Aktiviti Seharian yang Cenderung ke Arah Masalah Sakit Bahu

Share This Post

Masalah sakit bahu tidak seharusnya dibiarkan tidak dirawat kerana ia akan menghalang anda daripada melakukan rutin harian anda dengan selesa!

Adakah anda mengalami kesukaran untuk mengangkat barang atau melakukan sebarang pergerakan yang memerlukan anda untuk mengangkat tangan?

Jika ya, artikel ini untuk anda!

Kami akan menerangkan punca-punca terjadinya sakit bahu serta rawatan yang anda perlu lakukan untuk menanganinya. Teruskan membaca!

Apakah punca sakit bahu?

sakit bahu

Sakit bahu sering terjadi dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan tangan. 

Ia boleh dikatakan berpunca daripada sendi bahu atau kawasan sekitar sendi tersebut seperti otot, ligamen dan tendon. 

Apabila sendi tersebut digerakkan, masalah bahu kebiasaannya akan menjadi lebih sakit.

Sakit bahu juga boleh terjadi apabila anda melakukan senaman secara berlebihan ataupun mengangkat barang yang berat.

Pesakit perlu segera berjumpa dengan doktor atau ahli fisioterapi sekiranya kesakitan semakin teruk.

Jika anda mengalami keadaan berikut, segeralah berjumpa dengan doktor atau ahli fisioterapi:

  • Sendi kelihatan tidak normal
  • Kesakitan sendi yang melampau
  • Bahu tidak boleh digerakkan walaupun sedikit kerana oleh kesakitan yang melampau
  • Bengkak
  • Masalah bahu yang disebabkan oleh trauma seperti jatuh dari motosikal.

Aktiviti yang menyebabkan sakit bahu

  • Terkehel

Apabila bahu anda terkena impak yang kuat, ada kemungkinan tulang humerus boleh terkehel dan terkeluar daripada soket sendi bahu.

Lebih serius lagi, bahu yang terkehel ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada tisu lain dan juga saraf.

Jika bahu anda selalu terkehel, anda cenderung untuk mengalami ketidakstabilan sendi yang kronik. 

Berikut merupakan simptom bahu terkehel:

  • Kecacatan yang jelas pada bahu.
  • Bengkak bahu.
  • Rasa sakit yang teruk pada bahu.
  • Sendi bahu tidak boleh bergerak.
  • Rasa kebas, lemah dan renjatan pada bahagian yang tercedera.

 

  • Kecederaan otot rotator cuff

Otot-otot rotator cuff (RC) berperanan penting dalam menstabilkan sendi bahu.

Antara otot-otot tersebut ialah supraspinatus, infraspinatus, teres minor dan subscapularis.

Ia membolehkan anda bergerak seperti mengangkat dan memusingkan lengan.

Sekiranya kecederaan berlaku pada otot-otot ini, ia menjadi punca utama terjadinya sakit bahu dan mengganggu pergerakan. 

Akibatnya, individu yang mengalami sakit bahu akan berasa tidak selesa setiap kali pergerakan dilakukan. 

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut, ia bermakna anda mungkin mengalami kecederaan otot-otot RC adalah:

  • Pergerakan sendi bahu terhad.
  • Rasa sakit apabila ingin mencapai sesuatu yang lebih tinggi daripada paras kepala.
  • Sakit bahu terutamanya pada waktu malam.
  • Bahu terasa lemah secara perlahan-lahan.
  • Sukar untuk mencapai bahagian belakang badan.



  • Kekakuan bahu (frozen shoulder)

Rasa kaku pada bahagian bahu cenderung untuk berlaku kepada golongan yang berusia sekitar usia 50 hingga 60-an. 

Kondisi ini sangat jarang berlaku bagi mereka yang berumur kurang 40 tahun dan pesakit sering terdiri daripada kalangan wanita berbanding lelaki. 

Kadar untuk terjadinya kekakuan bahu secara umumnya adalah sekitar 2 hingga 5%.

Antara simptom untuk kekakuan bahu atau frozen shoulder adalah:

  • Kesakitan pada bahu yang teruk.
  • Kaku atau pergerakan sendi bahu yang terhad.

Anda perlu berjaga-jaga dengan beberapa penyakit yang boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidapi kekakuan bahu, antaranya:

  • Diabetes.
  • Strok (angin ahmar).
  • Selepas pembedahan membuang payudara.
  • Penyakit jantung.
  • Penyakit Alzheimer.
  • Hipertiroid.

 

  • Osteoartritis sendi bahu

Sendi bahu anda boleh mengalami osteoartritis sama seperti sendi lain dalam badan anda.

Ia terjadi disebabkan oleh faktor primer  seperti genetik, usia dan jantina atau faktor sekunder.

Contoh faktor-faktor sekunder adalah sejarah kecederaan otot-otot RC yang lalu, jangkitan, kecederaan sukan dan kondisi bahu yang terkehel.

Kesakitan pada bahu akan jadi semakin teruk apabila anda melakukan sesuatu pergerakan.

Cara Merawat Masalah Sakit Bahu 

  • Melakukan terapi haba

terapi haba sakit bahu

Tahukah anda terapi haba boleh meregangkan otot dan membantu mengingkatkan pergerakan bahu yang terbatas?

Oleh itu, salah satu cara untuk melegakan kesakitan pada bahu adalah dengan melakukan terapi haba. 

Cara ia dilakukan adalah dengan meletakkan pad haba panas setiap 20 minit pada kawasan bahu anda yang sakit.

  • Rawatan fisioterapi Physiogo

Selain cara-cara di atas, anda juga boleh mendapatkan rawatan daripada ahli fisioterapi seperti kami di Physiogo.

Rawatan fisioterapi merupakan rawatan yang menggunakan kekuatan mekanik dan pergerakan, terapi manual, terapi senaman, dan elektroterapi.

Ia adalah untuk menyelaraskan tubuh anda dan menggalakkan pergerakan dan fungsi.

physiogo

Dengan menerima rawatan fisioterapi daripada kami, anda boleh mendapatkan kaedah rawatan yang menggunakan teknik manual terapi.

Rawatan-rawatan Yang Ada Di Physiogo

  • Manual therapy

terapi sakit bahu

Berikut adalah kelebihan melakukan manual therapy bersama kami: 

  • Mengatasi kesakitan
  • Meningkatkan pergerakan sendi 
  • Melegakan otot 
  • Membantu meredakan bengkak 
  • Mempercepatkan penyembuhan tisu lembut 
  • Membantu memudahkan pergerakan anggota 
  • Membaik pulih fungsi anggota.

 

  • Exercise therapy

terapi sakit bahu

Exercise therapy di pusat rawatan kami berfungsi untuk:  

  • Membantu memperbaiki
  • Memulihkan fungsi fizikal 
  • Membantu mengelakkan kehilangan fungsi 
  • Meningkatkan keupayaan serta fungsi anggota
  • Meningkatkan fungsi motor dan deria.

Sesi konsultasi 

kosultansi sakit bahu

Anda berpeluang untuk berbincang serta dapatkan khidmat nasihat daripada ahli fisioterapi yang bertauliah serta berpengalaman tentang masalah fizikal yang sedang anda hadapi.

Kami akan membantu anda mencari rawatan yang sesuai untuk masalah sakit otot, tulang dan banyak dengan ilmu dan kajian sains.

Jadi, jangan tangguh lagi rasa sakit di bahu anda. Segera dapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo sekarang. 

Hubungi Physiogo sekarang!

 

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code