5 SENAMAN MUDAH UNTUK PESAKIT BELL’S PALSY

Share This Post

Bell’s Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi. 


Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf mengalami keradangan dan menjadi bengkak atau kerana jangkitan virus.

Bell’s Palsy sering berlaku di antara umur 10 hingga 40 tahun. Kesannya adalah sama kepada lelaki dan wanita. Antara gejala yang boleh dikesan ialah :

  • Jatuh satu mata dan satu sudut mulut (senget)
  • Satu mata yang tidak dapat ditutup sepenuhnya

Oleh itu, entri kali ini kami akan kongsikan antara 5 senaman mudah untuk pesakit Bell’s Palsy. Jangan lupa untuk kongsikan entri ini supaya semua mendapat manfaatnya😊😊😊

….
Senaman ini sebaiknya dipraktikkan dalam keadaan duduk berhadapan cermin.
Pastikan postur anda dalam keadaan tegak dan selesa
Setiap jenis senaman ini perlu diulang sekurang kurangnya 5 kali sehari.

….

SENAMAN MUDAH UNTUK PESAKIT BELL’S PALSY # 1 : ANGKAT KEDUA-DUA KENING

  • Angkat kedua-dua kening anda ke atas.
  • Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali.


SENAMAN MUDAH UNTUK PESAKIT BELL’S PALSY # 2 : PEJAMKAN MATA 

  •  Pejamkan mata anda serapat yang boleh.
  • Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali.

SENAMAN MUDAH UNTUK PESAKIT BELL’S PALSY # 3 : KERUTKAN HIDUNG


  • Kerutkan hidung anda sambil menarik nafas panjang melalui hidung.
  • Hembus melalui mulut.
  • Ulang sebanyak 10 kali.

SENAMAN MUDAH UNTUK PESAKIT BELL’S PALSY # 4 : 
MUNCUNGKAN MULUT

  • Muncungkan mulut anda seperti anda sedang meniup lilin, tahan 10 saat.
  • Ulang 10 kali.

SENAMAN MUDAH UNTUK PESAKIT BELL’S PALSY # 5 : 
MENYEBUT A, E, I & O

  • Senaman ini memerlukan anda menyebut huruf A, E, I dan O semaksima mungkin.
  • Ulang sebutan huruf ini sebanyak 10 kali.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code