Semua perkara yang dilakukan oleh badan kita melibatkan sistem saraf.
Dari pernafasan, pengawalan anggota badan dan mengesan haba dan sejuk, semuanya dikawal oleh sistem saraf kita.
Tahukah anda seseorang boleh mengalami sakit saraf atau kerosakan saraf?
Nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsi apa anda perlu tahu tentang sistem saraf kita, penyebab utama sakit saraf dan bagaimana anda boleh mengurangkan sakit saraf.
Jenis Saraf yang Ada Dalam Badan
Sebelum kita cuba untuk petua hilangkan sakit saraf, kita perlu tahu jenis-jenis saraf yang ada dalam badan kita dahulu.
Terdapat tiga jenis saraf atau neuron iaitu:
- Saraf autonomi.
Saraf ini mengawal aktiviti luar kawal atau separa terkawal badan anda.
Aktiviti ini termasuk denyutan jantung, tekanan darah, penghadaman dan kawalan suhu badan.
- Saraf motor
Saraf ini mengawal pergerakan dan tindakan anda dengan menyampaikan maklumat dari otot dan saraf tunjang ke otot anda.
Inilah yang membantu anda untuk berjalan, menggenggam, bernafas, berlari dan sebagainya.
- Saraf deria
Saraf deria menyampaikan maklumat dari kulit dan otot anda ke saraf tunjang dan otak anda.
Maklumat ini kemudian diproses untuk membolehkan anda merasakan kesakitan dan sensasi lain seperti terkena air panas dan kesejukkan dari angin yang kuat.
Penyebab Utama Sakit Saraf dan Kerosakan
Kerosakan saraf dan kesakitan adalah keadaan yang biasa dialami oleh ramai rakyat Malaysia.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia mengalami kesakitan neuropatik yang disebabkan oleh kerosakan saraf.
Berikut adalah empat sebab utama yang boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf:
- Diabetes
Tahap gula darah yang tinggi dalam individu yang menghidap diabetes boleh merosakkan saraf dari masa ke semasa.
Hampir 50% daripada pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf menjadi lebih tinggi apabila diabetes menjadi lebih teruk.
Hal ini menyebabkan keadaan yang dipanggil neuropati diabetik.
Neuropati diabetes boleh menyebabkan sakit, kebas, kesemutan, dan kelemahan pada tangan dan kaki.
- Kecederaan
Saraf boleh rosak disebabkan oleh kecederaan fizikal, seperti jatuh, kecederaan sukan, atau kemalangan kereta.
Ini boleh menyebabkan sakit, kebas, dan kelemahan pada kawasan yang terjejas.
- Jangkitan Penyakit
Beberapa jangkitan penyakit juga boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf.
Antara penyakit yang mengganggu saraf adalah cacar air, HIV/AIDS, dan penyakit Lyme.
- Gangguan Autoimun
Gangguan autoimun seperti sclerosis berganda dan lupus juga boleh merosakkan saraf dan menyebabkan sakit, kebas, dan kelemahan.
Selain itu, penyakit autoimun lain yang turut boleh menjadi penyebab utama adalah sindrom Guillain-Barré (keadaan yang jarang berlaku di mana sistem imun menyerang saraf tepi), miastenia gravis dan penyakit radang usus.
5 Petua Hilangkan Sakit Saraf
Sakit saraf dan kerosakan saraf boleh menjadi sangat mengganggu, mempengaruhi aktiviti harian dan kualiti hidup seseorang.
Berikut adalah lima petua hilangkan sakit saraf:
- Kurangkan Gula
Petua pertama adalah mengurangkan pengambilan gula dalam diet.
Mengapa? Kerana gula yang berlebihan dalam badan dapat menyebabkan kerosakan pada saraf dan merencatkan fungsi saraf.
Oleh itu, mengurangkan pengambilan gula dalam diet dapat membantu mengurangkan risiko sakit urat saraf.
- Gaya Hidup Sihat
Sebenarnya banyak perkara yang kita buat, kita tak sedar ia sedang mengganggu kesihatan saraf dalam badan kita.
Misalnya, merokok dan minum minuman keras boleh meningkatkan risiko sakit saraf.
Oleh itu, amalkanlah gaya hidup sihat dengan mengamalkan diet seimbang, tidur secukupnya dan elakkan faktor yang meningkatkan risiko sakit saraf.
- Kawal Berat Badan
Selaras dengan mengamalkan gaya hidup sihat, anda juga perlu mengawal berat badan kerana berat badan memberi kesan besar kepada gejala arthritis.
Berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi, lutut, pinggul dan juga saraf.
Untuk mengelakkan sakit saraf serta penyakit lain yang disebabkan oleh berat badan berlebihan, pastikan anda amalkan diet yang seimbang dan melakukan senaman berkala.
- Senaman Berkala
Terdapat beberapa senaman yang anda boleh lakukan untuk mengawal berat badan, menjaga kelenturan sendi serta menguatkan otot.
Senaman-senaman ini juga tidak memerlukan intensiti yang terlalu tinggi malah boleh diselitkan dalam rutin harian kita.
Antaranya adalah berjalan kaki, berbasikal, taichi, yoga, aktiviti melibatkan sukan air seperti berenang.
- Terapi Alternatif
Terapi alternatif seperti fisioterapi, akupunktur dan refleksologi boleh bantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi saraf.
Fisioterapi membantu merawat sakit saraf dan kerosakan saraf dengan merangsang pengaliran darah dan mengurangkan keradangan di kawasan yang terjejas.
Akupunktur membantu mengurangkan rasa sakit dengan menyeimbangkan aliran tenaga mankala refleksologi bantu mengurangkan ketegangan dan meningkatkan aliran darah.
Teknik-teknik ini membantu merangsang pemulihan semula jadi tubuh dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Jadi, jika anda mengalami sakit urat saraf atau kerosakan urat saraf, ambil langkah proaktif dengan mendapatkan terapi alternatif.
Artikel Berkaitan
Pusat Fisioterapi (Physiogo) Di Sekitar Selangor Dan KL
Kesimpulan
Inisiatif yang ada untuk mengurangkan sakit-sakit saraf wajar digunakan bagi pesakit.
Jangan ambil mudah kerana boleh mengakibatkan Alzheimer’s (nyanyuk) dan deria sentuh mungkin tidak normal atau hilang, lumpuh anggota badan mungkin terjadi.
Sedang mencari jalan untuk pulih dari sakit saraf, kecederaan sukan atau meningkatkan kesihatan fizikal anda secara keseluruhan?
Jangan risau, Physiogo sedia membantu anda dalam perkhidmatan fisioterapi yang dipercayai.
Pasukan fisioterapi kami yang berpengalaman dan berkebolehan tinggi sentiasa memberikan rawatan dan perancangan penjagaan yang peribadi untuk memenuhi keperluan unik anda.
Dari terapi manual hingga rehabilitasi senaman, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu anda mencapai matlamat dan meningkatkan kualiti hidup anda.
Dengan fisioterapi dari Physiogo, anda akan dapati pelbagai manfaat seperti kesakitan dan ketidakselesaan berkurang serta kelenturan, mobiliti, kekuatan dan daya tahan meningkat.
Sama ada anda seorang atlet, warga emas atau sesiapa sahaja, ahli fisioterapi kami boleh membantu anda mencapai matlamat kesihatan dan kesejahteraan anda.
Jangan biarkan kesakitan dan ketidakselesaan menghalang anda lagi.
Hubungi Physiogo hari ini untuk membuat temujanji dan ambil langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Kami turut menyediakan senarai cawangan dan pautan WhatsApp agar anda dapat hubungi kami dengan lebih cepat: