Physiogo

Email Pertanyaan Anda

sakit pinggang

6 Tips Mengatasi Masalah Sakit Pinggang

Sakit pinggang ini boleh diklasifikasikan antara sakit belakang. Kesakitan ini dapat dirasai antara kawasan bahagian belakang badan hingga ke kawasan pinggul.

Kesakitan ini kebiasaannya datang hanya apabila mereka melakukan kerja yang berat sahaja.

Kesakitan ini kebiasaannya berlaku hanya sebelah bahagian sahaja. Kesan kesakitan ini mungkin akan bertambah sakit sekiranya individu itu mempunyai masalah yang lain.

Ada yang menyatakan bahawa masalah ini disebabkan buah pinggang, tetapi kesakitan juga boleh disebabkan oleh otot-otot.

Apakah Simptom Sakit Pinggang?

sakit pinggang

Setiap penyakit atau masalah yang dihadapi dapat dikesan melalui beberapa tanda. Termasuklah dengan masalah ini. Antara tandanya ialah:

  • Tidak dapat membengkokkan badan
  • Berasa sakit apabila berdiri tegak
  • Terdapat bengkak di bahagian belakang badan
  • Kulit bahagian belakang bada menjadi merah
  • Terdapat ruam pada bahagian belakang badan
  • Berasa sakit apabila membuang air kecil
  • Kencing berdarah

Apakah Punca Sakit Pinggang?

sakit pinggang

Sakit pinggang ini tidak akan datang dengan sendirinya, malah ada sebab terjadinya masalah ini. Kesakitan ini boleh disebabkan oleh masalah tulang, otot-otot, organ, saraf dan juga kecederaan yang dialami.

  1. Masalah Tulang

Masalah tulang juga boleh menjadi salah satu penyebab berlakunya kesakitan ini. Tulang yang berada di kawasan bahagian belakang badan akan menjadi punca kesakitan ini.

Masalah tulang ini dapat dipecahkan kepada beberapa. Antaranya ialah patah tulang belakang. Patah tulang belakang akan menyebabkan rasa sakit di bahagian pinggang.

Rasa sakit itu hadir kerana mungkin tiada sokongan yang diberikan. Pergerakan pinggang tidak dapat disokong.

Seterusnya ialah Scoliosis. Scoliosis ini merupakan masalah tulang belakang yang bengkok ke sebelah tepi.

Selain itu, Kyphosis. Kyphosis ini pula merupakan masalah tulang yang membengkok ke arah bawah. Selain itu, kemampatan yang berlaku pada cakera intervertebral.

Seterusnya Spondylosis. Spondylosis ini adalah masalah degenerasi cakera intervertebral.

Akhir sekali ialah kegelongsoran tulang belakang ataupun spondilolisthesis.

2. Masalah Otot

Lumbago adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan kesakitan di bahagian kawasan pinggul. Kesakitan ini boleh dipengaruhi oleh sendi, otot atau saraf.

Antaranya ialah akibat daripada otot belakang yang alami “muscle sprain”. “Muscle sprain” akan menyebabkan rasa sakit.

Seterusnya ialah ketegangan otot belakang. Ketegangan ini boleh menyebabkan rasa sakit juga pada bahagian belakang badan.

3. Disebabkan Oleh Trauma

Sakit pinggang ini boleh disebabkan oleh trauma yang berlaku kepada bahagian organ mahupun otot. Trauma ini boleh berlaku akibat daripada berlakunya kecederaan.

6 Tips Mengatasi Masalah Sakit Pinggang

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Untuk sakit pinggang juga ada usaha untuk penyelesaiannya juga.

Berikut merupakan langkah yang bleh diambil oleh individu yang mengalami masalah ini:

  • Penggunaan Tuam

Tuam sejuk boleh dijadikan sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit dan bengkak boleh dikurangkan dengan menggunakan tuam sejuk.

Tuam ini boleh diletakkan pada bahagian yang berlaku kecederaan atau bahagian yang mengalami ketegangan otot. Ia akan memberi rasa kebas untuk seketika. Penggunaan ini dinasihatkan tidak melebihi 20 minit satu sesi. (Dapatkan nasihat dari Fisioterapi)

Tuam panas juga boleh dijadikan sebagai kaedah sama seperti tuam sejuk. Tuam panas juga digunakan untuk mengurangkan rasa sakit.

Penggunaan tuam panas atau sejuk adalah bergantung kepada tempoh kecederaan atau kesakitan itu.

  • Regangan

Regangan yag dilakukan ini hampir sama dengan senaman ringan. Tetapi regangan ini berlaku setempat sahaja. Tidak memerlukan pergerakan yang banyak.

Regangan ini tidak akan memberi impak yang besar kepada pinggang. Malah cuba untuk merehatkan otot pada pinggang. Regangan juga dapat mengurangkan rasa sakit pada pinggang.

Regangan ini boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Satu pergerakan boleh dilakukan selama 30 saat atau mengikut keselesaan diri sendiri.

  • Elakkan Tekanan

Ketegangan otot ini selalunya berlakunya akibat daripada tekanan. Seterusnya juga boleh menyebabkan kekejangan otot. Dua perkara boleh membuatkan sakit pada bahagian pinggang.

Ketegangan atau kekejangan ini boleh diatas dengan melakukan senaman ringan atau regangan. Sebolehnya elakkan daripada berlakunya tekanan terhadap tubuh badan.

  • Tidur Yang Mencukupi

Sakit pinggang ini juga boleh disebabkan oleh kurangnya masa tidur. Kurang masa tidur bukan sahaja boleh menyebabkan masalah, malah masalah lain juga boleh datang.

Peggunaan tilam yang betul juga menjadi salah satu sebab kurangnya masa tidur. Pemilihan tilam juga dapat menggangu pinggang. Tilam yang betul dapat membantu pinggang berada dalam kedaan yang baik.

Rehat yang cukup dapat membantu badan anda berada dalam kedaan yang sihat. Oleh itu, janga memandang remeh dengan waktu tidur.

  • Teknik Pernafasan

Teknik pernafasan yang betul akan dapat membantu mengurangkan tekanan dalam badan. Pernafasan yang betul dapat membantu memberi ketenangan.

Tarik nafas dengan dalam, dan hembus dengan perlahan-lahan. Ulang perlakuan ini beberapa kali.

  • Merehatkan Otot

Otot yang tegang mahupun yang kejang, haruslah direhatkan. Individu hendaklah memberikan perhatian kepada satu kumpulan otot pada satu masa.

Kesimpulannya, penjagaan pinggang haruslah dipandang serius. Hal ini dikatakan demikian kerana kesakitan pinggang ini boleh menggangu aktiviti harian anda.

Banyak tips yang sudah diberikan agar boleh diamalkan kepada anda semua. Sakit pada bahagian pinggang ini menyakitkan dan boleh merosakan mood hari anda.

PHYSIOGO merupakan pusat fisioterapi yang dapat membantu merawat masalah sakit pinggang. Kami menawarkan rawatan yang professional dan rawatan diberikan oleh ahli fisioterapi yang berkelulusan.

Physiogo bersedia membantu anda yang mengalami kesakitan bahagian belakang badan, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.

Pusat rawatan yang disediakan sangat mesra pelanggang. Kami menyediaka ruang yang khas untuk setiap pelanggan.

Physiogo juga sedia menerima tempahan untuk ke rumah anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari ke laman web ini.

Tempah Temujanji Anda Dengan Physiogo

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *