5 TIPS MENGELAKKAN SAKIT DI PERGELANGAN KAKI

Share This Post

Semua orang berisiko untuk mendapatkan sakit di pergelangan kaki atau sakit tumit kaki. Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara punca yang kerap terjadi adalah pemakaian kasut yang tidak bersesuaian dan kepenatan otot kaki oleh sebab aktiviti harian dan kerja-kerja yang melebihi kemampuan diri. 

TIPS MENGELAKKAN SAKIT DI PERGELANGAN KAKI #1 : PEMAKAIAN KASUT YANG BERSESUAIAN

  • Pilih kasut yang mempunyai tapak yang selesa dan dapat menyokong lengkungan tapak kaki terseliuh.
  • Elakkan kasut bertumit tinggi yang memberi tekanan yang lebih pada kaki.

TIPS MENGELAKKAN SAKIT DI PERGELANGAN KAKI #2 : SENAMAN TOE CURL

  • Bagi menguatkan otot di tapak kaki dan sendi bola kaki.
  • Duduk di atas kerusi, hamparkan sehelai kain tuala di bawah tapak kaki. Gulung tuala menggunakan jari kaki. Ulang sebanyak 30 kali.

TIPS MENGELAKKAN SAKIT DI PERGELANGAN KAKI #3 : SENAMAN FOOT ROLL MENGGUNAKAN BOLA TENIS

  • Untuk melembutkan otot dan fascia di tapak kaki.
  • Berdiri, gelek bola tenis menggunakan tapak kaki.
  • Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 3 minit.

TIPS MENGELAKKAN SAKIT DI PERGELANGAN KAKI #4 : SENAMAN THERABAND

  • Melangkah ke sisi sambil menggunakan theraband/pemberat untuk menguatkan otot kaki.
  • Rapatkan kedua kaki, ikat dengan menggunakan theraband tanpa menggerakkan kaki kiri, langkah kaki kanan ke sisi.
  • Ulang 10 langkah di setiap sisi.

TIPS MENGELAKKAN SAKIT DI PERGELANGAN KAKI #5 : SENAMAN TOE STANDING

  • Untuk menguatkan otot betis. 
  • Berdiri atas bola jari kaki sambil mengangkat tumit kaki.
  • Tahan 10 saat, ulang 10 kali.

Entri ini adalah untuk informasi umum. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila berjumpa Fisioterapis anda.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code