Perkara Wajib Anda Tahu Mengenai Pusat Rehabilitasi

pusat rehabilitasi

Share This Post

Jika anda pernah mengalami kecederaan, penyakit atau menjalani pembedahan, anda akan dapati keupayaan untuk melakukan aktiviti harian mungkin akan terbatas.

Pelbagai jenis penyakit dan kecederaan boleh mengubah gaya hidup seseorang dan pengalaman ini boleh menyukarkan bukan hanya kepada pesakit tetapi juga kepada ahli keluarga.

Bagi membantu pesakit pulih dan menyesuaikan diri dengan keadaan mereka, rehabilitasi adalah langkah yang terbaik.

Pusat rehabilitasi yang bagus bukan sahaja mempunyai fasiliti yang lengkap malah pakar perubatan yang sedia membantu pesakit.

Jom ketahui lebih lanjut tentang rehabilitasi dan kebaikannya untuk anda.

Apa Itu Rehabilitasi?

Rehabilitasi merupakan proses yang membantu pesakit untuk kembali pulih selepas kecederaan, pembedahan dan penyakit.

Pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap kefungsian dan kebolehupayaan seseorang seperti keadaan individu dan persekitaran.

Proses rehabilitasi merangkumi rawatan, penjagaan dan sokongan yang diperlukan untuk membantu pesakit mencapai tahap keberdikarian yang maksima.

Rehabilitasi membantu badan anda pulih, mengembalikan kekuatan, mempelajari kemahiran yang anda hilang atau mempelajari cara baharu untuk melakukan aktiviti harian.

Setiap individu mempunyai proses pemulihan yang unik dengan faktor-faktor di atas untuk diambil kira untuk melalui proses rehabilitasi.

Oleh itu, perancangan rawatan rehabilitasi perlulah disesuaikan mengikut keperluan pesakit yang berbeza-beza.

Jenis-jenis Rehab Yang Ada

jenis rehab

Terdapat 3 jenis rehab yang utama iaitu cara kerja, fizikal dan pertuturan.

Setiap bentuk pemulihan mempunyai tujuan unik dalam membantu seseorang mencapai pemulihan penuh.

Tetapi semuanya berkongsi matlamat utama untuk membantu pesakit kembali kepada gaya hidup yang sihat dan aktif.

1.  Terapi Cara Kerja

Terapi carakerja atau occupational therapy membantu individu yang memerlukan bantuan khusus untuk mengambil bahagian dalam aktiviti harian, atau ‘pekerjaan’.

‘Pekerjaan’ bukan hanya merujuk kepada pekerjaan anda tetapi juga boleh merujuk kepada amalan penjagaan diri, tugas harian dan aktiviti rekreasi.

Matlamat terapi carakerja adalah membantu individu mengambil bahagian dalam perkara yang mereka mahu dan perlu lakukan bagi menjalani gaya hidup bebas.

Ahli terapi membantu dari segi mengubah cara melakukan sesuatu seperti makan, memakai baju, menyiapkan aktiviti sekolah dan banyak lagi.

Antara individu yang perlukan terapi cara kerja:

  • Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan fizikal
  • Orang dewasa yang mempunyai kemurungan yang perlu bantuan melibatkan diri semula dalam aktiviti harian
  • Individu yang kehilangan keupayaan memegang barang
  • Warga emas yang mempunyai had pergerakan fizikal
  • Pesakit yang mengalami kecederaan saraf tunjang
  • Ahli korporat yang inginkan keseimbangan kerja/kehidupan
  • Individu yang telah mengalami kecederaan otak traumatik dan kehilangan fungsi kognitif

2.  Terapi Fizikal

rehabilitasi

Terapi fizikal atau physical therapy menyediakan rawatan bagi individu yang mengalami kesakitan atau kesukaran untuk berfungsi, bergerak atau menjalani kehidupan secara normal.

Biasanya terapi fizikal diberikan bagi mereka yang telah mengalami strok, kecederaan atau pembedahan, pemulihan selepas bersalin dan kecederaan sukan.

Ahli terapi akan menilai mobiliti, keseimbangan, degupan jantung, postur anda dan sejauh mana anda boleh berjalan atau memanjat anak tangga.

Terapi yang biasa ditawarkan:

  • Senaman khas untuk melegakan kesakitan, memperbaiki mobiliti dan kembalikan kekuatan
  • Latihan keseimbangan dan cara jalan
  • Menguatkan fungsi kardiovaskular
  • Menguruskan kesakitan
  • Urut, terapi haba atau sejuk atau ultrasound untuk meredakan sakit otot dan kekejangan

3.  Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan atau speech therapy menyediakan rawatan bagi mereka yang mengalami masalah pertuturan termasuklah bahasa, komunikasi, suara, menelan dan kefasihan.

Matlamat terapi pertuturan adalah untuk menggabungkan mekanik yang berkaitan dengan pertuturan dengan penggunaan bahasa.

Hasilnya adalah untuk membantu pesakit berkomunikasi dengan cara yang lebih berguna dan berfungsi.

Antara kondisi atau penyakit yang memerlukan terapi pertuturan:

  • Dyslexia – kesukaran membaca dengan tepat dan fasih
  • Dysphagia – kesukaran menelan
  • Aphasia – kehilangan keupayaan memahami dan bertutur akibat kecederaan otak
  • Masalah kefasihan – kesukaran bertutur dengan fasih seperti gagap
  • Penyakit Parkinson’s
  • Cerebral palsy
  • Down syndrome

Baca Juga

Fisioterapi Tulang Belakang, Kenapa Ia Penting?

Kebaikan Rehab untuk Badan

1.  Bantu Penyembuhan

Kebanyakan pesakit akan mengelakkan daripada bersenam tetapi hal inilah yang boleh menambah kesakitan seperti kekakuan sendi (stiffness) dan otot menjadi lemah.

Aktiviti fizikal membantu otot-otot menyerap nutrisi yang diperlukan dan mengekalkan kesihatan otot.

Senaman dengan panduan yang jelas boleh membantu penyembuhan penyakit atau selepas kecederaan.

Pusat rehabilitasi akan membantu anda bersenam dan kekal aktif yang menjadi stimulasi semulajadi untuk proses penyembuhan.

2.  Regangan, Kekuatan dan Aerobik

kebaikan rehab

Program rehabilitasi yang merangkumi senaman regangan, kekuatan dan aerobik penting dalam proses penyembuhan.

Senaman regangan penting kerana otot yang sering kali dikaitkan dengan pengurangan pergerakan secara berperingkat.

Maka, senaman regangan dapat menambahkan pergerakan di mana ia memberi kelegaan pada kawasan yang sakit.

Senaman kekuatan membantu menguatkan kembali otot yang tercedera terutamanya bagi mereka yang menghadap kesakitan yang panjang (kronik).

Senaman aerobik juga penting kerana pesakit yang aktif dapat mengurangkan kadar sakit dan mengelakkan kesakitan daripada berulang.

3.  Kembalikan Kehidupan Seperti Biasa

Pusat rehabilitasi membantu anda meningkatkan keupayaan berfungsi di rumah dan di dalam komuniti terutamanya bagi mereka yang hilang keupayaan.

Selain itu, pusat rehabilitasi juga membantu pesakit menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku semasa proses penyembuhan.

Anda juga boleh dapatkan sokongan dari segi sosial dan emosi melalui rehabilitasi.

 

Kesimpulan

Physiogo

Rehabilitasi merupakan rawatan yang penting bagi mereka yang ingin kembali sihat dan menjalani kehidupan selepas diserang penyakit, kecederaan atau pembedahan.

Mendapatkan rehabilitasi dari pusat rehabilitasi yang terbaik adalah penting.

Jika anda ingin dapatkan rawatan rehabilitasi seperti bagi pesakit strok, penyakit Parkinson atau kecederaan sukan, dapatkannya dengan PhysioGo.

physiogo

PhysioGo menawarkan terapi manual, senaman terapeutik, program rehabilitasi dan nasihat penjagaan berdasarkan teori dan kajian berasaskan bukti.

Ahli fisioterapi PhysioGo adalah pakar dalam menyediakan terapi untuk menghadapi masalah dan kondisi yang anda hadapi.

Anda tak perlu risau kerana semua ahli fisioterapi PhysioGo berkelayakan, profesional dan berpengalaman dalam bidang fisioterapi.

Kami mengutamakan privasi dan keselesaan anda di mana kami akan menyediakan ahli terapi mengikut jantina dan keselesaan anda.

Kami beroperasi 7 hari seminggu jadi anda boleh datang mengikut kelapangan anda.

Rawatan fisioterapi kami sepenuhnya berdasarkan kajian klinikal semasa.

Dapatkan rawatan fisioterapi untuk penyakit Parkinson dengan PhysioGo.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code