Kesakitan pada bahagian leher adalah perkara biasa yang dialami oleh ramai individu sama ada yang bekerja mahupun tidak bekerja. Rawatan fisioterapi boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan pada leher anda.
.
Namun begitu, adalah penting untuk setiap individu mengambil tahu cara untuk mengurus sendiri kesakitan yang dialami.
Entri kali ini, kami kongsikan 3 cara untuk mengelakkan kesakitan leher yang boleh diamalkan.
3 CARA MENGAWAL KESAKITAN LEHER # 1 : PENJAGAAN POSTUR
✔️ Penjagaan postur sangat penting untuk mengurangkan sakit di bahagian leher.
✔️ Postur yang salah ketika melakukan aktiviti seharian akan menambahkan lagi sakit di bahagian leher anda.
✔️ Oleh itu, setiap individu perlu ada kesedaran untuk mengamalkan postur yang betul seperti ketika membaca, menonton televisyen, tidur dan menghadap komputer.
3 CARA MENGAWAL KESAKITAN LEHER # 2 : REHAT SECARA BERKALA
✔️ Rehat berkala sangat penting untuk mengurangkan tekanan pada bahagian otot leher.
✔️ Aktiviti yang berterusan akan menyebabkan otot cepat berasa letih dan akan mengakibatkan ketegangan pada bahagian leher.
✔️ Oleh itu, pembahagian masa ketika melakukan aktiviti seperti berehat sebentar setiap 45 minit daripada aktiviti anda akan dapat membantu mengurangkan sakit leher anda.
✔️ Anda juga boleh melakukan senaman dalam tempoh rehat tersebut.
✔️ Antaranya seperti melakukan senaman regangan selama 15 saat dan ulang sebanyak 5x.
3 CARA MENGAWAL KESAKITAN LEHER # 3 : PENJAGAAN OTOT YANG BAIK
✔️ Otot yang letih dan lemah boleh mengganggu fungsi sebenar otot leher.
✔️ Oleh itu, senaman kekuatan otot leher dapat membantu mengekalkan fungsi leher pada tahap optimum.
Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua supaya semua akan mendapat manfaatnya.