10 Cara Rawatan Sakit Belakang (Tidak Melibatkan Ubat dan Pembedahan)

rawatan sakit belakang

Share This Post

Terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti harian, boleh menyebabkan sakit belakang. Ketahui cara rawatan sakit belakang yang berkesan dan cepat, tanpa ubat dan pembedahan.

Pernahkah anda rasa tidak selesa di bahagian belakang? Apabila sakit belakang menyerang, nak bergerak pun tak boleh kerana sakit. Jika ya, anda perlu dapatkan rawatan sakit belakang.

Sakit belakang adalah rasa sakit dan tidak selesa di bahagian belakang badan.

Masalah ini sering tertumpu pada bahagian bawah belakang badan. Keadaan ini boleh membataskan pergerakan dan mengganggu aktiviti seharian anda.

Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan sakit belakang. Ini kerana rata-rata menyangka sakit belakang hanya boleh dirawat dengan ubat dan pembedahan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat cara rawatan lain tanpa ubat mahupun pembedahan.

Punca Sakit Belakang

Sakit belakang yang dialami mungkin berpunca dari kecederaan pada tulang belakang dan otot sekitarnya. Selain dari itu, terdapat juga punca lain yang boleh menyebabkan sakit belakang.

Antaranya seperti:

1. Postur tidak betul

Postur badan yang tidak betul seperti bongkok atau duduk terlalu lama boleh menyebabkan sakit belakang.

Posisi ini memberikan tekanan pada bahagian belakang dan bahu.

2. Angkat barang berat

Mengangkat barang berat juga boleh memberikan tekanan pada bahagian belakang.

Ramai yang angkat berat dengan postur yang salah, iaitu dengan mengbongkokkan badan.

3. Kerap memakai kasut tumit tinggi

Ramai wanita menderita sakit belakang disebabkan kerap memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama.

Untuk pengetahuan anda, kasut tumit tinggi memberikan tekanan pada tulang belakang.

4. Stress

Sakit belakang boleh menjadi simptom fizikal untuk stress. Masalah stress boleh menyebabkan sakit belakang berlaku.

5. Menghidap penyakit lain

Selalunya, penyakit ini berkait rapat dengan bahagian belakang badan. Antaranya seperti masalah urat saraf, jangkitan pada tulang belakang dan kanser.

10 Rawatan Sakit Belakang

Jika anda menghadapi masalah sakit belakang, usah risau. Anda boleh dapatkan rawatan sakit belakang yang berkesan.

Cara ini boleh mengurangkan sakit belakang dan melegakan kesakitan tanpa menggunakan ubat mahupun pembedahan.

1. Bersenam dan membuat regangan

Senaman dan regangan ringan boleh membantu melegakan ketegangan pada badan. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

2. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang

Berat badan yang berlebihan boleh memberi tekanan pada tulang belakang. Ia kemudian menyebabkan sakit belakang.

Cara pemakanan yang sihat dan seimbang membantu bagi mengekalkan berat badan ideal.

3. Tidur secukupnya

Apabila sakit belakang, nak tidur pun susah kerana tidak selesa. Tahukah anda, kurang tidur boleh menyebabkan sakit belakang anda menjadi semakin teruk.

Oleh itu, anda mesti dapatkan tidur yang cukup.

4. Tidur dengan posisi yang betul

Kadangkala, posisi yang salah boleh menyebabkan anda kurang selesa di bahagian belakang dan tidak boleh tidur.

Untuk dapatkan posisi tidur yang betul dan selesa, anda boleh cuba:

  • Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut
  • Tidur dalam keadaan baring, dan letakkan bantal di bawah lutut
  • Elakkan dari tidur meniarap kerana ia memberi tekanan pada belakang

5. Menjaga postur badan dengan betul

Elakkan dari membongkok atau duduk terlalu lama. Ia akan memberi kesan buruk pada badan anda dan boleh menyebabkan slip disc.

Anda juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokong pada tulang belakang dan punggung.

6. Elakkan dari terbaring di katil

Ramai yang menyangka rawatan terbaik untuk sakit belakang adalah rehat atas katil tanpa melakukan sebarang aktiviti. Namun ternyata rawatan ini boleh menyebabkan sakit belakang makin teruk.

Anda dinasihatkan agar berehat untuk sehari dua. Kemudian, perlahan-lahan mulakan aktiviti harian dan pergerakan.

7. Tuam dengan ais atau haba

Pek ais atau panas boleh meredakan sakit belakang. Anda boleh cuba samada pek ais atau pek haba, yang mana satu sesuai untuk anda.

Letakkan pek di bahagian yang sakit dan biarkan selama 20 minit.

8. Dapatkan urutan badan

Menurut kajian, urutan belakang terutama di bahagian belakang boleh meredakan kesakitan. Namun begitu, pastikan anda mendapat urutan dari ahli urut yang pakar dan bertauliah.

9. Rangsangan elektrik pada urat saraf

Dengar je rangsangan elektrik, macam menakutkan. Namun, rawatan ini hanya melibatkan aliran elektrik yang rendah pada urat saraf belakang. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesakitan.

10. Rawatan fisioterapi

Rawatan sakit belakang yang paling berkesan ialah rawatan fisioterapi. Antara jenis rawatan yang ditawarkan adalah rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.

Selain itu, ahli terapi fizikal akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan. Anda juga boleh mengetahui cara untuk menambahbaik pergerakan dan aktiviti harian.

Rawatan Sakit Belakang di PhysioGo

PhysioGo menawarkan rawatan fisioterapi untuk sakit belakang. Pelbagai jenis rawatan ditawarkan, termasuk terapi manual, senaman dan nasihat penjagaan.

Semua ahli fisioterapi di PhysioGo merupakan ahli terapi bertauliah dan berkelulusan dari universiti tempatan dalam bidan Fisioterapi.

Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan dari pakar yang diiktiraf.

More To Explore

šŸ’¬ Need help?
Scan the code