Slip Disc: Semua Yang Anda Perlu Ketahui

Share This Post

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah ini boleh menyebabkan lumpuh.

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui melalui artikel ini.

Kenali Slip Disc

C:\Users\User\Desktop\apa itu slipped disc.jpg

Slip disc merujuk pada penyakit yang berlaku bila mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas.

Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik di antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan, lalu membenarkan pergerakan antara tulang belakang berlaku.

Masalah slip disc berlaku apabila struktur luarnya terkoyak, lalu menyebabkan struktur dalam terkeluar dan menekan saraf. 

Ia merupakan kecederaan pada tulang belakang yang sering berlaku bukan sahaja pada golongan yang berusia, malah turut terjadi di kalangan orang muda. 

Punca Slip Disc

Related image

Kesakitan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuk:

  1. Umur 

Semakin meningkat umur, bahagian luaran yang melindungi disc akan semakin haus. Lalu, mengakibatkan disc lebih mudah bergerak dari tempat asal.

  1. Mengangkat objek yang berat

Dengan mengangkat objek berat, akan menyebabkan tekanan yang tinggi pada tulang belakang. Secara tidak langsung, menyebabkan disc bergerak hingga mendatangkan sakit.

  1. Berat badan yang melampau

Tulang belakang tidak mampu untuk menampung berat badan yang melampau, lalu menyebabkan slip disc berlaku.

  1. Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama

Jika anda melakukan aktiviti yang sama dalam keadaan statik, seperti memandu untuk tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang.

  1. Trauma seperti kecederaan semasa bersukan atau kemalangan

Kesan kecederaan lalu menjadikan anda terdedah pada slip disc.

  1. Jarang bersenam

Gaya hidup yang tidak aktif tanpa regangan dan senaman akan menyebabkan otot di badan keras dan tidak fleksibel. Lalu berisiko untuk mengalami slip disc.

Tanda-Tanda Slip Disc

Terdapat beberapa tanda awal yang perlu diambil berat. Slip disc boleh dikenalpasti melalui simptom seperti:

  • Sakit dan kebas selalunya pada bahagian sebelah badan sahaja
  • Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
  • Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
  • Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
  • Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
  • Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang

Simptom slip disc ini mungkin berbeza, mengikut badan seseorang.

Kesimpulan

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang disenaraikan di atas.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah slip disc, anda boleh dapatkan rawatan di Physiogo. 

7 Sebab Memilih Physiogo

1. Kaedah Manual Technique Physiotherapy Teknik “Hands-On”

Physiogo menggunakan teknik manual technique physiotherapy atau lebih dikenali sebagai teknik “hands-on”.

Ia adalah teknik sentuhan tangan di mana juruterapi akan menyentuh dan ‘menguli’ bahagian-bahagian badan terutamanya otot dan sendi untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Teknik ini membantu bagi mengembalikan had upaya pergerakan pesakit, meregangkan otot dan juga membaik pulih keadaan otot seperti sedia kala.

2. Pengamalan Kaedah Saintifik

Di Physiogo, kami menjunjung tinggi ilmu sains untuk memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit kami. Kami hanya mengamalkan teknik-teknik rawatan fisioterapi yang berasaskan kajian ilmiah yang diperakui oleh saintis.

Ini bermakna segala rawatan, teknik, amalan serta khidmat nasihat daripada pakar-pakar kami telah dibuktikan secara klinikal.

3. Waktu Rawatan yang Fleksibel

Physiogo dibuka pada setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Anda boleh pilih masa rawatan mengikut keselesaan dan jadual harian anda.

Anda hanya datang ke klinik mengikut temujanji yang telah dibuat serta boleh mendapatkan rawatan selepas waktu bekerja.

4. Juruterapi Khusus Untuk Wanita dan Lelaki

Physiogo mementingkan keselesaan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di pusat fisioterapi kami.

Selain bilik rawatan yang selesa serta kemudahan untuk berjumpa dengan juruterapi kami, Physiogo juga telah menetapkan setiap juruterapi untuk merawat pesakit mengikut jantina. 

Ini bermakna pesakit wanita hanya dirawat oleh juruterapi wanita dan pesakit lelaki hanya dirawat oelh juruterapi lelaki.

5. Ahli Terapi yang Terlatih dan Berkelulusan

Hanya ahli terapi yang berkelulusan sahaja layak untuk memberikan rawatan fisioterapi kepada pesakit. Oleh sebab itu, semua ahli fisioterapi Physiogo mempunyai kelulusan dalam bidang fisioterapi daripada institut pengajian tinggi di Malaysia.

Ini menjamin rawatan dan khidmat nasihat yang profesional dan menyantuni pesakit yang datang daripada latar belakang yang berbeza.

6. Lokasi Tempat Rawatan Yang Strategik

Pusat fisioterapi Physiogo terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Lokasi ini amat strategik dan mudah dijumpai. Kawasan premis juga senang dikunjungi.

Selain itu, pusat fisoterapi kami ini juga mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap dan selesa. Bilik rawatan yang luas juga disediakan bagi memastikan keselesaan anda.

7. Servis Fisioterapi Korporat

Physiogo bersedia untuk memberikan sesi rawatan dan perkongsian ilmu penjagaan kesihatan kepada pekerja syarikat anda.

Dengan perkhidmatan ini, ia bukan sahaja dapat meredakan apa-apa komplikasi yang dialami malah dapat memaksimakan potensi pekerja syarikat anda.

Physiogo juga mendapat kepercayaan sebagai panel PMCare, sebuah organisasi pengurusan penjagaan kesihatan yang utama di Malaysia.

Sekiranya anda sedang mencari tempat untuk konsultasi dan rawatan fisioterapi, hubungi kami hari ini.

Kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan amat berpuas hati dan kini kembali dengan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Waktu Operasi Physiogo Semasa PKPB

Berikutan pengumuman daripada kerajaan Malaysia mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kami ingin memaklumkan Physiogo beroperasi seperti biasa setiap hari daripada jam 9 pagi sehingga 6 petang. 

Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pesakit kami, kami telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh pesakit dan pengiring yang berada di Physiogo. 

Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti:

  1. Wajib memakai pelitup muka
  2. Penjarakan fizikal
  3. Hanya pesakit sahaja dibenarkan masuk ke tempat rawatan
  4. Seorang pengiring sahaja dibenarkan jika pesakit memerlukan bantuan
  5. Sentiasa mencuci tangan dengan hand sanitizer

Hubungi kami di talian 0134871332 untuk maklumat lanjut.

Tempah Temujanji Anda Dengan Physiogo

More To Explore

bengkak kaki

Bengkak Kaki: Penyebab & Komplikasi

Pernahkah anda mengalami bengkak kaki tapi tak tahu kenapa ?  Tapi yang pasti, membuatkan anda susah bergerak dan tertekan kerana hanya mampu melalukan pergerakan yang

sakit tulang pinggul

Kenapa Sakit Tulang Pinggul?

Tulang pinggul berperanan sebagai menyambung bahagian atas dan bawah tubuh badan. Wanita dan lelaki mempunyai anggota yang sama cuma ada fungsi yang berbeza. Tulang pinggul

💬 Need help?
Scan the code