Physiogo

Email Pertanyaan Anda

WASPADA TERHADAP PENYAKIT STROKE DAN APAKAH IA ?! .

Stroke adalah penyakit “serangan otak”.Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa !

Ia berlaku apabila aliran darah ke ke kawasan otak terhalang. Apabila ini berlaku, sel-sel otak akan kehilangan oksigen dan sel-sel di dalam otak mula mati.

Apabila sel-sel otak mati, keupayaan yang dikawal oleh kawasan otak akan terjejas seperti memori dan kawalan otot hilang. .

Bagaimana seseorang itu terjejas dengan penyakit stroke, ia bergantung dimana stroke berlaku di kawasan otak dan berapa banyak sel-sel otak yang terjejas.

Sebagai contoh , seseorang yang mempunyai stroke kecil hanya mungkin mengalami masalah kecil seperti kelemahan sementara di bahagian tangan atau kaki.

Orang yang mempunyai stroke yang lebih besar mungkin akan mengalami lumpuh kekal di satu sisi badan atau kehilangan keupayaan untuk bercakap.

Sesetengah orang yang pulih sepenuhnya dari penyakit stroke ini mungkin akan mengalami beberapa komplikasi dalam beberapa tempoh yang lama.

Bagaimanapun, penyakit strok boleh dikawal melalui bantuan rawatan fisioterapi.

Fisioterapi membantu pesakit strok :

– Mempercepatkan kadar pemulihan sistem neuromuskular yang terlibat dari segi pergerakan yang boleh dikawal (voluntari), keseimbangan badan, koordinasi pergerakan, mobiliti dan keupayaan berjalan.

– Mengembalikan fungsi harian dan kebolehan bergerak yang optima dan berdikari (optimal independent functional recovery).

– Mencegah dan mengurangkan komplikasi seperti:
– Tekanan
– Foot drop
– Kontraktur
– Komplikasi respiratori

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *