3 KECEDERAAN SUKAN YANG BIASA TERJADI

Share This Post

Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan adalah termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.

Entri kali ini kami kongsikan antara 3 kecederaan sukan yang biasa terjadi. Jom kongsikan entri ini supaya semua akan mendapat manfaatnya.

KECEDERAAN SUKAN YANG BIASA TERJADI #1 : STRAIN

  • Strain adalah satu keadaan dimana kecederaan akut/kronik yang terjadi pada bahagian otot, tendon atau kedua-duanya.
  • Strain berlaku disebabkan oleh perubahan biomekanik tubuh badan yang menyebabkan tisu lembut menjadi terlebih regang & mengalami tekanan fizikal yang melampau

KECEDERAAN SUKAN YANG BIASA TERJADI #2 : SPRAIN

  • Sprain pula keadaan dimana kecederaan akut/kronik yang terjadi pada penyambung diantara tulang-ulang iaitu ligament.
  • Kebiasaannya, sprain seringkali terjadi pada bahagian buku lali / pergelangan kaki.

KECEDERAAN SUKAN YANG BIASA TERJADI #3 : KEKEJANGAN OTOT

  • Pengecutan otot secara tiba-tiba dan tidak terkawal.
  • Individu yang mengalami kekejangan otot akan mengalami rasa sakit yang amat.
  • Otot yang biasa mengalami masalah kekejangan ini ialah otot pada bahagian betis, paha, punggung, dada serta tangan. Ini kerana, otot-otot ini sering digunakan secara berlebihan tanpa regangan yang mencukupi.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code