Apa Punca Anda Mengalami Sakit Pinggang?

sakit pinggang

Share This Post

Sakit pinggang merupakan satu jenis sakit yang dialami oleh ramai orang di Malaysia tidak kira tua atau muda.

Tahap sakit juga berbeza bagi setiap orang kerana lain orang lain tahap kesakitan yang dialami.

Jika anda salah seorang yang sakit pinggang, anda perlu berhati-hati supaya ia tidak akan menyebabkan masalah yang lebih besar dan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan. 

Physiogo akan menerangkan kepada anda semua tentang punca-punca sakit pinggang berlaku dan sebagainya.

Teruskan membaca artikel ini untuk dapat maklumat yang lebih lanjut tentang sakit pinggang.

Definisi Sakit Pinggang

sakit pinggang

Sakit pinggang merupakan jenis sakit yang biasanya akan dialami lebih kerap pada mereka yang meningkat usia. 

Ia terjadi apabila otot dan ligamen di bahagian belakang badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan terdapat regangan secara berlebihan berlaku.

Ini akan menyebabkan tulang-tulang tidak stabil kerana otot yang berfungsi menjaganya semakin lemah. Anda akan berasa sakit kerana tulang tidak mampu menampung berat anda.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis sakit pinggang yang biasanya dialami oleh manusia iaitu:

      • Regangan otot secara berlebihan atau terkoyak yang menyebabkan tisu otot rosak dan tidak dapat berfungsi dengan elok.

      • Tulang lumbar terseliuh yang disebabkan oleh kerosakan ligamen di bahagian belakang anda.

    Seperti yang kami menyatakan, tahap sakit itu mungkin tidak sama untuk semua orang. Jika anda berasa sangat sakit, anda disarankan untuk dapat konsultasi bersama doktor.

    Artikel Berkaitan

    6 Tips Mengatasi Masalah Sakit Pinggang

    4 Punca Sakit Pinggang

    Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa punca yang biasanya berlaku di kalangan orang.

    1. Slipped Disc

    Slipped disc adalah apabila cakera tulang belakang anda tertonjol atau pecah. Ia boleh berlaku disebabkan oleh banyak perkara dan membawa risiko yang tinggi terutamanya bagi orang tua.

    Cakera yang bermasalah boleh menyebabkan anda sakit pinggang kerana kusyen pelapik tulang belakang beralih tempat dan tidak berada di tempat yang sepatutnya.

    Oleh itu, ia boleh menyebabkan tulang anda bergeser dan menyebabkan sakit yang kuat. 

    2. Otot Tegang

    Ini merupakan punca yang paling utama kerana tidak disebabkan oleh umur atau jantina. Ia biasanya berlaku jika terdapat tekanan yang lebihan dari aktiviti.

    Kerja seperti mengangkat berat atau membongkok pada masa lama boleh menyebabkan ketegangan otot berlaku kepada anda.

    Ia boleh menyebabkan sakit yang kuat jika selalu dialami. Satu cara untuk mengelakkan masalah ini adalah untuk rehat seketika dan tidak memaksa diri anda.

    Jika anda teruskan memaksa diri, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk dan memerlukan rawatan yang lebih terperinci atau mahal.

    3. Stenosis Tulang Belakang Lumbar

    Ini adalah apabila laluan tulang belakang di bahagian belakang bawah anda sepit.

    Ia boleh berlaku apabila tisu atau tulang membesar di pembukaan tulang anda. Ini akan menyebabkan tekanan dan boleh mengganggu saraf yang keluar dari saraf tunjang.

    Bagi mereka yang mengalami sakit pinggang ini, gejala boleh bertambah buruk apabila berjalan ataupun berdiri sahaja.

    4. Trauma

    Trauma seperti kecederaan dari aktiviti sukan atau kemalangan juga boleh dijadikan sebab untuk sakit ini.

    Bagi mereka yang mengalami kecederaan teruk, ia boleh menyebabkan sakit yang berpanjangan jika tidak dirawat. Otot dan tulang akan mengalami kesan yang buruk.

    Jika anda baru sahaja mengalami kecederaan yang menyebabkan anda sakit pinggang, segeralah ke hospital untuk rawatan dan nasihat pakar.

    Kesimpulannya, sakit pinggang merupakan jenis sakit yang tidak boleh dipandang secara remeh dan perlu perhatian kerana boleh menyebabkan kesan berpanjangan.

    Kesakitan yang berlaku ini akan menyebabkan postur tubuh badan anda kelihatan lain dan tidak memberikan keselesaan.

    Dapatkan Rawatan Sakit Pinggang Di Physiogo!

    Satu jenis rawatan yang sangat bagus bagi mereka yang sakit pinggang adalah terapi manual yang anda boleh dapat di Physiogo.

    Ia sejenis terapi di mana pakar akan merawat keadaan musculoskeletal badan anda. 

    Ia bermaksud tempat yang berkaitan dengan otot, tulang , sendi , tisu penghubung dan sebagainya.

    Terapi manual ini boleh membantu melegakan sakit ini untuk anda kerana tukang boleh manipulasi tulang dan otot anda melalui teknik manual titik myofascial.

    Anda perlu mendapatkan rawatan ini dengan pakar seperti di Physiogo dan jangan cuba sendiri di rumah kerana melibatkan bahagian badan yang sensitif.

    Selain dari rawatan terapi manual untuk sakit pinggang, kami juga boleh membantu melegakan sakit tapak kaki, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.

    Semua teknik rawatan Physiogo berasaskan daripada kajian ilmuah yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal.

    Seperti teknik rawatan di PhysioGo, juruterapi PhysioGo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit.

    PhysioGo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

    Kami turut menyediakan senarai cawangan dan pautan WhatsApp agar anda dapat hubungi kami dengan lebih cepat: 

        1. Physiogo Bangi (Ostia)
        2. Physiogo Wangsa Maju
        3. Physiogo Shah Alam (Alam Avenue)
        4. Physiogo Sentul
        5. Physiogo Ampang
        6. Physiogo Puncak Alam

      More To Explore

      Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

      Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

      💬 Need help?
      Scan the code