Penyakit Parkinson: Definisi, Punca, Dan Rawatan

penyakit parkinson

Share This Post

Tahukah anda lebih daripada 10 juta orang di dunia yang mempunyai penyakit Parkinson?

Insiden penyakit Parkinson meningkat seiring dengan usia, tetapi dianggarkan empat peratus pesakit yang menghidapi Parkinson didiagnosis sebelum umur 50 tahun.

Ini bermakna risiko untuk menghidapi penyakit ini ada, tidak semestinya hanya bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Walaupun tiada penawar bagi penyakit ini buat masa sekarang, namun gejala penyakit ini boleh ditangani.

Nak tahu macam mana? Teruskan membaca!

Apa Itu Penyakit Parkinson?

penyakit parkinson

Penyakit Parkinson adalah sejenis gangguan sistem motor di mana terdapat gangguan pada sel otak yang menyebabkan pergerakan yang tidak diingini atau tidak terkawal.

Individu yang menghidapi penyakit Parkinson biasanya akan menggeletar, kaku atau sukar untuk mengawal keseimbangan dan koordinasi.

Biasanya gelaja penyakit ini akan bermula secara beransur dan bertambah buruk dari masa ke semasa.

Apabila penyakit ini mula berkembang, pesakit akan mengalami kesukaran berjalan dan bercakap.

Mereka juga mungkin mengalami perubahan mental dan tingkah laku, masalah tidur, kemurungan, keletihan dan masalah ingatan.

Walaupun hampir semua orang mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit ini, beberapa kajian menyatakan bahawa penyakit ini lebih memberi kesan kepada lebih ramai lelaki berbanding wanita.

Salah satu faktor risiko penyakit ini adalah umur.

Kebanyakan pesakit yang menghidap Parkinson mula-mula mengalami gejala selepas umur 60 tahun, kira-kira 5-10% mengalaminya sebelum umur 50 tahun.

Punca Penyakit Parkinson

Tanda dan gejala penyakit Parkinson yang paling ketara berlaku apabila sel-sel saraf di ganglia basal (kawasan otak yang mengawal pergerakan) terjejas dan/atau mati.

  1. Biasanya sel saraf (neuron) menghasilkan bahan kimia otak penting yang dikenali sebagai dopamin.
  2. Apabila neuron mati atau terjejas, penghasilan dopamin menjadi kurang maka masalah pergerakan mula muncul.
  3. Pesakit Parkinson juga kehilangan hujung saraf yang menghasilkan norepinephrine (penghantar kimia utama sistem saraf simpatetik).
  4. Saraf tersebut mengawal banyak fungsi badan seperti denyutan jantung dan tekanan darah.
  5. Kehilangan norepinephrine mungkin antara penyebab gejala Parkinson yang tidak melibatkan pergerakan.
  6. Contohnya keletihan, tekanan darah tidak teratur, makanan bergerak ke saluran penghadaman perlahan dan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba apabila bertukar posisi.

Sesetengah kes penyakit Parkinson adalah keturunan, dan beberapa kes boleh dikesan sebagai mutasi genetik tertentu.

Ramai penyelidik kini percaya Parkinson terhasil daripada gabungan faktor genetik dan persekitaran seperti pendedahan kepada toksin. 

Baca Juga:

Fisioterapi Tulang Belakang, Kenapa Ia Penting?

Rawatan Penyakit Parkinson

Buat masa sekarang penyakit Parkinson tidak dapat disembuhkan tetapi gejala dapat dikawal.

Kesan terhadap setiap penyakit yang menghidap Parkinson adalah berbeza, maka rawatan perlu disesuaikan bagi setiap individu.

Sesetengah pesakit mungkin akan mengalami kesukaran untuk menghadapi penyakit ini kerana ianya sememangnya rumit.

Berikut adalah beberapa cara anda boleh cuba untuk tangani gejala penyakit Parkinson:

1.  Tidur

Penyakit Parkinson boleh mengganggu tidur anda tetapi jangan risau, anda boleh dapatkan tidur berkualiti dengan:

  • Elakkan alkohol, makanan atau minum yang mengandungi kafein terutamanya pada waktu malam.
  • Amalkan waktu tidur dan bangun yang sama setiap hari.
  • Elakkan terlebih tidur.
  • Kurangkan pengambilan air sebelum tidur.
  • Wujudkan persekitaran yang aman dan selesa dalam bilik tidur anda.
  • Elakkan menonton televisyen, membaca atau makan di tempat tidur.

2.  Sokongan

sokongan penyakit parkinson

Penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal.

Anda boleh cuba langkah-langkah ini untuk menangani emosi anda:

  • Mengekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan dan penjaga anda
  • Sertai kumpulan sokongan seperti Persatuan Parkinson Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan perasaan.
  • Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan moral.

3.  Diet

penyakit parkinson

Pemakanan yang sihat boleh mengurangkan risiko masalah lain seperti patah tulang, kekurangan air, sembelit dan susun berat badan.

Anda perlu amalkan tabiat pemakanan yang baik untuk membantu mengurangkan risiko yang lebih besar.

Antara amalan yang baik adalah:

  • Banyakkan minum air, 6-8 gelas sehari walaupun tidak rasa haus.
  • Lebihkan makanan seperti prun, sayur-sayuran dan makanan yang tinggi serat.
  • Makan sesuatu yang sejuk dan masam sebelum makan untuk mengelakkan mulut kering.
  • Bincang dengan pakar kesihatan mengenai isu makanan khusus berkaitan dengan ubat-ubatan. Contohnya makanan tinggi protein boleh mengganggu penyerapan levodopa (sejenis ubat).

4.  Senaman

Senaman boleh membantu pesakit Parkinson dengan:

  • Membantu mengawal pergerakan dengan lebih baik
  • Mengurangkan masalah gaya berjalan dan kecederaan sendi/otot
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan
  • Meningkatkan tenaga, stamina dan kesihatan jantung

physiogo

Selain itu, anda juga boleh dapatkan rawatan fisioterapi di PhysioGo!

PhysioGo menawarkan fisioterapi geriatrik yang merangkumi pelbagai isu berkaitan individu berusia emas, biasanya 60 tahun dan ke atas.

Biasanya banyak masalah dan keadaan yang berkemungkinan besar dihadapi oleh individu dalam golongan usia ini seperti penyakit Parkinson.

Fisioterapi mempunyai peranan penting dalam membolehkan warga tua menggunakan fungsi anggota dan badan sepenuhnya untuk meningkatkan kebebasan pergerakan.

Fisioterapi menyumbang dalam membantu warga emas untuk kekal selesa menjalani kehidupan seharian dan ke arah bebas daripada masalah kesakitan.

Anda tak perlu risau kerana semua ahli fisioterapi PhysioGo berkelayakan, profesional dan berpengalaman dalam bidang fisioterapi.

Kami mengutamakan privasi dan keselesaan anda di mana kami akan menyediakan ahli terapi mengikut jantina dan keselesaan anda.

Kami beroperasi 7 hari seminggu jadi anda boleh datang mengikut kelapangan anda.

Rawatan fisioterapi kami sepenuhnya berdasarkan kajian klinikal semasa.

PhysioGo menawarkan terapi manual, senaman terapeutik, program rehabilitasi dan nasihat penjagaan berdasarkan teori dan kajian berasaskan bukti.

Dapatkan rawatan fisioterapi untuk penyakit Parkinson dengan PhysioGo!

More To Explore

pusat rehabilitasi

Perkara Wajib Anda Tahu Mengenai Pusat Rehabilitasi

Jika anda pernah mengalami kecederaan, penyakit atau menjalani pembedahan, anda akan dapati keupayaan untuk melakukan aktiviti harian mungkin akan terbatas. Pelbagai jenis penyakit dan kecederaan

💬 Need help?
Scan the code