Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu mengamalkan teknik mengangkat barang dengan betul.
Teknik ini boleh mengurangkan risiko kecederaan tulang belakang dalam jangka masa yang panjang.
Sama ada anda mengangkat berat, latihan kekuatan, atau membawa objek berat di tempat kerja, bentuk badan atau postur badan anda sangat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan.
Bentuk atau teknik yang salah semasa mengangkat barang boleh menyebabkan masalah otot dan masalah sakit belakang yang serius, sakit sendi, dan banyak lagi.
Kecederaan ini boleh mengambil masa sampai berminggu atau berbulan-bulan untuk sembuh seperti sediakala.
Salah satu punca utama sakit belakang adalah kekejangan dan ketegangan pada bahagian belakang badan.
Ini menyumbang kepada kesakitan punggung yang mungkin boleh dialami oleh kebanyakan individu yang menggunakan teknik yang salah semasa mengangkat barang.
“Sprains” dan “strains” sering terjadi disebabkan oleh ligamen yang mengoyak, yang sering berlaku kesan daripada mengangkat objek dengan teknik yang salah atau sesuatu objek yang terlalu berat.
Mengamalkan teknik yang betul sepanjang mengangkat objek boleh mencegah kecederaan, dan membolehkan otot anda bekerja lebih keras untuk meningkatkan kekuatan keseluruhan badan.
Nak tahu apa teknik-tekniknya ? Jom ambil masa 3 minit untuk dapatkan info menarik ini !
TEKNIK #1 : ASAS SOKONGAN
Sebelum mengangkat objek berat, pastikan anda mempunyai asas sokongan badan yang luas. Sentiasa pastikan posisi kaki anda lebar , dengan satu kaki sedikit ke hadapan.
Ini akan memastikan keseimbangan yang baik dan tepat semasa anda mengangkat berat.
TEKNIK #2 : SQUAT
Apabila anda sudah bersedia untuk mengangkat objek , “squat” kan sedikit badan dan dekatkan badan dengan objek yang hendak diangkat, lenturkan sedikit pinggul dan lutut dengan punggung anda sedikit keluar (bertonggek).
Jika objek itu sangat berat, anda perlu meletakkan satu lutut ke lantai dan lutut anda yang lain di hadapan anda, bengkok pada sudut yang betul.
TEKNIK #3 : POSTUR
Ketika anda hendak memulakan untuk mengangkat barang, pastikan postur anda dalam keadaan yang betul.
Mempunyai postur yang lemah bukan sahaja boleh menyebabkan sakit belakang malah di posisi ini anda berada dalam tahap tenaga yang lebih rendah.
Postur yang baik akan membantu untuk mengekalkan bahagian tulang belakang.
TEKNIK #4 : ANGKAT BARANG DENGAN PERLAHAN
Anda perlu mengangkat objek dengan perlahan dengan posisi badan yang betul.
Pastikan sokongan kaki anda tidak terlalu kecil dan terlalu besar.
Paling penting , jangan menahan nafas ketika mengangkat barang kerana ia membantu untuk pengaktifan otot otot di keseluruhan badan untuk bekerja dan berfungsi.
TEKNIK #5 : PENGANG OBJEK BERDEKATAN DENGAN BADAN
Pegang objek yang hendak diangkat berada dalam keadaan dekat dengan badan anda, pada tahap bahagian abdomen anda.
TEKNIK #5 : GUNA KAKI UNTUK TUKAR ARAH
Gunakan kaki anda (bukan badan anda) untuk menukar arah.
Ini adalah untuk mengambil langkah-langkah kecil yang perlahan dan selamat dan tidak menjejaskan tulang belakang anda.
Gerakkan posisi kaki dengan pinggul anda apabila anda menukar arah. Pastikan bahu anda selaras dengan pinggul anda semasa anda bergerak.
TEKNIK #7 : LETAK OBJEK DENGAN HATI-HATI
Letakkan objek dengan berhati-hati supaya objek yang anda bawa tidak terhempas atau menggunakan momentum yang kuat.