang berat seperti kayu dan beras.
  6. Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan simptom menjadi lebih teruk seperti berbasikal atau duduk dalam posisi yang sama dalam satu jangka masa yang panjang. 

Walaupun bukan semua yang mengalami kemalangan akan menyebabkan anda mengalami sakit punggung tetapi kita perlulah ambil pendekatan untuk mengurangkan risikonya.

Cara Legakan Sakit Tulang Punggung

rawatan tulang punggung

Seperti sakit leher dan sebagainya, jika ia tidak dirawat, ia boleh mengganggu aspek lain dalam kehidupan anda. 

Cara paling mudah dan selamat untuk melegakan sakit tulang punggung adalah mendapatkan rawatan fisioterapi. 

Fisioterapi mampu membantu meningkatkan kelenturan, menguatkan otot punggung dan perut sekaligus memperbaiki postur tubuh. 

Selain menghilangkan kesakitan, jika anda melakukan fisioterapi secara berkala, ia boleh mencegah sakit punggung itu dari berulang kembali. 

Jika anda ingin mendapatkan rawatan fisioterapi, Physiogo merupakan pilihan yang terbaik terutamanya jika anda mengutamakan rawatan terbaik untuk anda dan keluarga. 

Physiogo bersedia membantu anda yang mengalami sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.

Semua teknik rawatan Physiogo berasaskan daripada kajian ilmu yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal. 

Seperti teknik rawatan di Physiogo, juruterapi Physiogo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit. 

Physiogo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. 

Pusat rawatan Physiogo diyakini mesra pelanggan! Kami telah menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.

Physiogo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan juruterapi khusus untuk lelaki dan wanita. 

Physiogo juga sedia menerima tempahan untuk melakukan rawatan fisioterapi di rumah anda! 

Tunggu apa lagi? 

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code