Rawat Masalah Sakit Belakang Dengan Rawatan Fisioterapi Panel PMCare, Physiogo

Share This Post

Pernah tak anda rasa sakit belakang akibat melakukan aktiviti-aktiviti seperti memandu untuk jangka masa yang lama, mengangkat barang yang berat mahupun postur tidur yang salah?

Jika anda mengalami sakit belakang daripada aktiviti-aktiviti tersebut, anda sedang membaca artikel yang betul!

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa faktor yang menyebabkan anda mengalami masalah sakit belakang. 

Teruskan membaca! 

Artikel berkait:

5 Cara-Cara Paling Berkesan Untuk Elakkan Sakit Belakang

Faktor-faktor yang Menyebabkan Sakit Belakang

Pada bahagian ini, kami akan menerangkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan anda sakit belakang. Antaranya ialah: 

  1. Memandu kenderaan untuk jangka masa yang lama 

sakit belakang

Buat pengetahuan anda, memandu kenderaan sama ada kereta ataupun lori boleh menyebabkan masalah sakit belakang. 

Antara sebab-sebab yang menyebabkan masalah sakit belakang ialah: 

  1. Kedudukan stereng dan pemandu adalah tidak sesuai
  2. Posisi membongkok ketika memandu
  3. Posisi penyandar kepala terlebih tinggi mahupun rendah 
  4. Kedudukan kerusi pemandu yang tidak tegak 

Sekiranya anda memandu untuk jangka masa yang lama seperti balik kampun mahupun outstation, anda boleh elakkan daripada melakukan kesilapan yang dinyatakan di atas. 

  1. Mengangkat barang-barang berat 

Anda pasti pernah membuat aktiviti berat seperti mengangkat barang-barang ketika di rumah. Ataupun, anda terlihat kedua-dua ibu dan ayah sedang mengemas kawasan perumahan. 

Mengangkat barang-barang seperti pasu bunga yang besar, kotak yang berat mahupun mengubah suai kedudukan perabot ke tempat lain boleh meningkatkan lagi risiko untuk terkena masalah sakit belakang. 

  1. Postur tidur yang salah 

Tahukah anda postur tidur yang salah merupakan antara penyebab utama kepada masalah sakit belakang? 

Anda perlu mengelak daripada tidur secara meniarap. Hal ini kerana tidur secara meniarap tidak dapat memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. 

Atasi Rasa Sakit Belakang Dengan Cara-Cara Ini

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk kurangkan rasa sakit belakang antaranya: 

Mengikut faktor-faktor yang menyumbang kepada rasa sakit belakang, anda boleh atasi rasa sakit belakang dengan cara ini: 

  • Betulkan kedudukan stereng, penyandar kepala, dan kerusi pemandu 
  • Mengeluarkan barang-barang kecil seperti airpods, dompet mahupun kunci kereta untuk memberi keseimbangan ketika duduk 
  • Mengangkat barang-barang berat secara berdua orang atau lebih 
  • Meletakkan bantal di bahagian belakang badan untuk menyokong posisi tidur 

Waktu Urgent Untuk Berjumpa Dengan Doktor

Sekiranya anda membiarkan masalah sakit belakang ini berterusan, banyak risiko akan timbul. 

Untuk itu, apakah waktu yang sesuai bagi mendapatkan rawatan fisioterapi bagi merawat masalah sakit belakang? 

  • Masalah sakit belakang yang tidak surut atau selepas 72 jam.
  • Rasa kebas-kebas dan sesemut pada bahagian belakang badan. 
  • Berasa sukar untuk membuang air 
  • Rasa sakit dan lemah pada bahagian kaki 
  • Berat badan yang merosot secara mendadak

Artikel berkait:

Punca dan Cara Rawatan Sakit Belakang di Tempat Kerja

Mengapa Perlu Memilih Rawatan Fisioterapi di Physiogo?

physiogo

Kami merupakan pusat rawatan fisioterapi yang terbaik di Malaysia. Semua juruterapi kami berkelulusan secara 100% untuk berkhidmat di dalam bidang ini. 

Apakah rawatan yang ditawarkan di pusat fisioterapi kami? 

  • Manual therapy

manual theraphy

Kami menawarkan rawatan fisioterapi secara manual. Manual therapy adalah sangat baik untuk menggerakkan sendi dan soft tissue pesakit. 

  • Heat therapy 

heat theraphy

Dalam pada itu, kami turut menawarkan rawatan heat therapy untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang tertentu. 

  • Exercise therapy 

Exercise therapy ini sangat baik bagi meregangkan sendi dan otot pada tubuh badan anda. Hal ini untuk memastikan agar anda tidak lagi mengalami pergerakan yang terbatas. 

Selain daripada rawatan fisioterapi yang ditawarkan, kami juga merupakan panel PMCare. PMCare ialah sebuah organisasi pengurusan kesihatan third party administrator (TPA) yang terkemuka di Malaysia. 

Dengan ini, anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi membiayai rawatan masalah sakit belakang. 

rawatan fisioterapi malaysia

Yang paling penting, kami menyediakan bilik rawatan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta juruterapi mengikut keselesaan jantina pesakit. 

physiogo

Berikut merupakan sebab-sebab lain anda perlu memilih kami sebagai pusat rawatan fisioterapi: 

  • Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang profesional
  • Kami merupakan ahli fisioterapi yang berkelulusan 
  • Kami sudah berada di dalam industri fisioterapi melebihi 5 tahun
  • Menyediakan bilik rawatan mengikut keselesaan jantina
  • Kami merupakan panel PMCare, iaitu sebuah organisasi kesihatan third party administrator (TPA) yang terkenal di Malaysia.

Tunggu apa lagi? 

Jom dapatkan rawatan fisioterapi yang bertauliah bersama kami sekarang! Klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lebihi lanjut mengenai rawatan fisioterapi kami.

Saya mahu tempah janji temu dengan Physiogo! 

More To Explore

fisioterapi tulang belakang

Fisioterapi Tulang Belakang, Kenapa Ia Penting?

Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot di mana-mana bahagian belakang tubuh. Kesakitan itu boleh menjalar ke bahagian punggung atau kaki. Pada usia meningkat menuju

fisioterapi

Fisioterapi Physiogo Berdekatan Anda

Tidak dinafikan pada arus masa kemodenan ini semakin ramai orang yang membuat rawatan fisioterapi. Majoriti daripada mereka adalah pekerja pejabat dan warga emas. Hal ini

💬 Need help?
Scan the code