Pusat Fisioterapi (Physiogo) di Sekitar Selangor dan KL

pusat fisioterapi

Share This Post

List Cawangan Physiogo di Malaysia

Jika anda ingin membuat rawatan fisioterapi, Physiogo antara pusat fisioterapi yang mempunyai banyak cawangan berdekatan dengan anda di sekitar Selangor & Kuala Lumpur. 

Physiogo mempunyai ahli terapi yang berkelayakan dan berpengalaman, serta fasiliti yang bersih. 

Jom kita lihat senarai cawangan fisioterapi (Physiogo) yang berdekatan dengan anda:

  1. Cawangan Fisioterapi Bangi

0134871332

B-G-7, Jalan Ostia Utama, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

  1. Cawangan Fisioterapi Sentul

0127721332

S-G-19, MAXIM CITYLIGHTS SENTUL, 25, Jln Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  1. Cawangan Fisioterapi Shah alam

0136298928

Alam Avenue, E-17, Jalan, Jln Serai Wangi M 16/M, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

  1. Cawangan Fisioterapi Wangsa maju

0138041322

No 39-40, Jalan Metrowangsa Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

  1. Cawangan Fisioterapi Ampang 

01119565590

29, Jalan Awf 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor

  1. Cawangan Fisioterapi Puncak alam

01119565625

6F74+F5 Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor

Senarai Rawatan Fisioterapi Yang Ada di Physiogo

Semua cawangan pusat fisioterapi Physiogo menawarkan perkhidmatan fisioterapi seperti sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut, kecederaan sukan dan bermacam lagi sakit sendi atau tulang yang memerlukan rawatan atau senaman regangan otot. 

Fisioterapi melibatkan teknik regangan atau senaman yang betul untuk membantu anda pulih dari kecederaan atau sakit fizikal yang kronik.

Kami di Physiogo pakar dalam merawat pesakit yang mempunyai masalah sakit otot atau sendi. 

Ahli fisioterapi kami berpengalaman dalam merawat sakit anda. Ini antara senarai rawatan yang terdapat di Physio:

1. Sakit Belakang

sakit belakang

Sakit belakang adalah masalah kesihatan yang biasa terutama di kalangan pekerja yang perlu duduk dalam tempoh masa yang lama. 

Seringkali terjadi pada orang yang WFH atau kerja menghadap laptop. 

Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti postur badan yang salah, kecederaan, peningkatan berat badan atau aktiviti fizikal yang berlebihan. 

Rawatan fisioterapi boleh membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kekuatan otot badan dengan menggunakan teknik seperti regangan otot atau urutan badan. 

Physiogo menawarkan rawatan fisioterapi jika anda mengalami sakit belakang yang kronik. 

Rawatan ini dapat membantu anda mengembalikan postur badan yang lebih baik. 

2. Sakit Bahu

sakit bahu

Adakah anda sering mengalami masalah sakit bahu? 

Buat pengetahuan anda, masalah sakit bahu merupakan suatu masalah yang boleh mengganggu pergerakan harian. 

Masalah sakit bahu berkait-rapat dengan rasa sakit atau sengal-sengal pada bahagian leher dan juga bahu. 

Sakit bahu boleh dirawat dengan rawatan fisioterapi dengan cara urutan pada sendi-sendi badan. 

3. Sakit Leher

sakit leher

Sakit di bahagian leher biasanya terjadi apabila postur badan semasa duduk tidak betul atau anda tidur dalam postur yang salah.

Sakit leher akan menyukarkan pergerakan untuk menggerakkan kepala. 

Antara punca sakit leher terjadi adalah seperti:

  • Berdiri atau duduk dengan postur yang salah
  • Duduk di kerusi sambil membuat kerja dalam satu jangka masa yang lama tanpa mengubah posisi badan
  • Posisi tidur yang salah
  • Menggerakkan leher dengan laju ketika bersenam

Sakit leher boleh dirawat dengan rawatan Chiropractic atau urutan senaman sendi yang betul. 

4. Sakit Lutut

sakiit lutut

Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi ketika berjalan atau setiap kali anda membengkokkan kaki?

Jika ya, besar kemungkinan anda mempunyai masalah sakit lutut.

Masalah sakit lutut merupakan satu masalah kesihatan yang dialami oleh pelbagai lapisan umur tak kira tua atau muda. 

Salah satu masalah lutut yang sinonim dengan warga emas atau sesiapa sahaja yang meningkat usia adalah osteoarthritis (OA). 

Bagi sakit lutut yang kronik, kami nasihatkan anda untuk jumpa dengan doktor pakat kesihatan. 

Jika sakit lutut anda tidak kronik dan masih boleh dirawat segera, pergi ke pusat rawatan fisioterapi untuk mendapat rawatan susulan bagi mengelakkan sakit lutut anda lebih teruk. 

Penyakit strok atau juga dikenali sebagai penyakit angin ahmar adalah keadaan di mana kurangannya pengaliran darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan kematian sel saraf otak.

5. Sakit Strok

Anda perlu tahu bahawa penyakit strok ini amat berbahaya dan boleh mengakibatkan kecacatan fizikal yang kekal.

Jom ketahui cara bagaimana sakit ini boleh dirawat. Terlebih dahulu, pesakit akan melalui proses penilaian jenis strok dengan menggunakan pengimejan perubatan seperti CT scan.

Untuk strok iskemia, pesakit akan menjalani rawatan seperti:

  1. Ubat cair darah seperti warfarin
  2. Pemecah bekuan darah
  3. Ubat antiplatelet seperti aspirin.

Bagaimanapun untuk pesakit strok pendarahan tidak perlu melalui CT scan kerana pencairan darah akan menjadikan keadaan lebih kritikal.

Jika anda mengalami sakit ini segera dapatkan rawatan dengan pakar supaya sakit strok boleh diubati sebelum terjadinya lebih teruk. 

Rawatan fisioterapi dapat membantu pesakit strok untuk kembalikan semula keupayaan bergerak, kekuatan dan kestabilan diri mereka.

Rawatan ini dapat meningkatkan keseimbangan dan koordinasi, mengurangkan kekejangan otot, dan membantu dalam memulihkan semula pertuturan percakapan pesakit. 

6. Kecederaan Sukan

pusat fisioterapi

Kebiasaannya, kecederaan sukan sering berlaku pada atlet sukan atau orang yang sering bersukan dalam rutin harian mereka. 

Seringkali terjadi masalah kaki terseliuh, kebas dan sebagainya. Jika anda mengalami kecederaan semasa bersukan segera hubungi klinik yang berdekatan. 

Jika sakit berterusan segera pergi ke pusat rawatan fisioterapi untuk merawat sakit anda sebelum menjadi lebih teruk.

Selain itu, pasukan atlet sering mendapatkan rawatan fisioterapi sebelum memulakan perlawanan sebagai langkah berjaga jaga. 

Rawatan fisioterapi dapat membantu atlet mengurangkan kecederaan dengan meningkatkan tahap kekuatan mereka. 

Ia juga proses yang mana membantu atlet untuk pulih dari kecederaan dengan lebih cepat. 

Soalan Tentang Rawatan Fisioterapi (QnA)

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Physiogo?

Jawapan: Physiogo adalah pusat fisioterapi terkenal di Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk fisioterapi, urutan sukan, rehabilitasi selepas pembedahan, rawatan strok, kecacatan atau senaman terapeutik dan banyak lagi.

Berapakah pakej rawatan fisioterapi yang ditawarkan oleh Physiogo?

Jawapan: Pakej yang kami tawarkan mengikut sesi yang sesuai untuk rawatan anda. Bermula dengan harga RM145 per ssesi anda boleh mendapat diskaun jika rawatan anda memerlukan sesi yang lebih banyak. 

Apakah rawatan yang anda sediakan?

Jawapan: Senarai rawatan yang kami sediakan adalah rawatan sakit belakang, sakit bahu, sakit leher, sakit lutut, sakit strok, kecederaan sukan dan banyak lagi. 

Berapa lama Physiogo sudah beroperasi?

Jawapan: Physiogo bermula pada tahun 2016 dan telah beroperasi selama lebih 7 tahun, menyediakan perkhidmatan fisioterapi berkualiti tinggi kepada masyarakat setempat.

Apakah kelayakan terapis anda?

Jawapan: Ahli fisioterapi kami sangat berkelayakan dan telah menjalani latihan dan pensijilan yang ketat untuk memberikan penjagaan terbaik kepada pelanggan kami.

Adakah anda menerima Klinik Panel?

Jawapan: Ya, kami juga menerima panel fisioterapi daripada MedKAD, MiCare, PNCare, Medilink, Health Metrics dan PERKESO.

Berapa lama sesi terapi anda?

Jawapan: Sesi terapi kami biasanya berlangsung antara 30 hingga 60 minit, bergantung kepada keperluan dan pelan rawatan pesakit. 

Bolehkah anda memberikan rawatan untuk kecederaan sukan?

Jawapan: Ya, kami mempunyai pengalaman yang luas dalam merawat pelbagai jenis kecederaan sukan termasuk regangan, ketegangan, dan kecederaan yang memberi kesan kepada tulang atau tisu badan seperti ligamen, otot dan tendon. 

Bagaimana saya boleh membuat temu janji?

Jawapan: Anda boleh membuat temu janji dengan menelefon klinik kami yang berdekatan dengan rumah anda atau menggunakan sistem tempahan dalam talian kami. Boleh klik di sini untuk membuat temu janji anda. 

Apakah kaedah pembayaran Physiogo?

Jawapan: Anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan Atome, GrabPay, Maybank, atau Debit Card. 

Kami bukan sahaja menawarkan rawatan fisioterapi, malah kami juga merupakan panel bagi PMCare!

Ini bermaksud anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi mendapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo.

Mengapa anda perlu memilih kami? 

  • Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang profesional
  • Kami merupakan ahli fisioterapi yang berkelulusan 
  • Kami sudah berada di dalam industri fisioterapi melebihi 5 tahun
  • Menyediakan bilik rawatan mengikut keselesaan jantina
  • Kami menawarkan perkhidmatan fisioterapi yang berkualiti tinggi dengan kaedah-kaedah rawatan terkini yang membantu mengurangkan sakit pada otot dan sendi anda.

More To Explore

💬 Need help?
Scan the code