• +6013-4871332

Physiogo

  • info@physiogo.com.my

Email Pertanyaan Anda

5 TANDA AMARAN STROK

Tahukah anda bahawa strok adalah antara penyebab utama kecacatan di dunia? Jumlah penderita strok meningkat setiap tahun, terutama di negara yang pesat membangun.

Strok sendiri terjadi ketika saluran darah ke otak terputus. Oleh kerana otak kekurangan oksigen, maka sel otak akan mati dan menyebabkan penderita mengalami kelumpuhan atau hilang ingatan. Mengerikan bukan?

Untuk itu, kali ini kami kongsikan antara 5 tanda amaran strok yang boleh dikesan.

TANDA AMARAN STROK #1 : LEMAH ANGGOTA

  • Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada bahagian muka, tangan dan badan.
  • Keadaan ini biasanya melibatkan sebelah bahagian badan samada kiri atau kanan.

TANDA AMARAN STROK #1 : PERTUTURAN

  • Kekeliruan memahami maklumat dan kesukaran bertutur secara tiba-tiba.

TANDA AMARAN STROK #1 : PENGLIHATAN

  • Tiba-tiba mengalami masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua belah mata.

TANDA AMARAN STROK #1 : PERGERAKAN

  • Sukar untuk menggerakkan anggota. Hilang keseimbangan dan koordinasi badan.

TANDA AMARAN STROK #1 : SAKIT KEPALA

  • Mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang kecederaan fizikal.

Jom #share kepada semua supaya semua akan mendapat manfaatnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *