Perkembangan motor kanak kanak didefinisikan sebagai proses yang diperlukan oleh kanak kanak bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan.
Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Ia juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Semua aktiviti termasuk manipulasi mimik muka adalah melibatkan penggunaan motor halus.
Pada entri kali ini, kami kongsikan 5 kriteria perkembangan motor kanak kanak berdasarkan World Health Organization (WHO)
KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #1 : DUDUK TANPA SOKONGAN
Duduk dengan tegak selama sekurang2 nya 10 saat tanpa menggunakan tangan untuk mengimbangi posisi badan.
KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #2 : MERANGKAK
Boleh merangkak sekurang2nya tiga pergerakan secara berterusan.
KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #3 : BERDIRI DENGAN SOKONGAN
Berdiri dengan tangan memegang objek untuk memastikan keseimbangan. Berdiri sekurang kurangnya 10 saat.
.
.
KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #4 : BERJALAN DENGAN SOKONGAN
Berdiri dengan tegak. Berjalan ke depan atau tepi sambil memang objek untuk sokongan menggunakan sebelah atau kedua dua tangan.
Berjalan sekurang kurangnya 5 langkah.
KRITERIA PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK BERDASARKAN WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) #5 : BERDIRI DAN BERJALAN TANPA SOKONGAN
Berdiri tanpa memegang apa apa objek sebagai sokongan. Boleh berdiri selama sekurang kurangnya 10 saat.
Berjalan sekurang kurangnya 5 langkah tanpa sokongan.
Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.